Dalam debaran persiapan untuk ke fasa kehidupan seterusnya, ada satu benda yang aku agak sukar untuk lepaskan. Dan aku ada lebih kurang dua minggu untuk tinggalkan zon hidup selesa. Maka, selagi cuti masih ada, ceritanya aku kena pulun semua aktiviti yang tak dapat dibuat bila sambung nanti. Bukan tak dapat, cuma nak kasi lebih fokus dengan pengajian dan otak pun dah boleh move on…kot dengan semua temporary addiction ni – Layan Movies + Series –
Selepas cik tashira kita membuat satu review yang sangat tepat pada masa yang sesuai tentang cerita Age of Youth (terima kasih tashira ^_^), aku pun dengan segera terus layan. Dan tidak semena-mena cerita tu membuatkan jiwa aku dekat sangat dengan jalan cerita dia. Akhirnya, aku tersangkut…ahh! tak percaya betullah.. dan bagi aku cerita tu lagi menarik untuk aku layan berbanding W. Haa..W ni pun satu…aish!
W punya cerita dia unik, misteri dan diluar imaginasi. Aku ingat penembak dari Rusia yang bunuh family dia..tu aku ingatlah masa episod awal. Mana tau dengki, sebab dia menangkan. Tapi tak… Sepanjang tengok cerita tu aku rasa macam tak habis-habis tanya, ‘what if…benda macam tu real?’ cuma kita tak sedar. Mungkin satu dalam trilion yang alami…Lepas tu, untuk neutralize-kan balik otak dengan melayan satu cerita Jepun.
Kisah pasal seorang perempuan yang terperangkap dengan cinta suami orang. Ikutkan ‘suami orang’ @ VP tu duda, tapi disebabkan kemalangan yang berlaku sebelum diorang sempat bercerai, maka fasa penceraian tak berlaku. Selepas insiden tu, isteri dia koma, maybe hilang sikit ingatan. Awal cerita, aku rasa heroin dia ‘dah macam takde lelaki lain kat dunia ke, sampai pilih laki orang’, tapi selepas beberapa episod, aku rasa ‘masakan bertepuk sebelah tangankan berbunyi’. Lagipun, masa dia tersuka laki tu, dia tak tahu pun VP tu dah berkahwin. Kalau dari pemerhatian rawak akulahkan, ending dia mungkin si VP dan heroin tu bersama selepas isteri dia kena cerai. Plus, isteri dia yang curang dulu sebelum accident tu. Tapi…tak taulah…mungkin tetiba sebaliknya ke..(based on manga)
Okeh! dek penat layan cerita cintan cintun sedu sedan ni, aku pun beralih tengok superheros series. Mana tau dapat naikkan semangat ke apa ke kan. Gara-gara tak puas hati dengan Suicide Squad, (sebab pendek sangat movie dia) aku pun layan Gotham. Belum terlambat sangat kalau nak layan, sebab da baru nak masuk season 3 September ni nanti. Last season 2 dia, buat aku tak sabar pulak tunggu apa yang berlaku. Gotham city adalah antara tempat paling bahaya kalau nak settle down. Kalau aku pi melancong sana, sah-sah sehari semalam pun tak tahan. Kalau dapat tengok Batman pun, rezekilah…Dan bila tengok series ni, aku teringat kat Kang-Chul. Mungkin macam tu kot feel jadi watak komik, Kot…
Dalam Gotham, aku paling kesian dengan Penguin aka Oswald Cobblepot. Sebab dia tahu semua agenda sebelum orang lain tahu dan dia terperangkap untuk bagitahu orang lain semata-mata sayangnya dia kat mak dia. Malangnya, mak dia tak dapat diselamatkan. Dan bila dia dah pulih jadi lebih optimis dan tinggalkan dunia gelap dia, orang sekeliling dia buli dan underestimated dia. Kejahatan dia bermula balik bila ayah dia dibunuh.
See, aku takleh move on dengan Bruce Wayne. Gara-gara Dr. Hugo Strange buat klon dia. Dan aku cuba cari series lain yang boleh legakan sikit rasa hati. Beralihlah aku pada The Flash. Silap aku, patutnya marathon Arrow dulu, baru The Flash. Tapi, semangat ingin tahu pada Barry Allen tu buat aku takleh nak patah balik dah…yang paling excited dia bila Arrow muncul dalam The Flash untuk beberapa episod. Ahh!!! rasa macam nak ketuk kepala sebab salah list marathon!
“My name is Barry Allen and I am the fastest man alive. When I was a child, I saw my mother killed by something impossible. My father went to prison for her murder. Then the accident made me the impossible. To the outside world I am an ordinary forensic scientist but secretly I used my speed t fight crime and find others like me. And one day I’ll find who kill my mother and get justice for my father. I am The Flash!”
