sunset, beach, sky-3726030.jpg

Senja: Episod 2

Senja itu dia  menangis lagi. Menangis yang tak sudah. Esaknya saja buat jiwa terasa perit. Sakit! Itu yang dia rasa.

“Aku redha dowh kalau hidup aku takkan bahagia. hahahaha…” selorohnya bersahaja.

Bagaimana lagi dia mahu percaya akan bahagia jika setiap apa yang membahagiakan dia akan membuat jiwanya sakit. Hatinya retak bersepai bagai ditembak bertalu-talu oleh MG-42. Sakit yang tak terucap.

Alunan nasyid yang pernah menjadi pemujuk jiwanya kala sedih dipasang dalam mode repeat.

‘Tuhan dulu pernah aku menagih simpati kepada manusia yang alpa jua buta…

Lalu terhiritlah aku dilorong gelisah, luka hati yang berdarah kini jadi kian parah…

Semalam sudah sampai ke penghujungnya, kisah seribu duka ku harap sudah berlalu. 

Tak ingin lagi ku ulangi kembali, gerak dosa yang menghiris hati…’

Esak tangisanya semakin kuat. Malu, malu dengan Tuhan. Malu dimana lagi mahu disorok diri ini.

Kau tahukan dalam hidup ni semuanya sementara. Apa yang mengecewakan kau hari ini, bila bahagia benar-benar menjelma, kau akan lupa segala kesedihan. Aku berharap sangat yang ini semua sementara dan aku akan akhiri semua sakit dan esak yang tiada sudah ini dengan garis senyuman ketika mati kelak. Lelah! Lelah sekali untuk menangis dan menanti jawapan.

Ini kau kata redha?

Aku cuba. Masih cuba untuk redha.

Aku tahu, aku lemah dari semua segi. Itu ini jiwa terasa kecil. Aku cuba untuk bangkit. Bangkit dan terus bangkit. Namun, ada saja halangan.

“Serius aku tak tahu nak mulakan cerita dari mana. Dari perfume? Sebelum pada perfume? Kena scam? Part mana lagi yang kau paling nak tahu sekali?” dia gelak. Lirih sekali gelaknya.

“Aku tak tahulah dowh…aku dah tak berharap dah untuk bahagia. Aku rasa, aku macam ni lagi bahagia kot. Mungkin, bahagia itu tidak ditakdirkan untuk orang macam aku.”

“Orang macam kau? Asal dengan orang macam kau tak layak untuk bahagia?”

“Asal nak bahagia je mesti sedih bertalu-talu datang. Asal nak bahagia je, mesti ada red flaglah. Apalah…aku penat…”

“Ja, bahagia ni bila makin susah kita cari, makin kita hargai setiap kali ia hadir. Bukannya merungut, takut untuk mengecap bahagia. Sebab kau rasa diri kau disumpah dari bahagia? Apa yang merepek sangat ni…kau tu bukan lama sangat pun hidup dah nak berfalsafah pasal bahagia…”

“Aku pulak kena bebel. Kau ni tak bagi chan langsung untuk aku sedihkan. Asal ha? Asal bila aku nak sedih je, mesti kau jugak nak cerita kau lah terpaling sedih? Tak boleh ke bila aku tengah down macam ni, kau just dengar dan bagi aku sedih kawkaw sampai lebam. Aku penat dowh…penat diperkecilkan. Aku tahu, masalah aku tak pernah besar dari masalah kau, tapi please lah, bila aku tengah macam ni, kau tolonglah hadap. Bukannya bandingkan masalah aku dengan masalah kau. Sumpah penat sia…”

Dia terus berlalu tinggalkan sang teman terpinga-pinga. Sumpah dia penat. Penat dengan emosi sendiri. ‘Time kau ada masalah, aku dengar je. Angguk-angguk…pigida!’

Senja itu dia pergi lagi membawa satu tangisan yang meruntun jiwa. Tangisan yang bergema di benak.

Setahun sudah cerita dia ditipu, cerita mencari cinta yang bodoh ini nyata menyakitkan. Ah, kalau inilah bahananya, baiklah aku sendiri. Sendiri tidak menyakiti sesiapa. Mungkin ini yang terakhir.

Tak. Ini bukan cerita bahagia yang kau akan jumpa pada setiap hujung novel. Kalau itulah cerita yang semua orang harap, dah lama aku lompat ke laman akhir. Tapi hidup tidak begitu kawan. Kau hadaplah jalan apa yang dibentangkan. Sedih, menangis. Bahagia, ketawa. Kecewa? Ada hikmahnya. Redhalah. Belajar untuk redha. Sakit? Itulah dunia. Fatamorgana yang menyakitkan. Indah itu sebentar cuma.

Senja ini aku tutup dengan nasyid Mengemis Kasih…

Moga Husnul Khatimah.

Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
aienie
July 26, 2022 12:32

Berhenti berharap, yang benar utkmu pasti akan datang. Enjoy your life.. one day dia pasti datang

Scroll to Top