parrot, green red, random

Semua Okay Tak Tu?

Salam Oktober gais!

Hidup je lagi keyboard ni rupanya ya. Tapi tu lah, aku dah jarang menaip guna keyboard tambahan. Guna je lah keypad pada laptop yang ada ni. Latih sampai letih gitu.

Macam biasa ayat bila dah lama tak borak sini. Dah lama rasanya tak menulis. Macam berkarat segala idea dan terbejat segala falsafah.

Well, hari tu aku khatam dua tiga novel. Rindu pulak nak marathon novel seolah hanya itu sahaja dunia kita. Hahahaha It’s not babe! Really…. Now, our life is more than that.

Somehow, kehidupan ini sendiri lebih menarik dari segala novel yang dibaca. Tapi itulah, masih lagi nak memandang hijau pada rumput orang lain. Macamlah rumput tu bagus sangat. Kau ada pohon yang lebih damai dan mententeramkan jiwa kot. Syukurlah hati!

Tadi, aku belek draft buku so call unpublished. Haih, bila lah nak terbitnya? Masih takut lagi ke?

Takut sampai bila tak ke mana ye dak?

Kadang aku rasa, mungkin aku dah lebih mature (sambil buat muka mencebik dengan tangan dibahu dan mata dipandang ke atas), jadi bila baca penulisan dulu kala rasa macam “Ergh minah mana tulis benda merapu macam ni ha? Macam tak belajar langsung!”

Ha nokkk sampai gitu sekali first impression aku weh! hahahahah Cannot imagine lah kalau orang lain yang baca. Plus, di era yang semua orang nak jadi penerbit, penulis dan segala, kenapa kau nak menyumbangkan diri jugak menjadi seperti mereka?

Sebab…dorang bukan aku.

Tulisan aku is still aku – Allah berlagaknya kau. Kau kan sehari tu tak angkat bakul sendiri tak sah ea?

Hahahahah

Okaylah gais, takde perkara faedah lagi setakat ni. Just some random update, kau okay tak tu?

Tak okay, (bukan masalah aku hahahahaha) – semoga dipermudahkan…

Kalau okay syukur alhamdulillah.

Itu saja entri merapu bagi tanda aku masih wujud untuk hari ini. Semoga kalian baik-baik hendaknya okay!

Adios!

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top