Dan dialog tu, sampai terbawak ke dalam mimpi. Tak bleh bla betullah! Dan aku tak sabar tunggu Season 3 Oktober nanti. Aku naik geram dengan si Barry ni sebab dia ni susah betul nak move on. Mentang-mentang boleh time travel, suka hati dia je nak ubah. Kind of ubah takdir mungkin. Susah nak terima hakikat macam tulah.
Macam geram tapi dalam masa yang sama kesian. Kesian sebab memang ‘peel’ orang ada power kot dia rasa semua benda tu salah dia. Come onlah! Dia dah rosakkan timeline kot! Bila tahu yang earth ni infiniti (based on cerita tulah kan), aku wonder jugak apalah doppelganger aku kat earth-2 or earth-3….wujud ke laluan tembus untuk ke dunia lain? Dan aku suka cara team flash kerjasama.
Aku suka dengan watak Harrison Well, muslihatnya sukar ditebak. Cakap jerlah nak balik rumah terang-terang. Masalah betullah… (Nak dijadikan cerita….) Suka dengan gila-gila Cisco dan eksperesi dia..
I can’t never forget this expression when Zoom killed his father. Terimalah hakikat Barry, semua hero diuji dengan kehilangan orang yang mereka sayang…
Tapi, bagi aku so far Central City lebih aman dari Gotham. Kalau nak lepak kat Big Belly Burger or Jitters pun okay. Dan banyak lagi series yang berkaitan dalam waiting list. Takleh nak teruskan sebab nak bagi neutral dulu feeling ni. Kecewa dengan The Flash, gerun dengan kegilaan yang bakal melanda Gotham. Macam manalah nak pergi ke Star City…
Konklusinya, ada lima cerita yang aku summarykan kat sini. Age of Youth, W, Seisei Suruhodo Aisheteru, Gotham dan The Flash.
Aku suka jalan cerita Age of Youth, keunikan W, penyelesaian masalah VP, kegilaan villain Gotham dan semangat Barry. Buat tidur tak lena. hahahahaha…itulah reason aku tak aktif sejak dua menjak ni…
Excuse me readers, I have a lot of date in this week. Probably I would disappear…again….and thanks for reading!
hahhahahahha…itu bukan satu keajaiban…
pergh, layan W,,, pergh… pergh
kan??
masih tak leh kacau otak yg asyik terbayang barry allen tu…adoyai….
aku layan gotham dulu…terbalik pulak…ni baru je habis marathon arrow dan aku xleh move on lagi…hahahahah
legends of tomorrow tu aku layan gak r…tapi feeling tak seeksited masa aku layan arrow…huhuhu same goes tu supergirl…musim marathon aku dah habis…huhuhuhu
tu dalam realiti kita nina….hehehehhe
ni dalam dunia yg wujud dalam fantasi…memang laju r…
W best. unik cerita dia. The Flash pun memang best. quote Barry Allen tu memang melekat la. XD
AKu layan Gotaham season 1 baru, season 2 belum habis layan lagi. Arrow & The Flash memang layan dari awal. Kalau kau suka series yang macam tu, aku cadangkan kau layan jugak Supergirl dan Legends of Tomorrow. Semua series tu interconnected dalam satu universe, kecuali Gotham, sebab maybe berada di timeline yang lain kot. Selamat menonton 🙂
fastest man alive tu supposedly Usain Bolt ke? hehehe
hanisamanina.com
huwaa bestnya dah habis layan arrow! kena kejar gak ni sebelum masuk season baru nanti.
kdrama tu pun susah sebenar nak layan…baru nak cuba layan balik…mujur tak mengecewakan
yes BOF, memang angau setiap kali tengok…
hehehhehe..takpe2 maman reen…boleh simpan dalam list dulu… 🙂
aok…minggu depan gik sigek…
thanks tashira! kaktok sikbleh selalu gilak layan…
maklumlah wifi tak dapat ikut nanti…
salam yana!
hahahha..i will!
kan? kadang serasa macam terparanoid pulak dgn cerita ni..
apa2 pun memang terbaik idea dia.
The Flash dgn Arrow Erin dah habis tengok! Gotham baru a few episodes. rasa nak sambung balik la nanti. and kdramas erin tak tengok sgt dah. takde yang betul betul umph! boys over flowers jugak yang cm best gila walaupun dah 7 years..
Reen masih belum tengok cerita-cerita ni..
haha no problem kak ^^ byk juak dramas ktk layan kak hahaha ktk dah mok masuk u nak? all the best! layan jak dramas puas2 nktok,hehe
perghhh sakan weyy
salam sofie!.. selamat menghabiskan cuti anda:)
W bessst .. terpikir jugak, acaner kalau benda tuuuh memang wujud ?