sunset, ship, sails-675847.jpg

Senja: Episod 3

Kabut siang tadi masih berputar dalam mindanya. Seolah segala persitiwa itu baru saja berlaku. Walhal, semua sudah tiga dekad yang lalu.

Dia memandang tanpa rasa.

“Kenapa kau masih hadir?” soalnya tanpa nada.

“Aku mahu pulangkan apa yang aku pinjam dulunya. Nah, ambillah.” Suara itu menghulur kembali suatu pinjaman yang sudah lama dia jadikan sebagai yuran kebodohan.

“Kenapa sekarang?”

Diam. Tiada jawapan.

Sehingga hari ini dia hilang tanpa jawapan. Dia hilang.

“Lelaki, bila terbeban selalu memilih melarikan diri dari berhadapan dengan rintangan…entahlah…” ujar si teman.

“Kenapa? Kemana mereka lari? Tanpa rasa bersalah?”

Mereka diam.

Bicara soal manusia dan perhubungan ini langsung tiada hujungnya. Seperti senja, hari demi hari iakan hadir.

Kejap jingga, sekejap merah, sekejap oren dan segalanya bermula dengan warna kuning mentari.

“Sandarkanlah pada Allah. Itu saja jawapan kita sebagai hamba” mereka tersenyum.

Ya, kita punya Allah. Masih punya Allah walau titipan senja kian hilang dari wajah.

Senja itu, Seroja pergi lagi membawa cerita yang menjadi pemangkin untuk dia menjadi srikandi.

InsyaAllah

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top