1444H: Ku Pinta RedhaMu

Our belief is a strap that holds our faith.
We perceive the world with openness,
so we don't get lost while thriving in it ~ SA

praise be to god, thank god, thankful-2070011.jpg

Our belief is a strap that holds our faith.
We perceive the world with openness,
so we don't get lost while thriving in it ~ SA

praise be to god, thank god, thankful-2070011.jpg

Alhamdulillah masih dipanjangkan usia bertemu tahun baru Hijrah yang ke-1444.

Siapa sangka kita masih hidup hingga ke detik ini. Ada yang sudah pergi, ramai yang telah tiada….tapi kita, alhamdulillah disini bernaung dibawah Rahmat Ilahi.

Syukur masih diuji.

Syukur masih punya Iman walau sekerat cuma.

Kalian apa khabar?

Sihat?

Aku, syukur masih di fasa pemulihan jiwa. Moga istiqomah dan husnul khatimah.

Pengakhiran senja yang indah.

Permulaan tahun baharu yang penuh baroqah. InsyaAllah.

Aku tahu, taipan entri kali ni seakan skema. Seakan terlalu bunga dengan jiwa yang ingin dan rindu pada zaman itu. Zaman kau redha pada apa ketentuan.

Redha. Ya, redha Ilahi yang kita pinta.

It is what it is, kata mereka.

Let it flow kata kita.

Ah, kehidupan, sentiasa menghiburkan.

Naik surut itu lumrah alam.

Okaylah, aku chow dulu. Jangan lupa baca doa tahun baru. Niatkan untuk kehidupan yang lebih berkah dan husnul khatimah.

Seleka mana pun dunia, tika kita terdetik pada Dia, syukurlah. Kita masih dirindukan Dia.

Till then….

Salam 1444 Hijrah!

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top