“I didn’t know that you will give up this early…” ujar rakan sepejabat selepas dia mengatakan yang keberadaannya disini kemungkinan tidak lama dan tidak pula dia berkata mengapa dan kenapa.
“What made you think that?” soalnya lagi.
“Saya rasa penat dengan kondisi syarikat yang amat lambat dalam buat keputusan. Terlalu indicesive yang kadang saya rasa, penat! Sekarang ni saya pun dah tak happy nak kerja lama di sini untuk apa lagi saya teruskan?” dia jawab sambil bermenung panjang. Boleh tak dalam banyak perihal hidup, bagilah at least satu sisi hidup yang akan berjalan dengan lancar. Just smooth sailing. Tak perlu pening. Ini, semua benda serba pusing. Geram!
Usai dari balik kerja dia akan melepak lama dalam kereta. Ambil semangat untuk hidup, mengutip segala jiwa yang telah lama hancur tiada rupa bentuk lagi. Senja itu dia berjalan perlahan. Mengira setiap langkah. Sampai bila lagi dia harus begini? Perlukah aku hanya undur diri dan tarik dari medan yang bukan lawannya ini?
Patutkah aku hanya lari dan tinggalkan segalanya dari dunia ini? Lari sejauh mungkin agar tidak ditemui sesiapa lagi.
Hela berat dilepas.
Jadi dewasa ini tidak semudah order makanan di warung Pak Ali. Dulu mungkin kita nampak hidup dewasa ini simple. Sekadar kerja, mencari wang dan hanya hidup. Tapi nyatanya tidak. Ada lagi perkara lain lebih dari itu.
Ada jiwa perlu dijaga. Ada hati perlu diperiksa.
Penat.
Kalau dengan give up-nya aku buat hidup orang lain lebih lancar dan tenang, baiklah aku lari. Lari hingga tidak ketemuan. Lari dari semua yang menyerabutkan. Lari sehingga aku tidak perlu toleh dan tangisi lagi segala rasa yang terlalu dalam….
Ah, dalam hidup ni tiada siapa pun kisahkan perihal kita. Masing-masing sudah punya pertarungan mereka sendiri, kenapa aku harus semakkan fikiran mereka?
Kadang, aku just nak lari. Lari, lari dan lari…
Aku sendiri kadang tak tahu mana realiti dan fantasi. Aku serabut. Aku kusut.
Sampai satu tahap, mungkin aku takkan kembali. Biar setinggi mana pun suara diseru, aku bukan aku lagi…Aku sudah lama mati bersama banjiran air mata yang sering mengalir kala senja hari.
Ah, senja…waktu yang tepat untuk dia merencana pelarian. Isolated Plan katanya…
Aku tak akan berpaling…itu tekad aku…
“Kita memang begini ya…sendiri saja dari awal hingga akhir” bisik Aryan pada Seroja. Mata mereka masih tidak mengerdip melihat mentari yang kian tenggelam dimamah bumi.
“Sarat topik kita ini” Seroja hanya angguk.
Selagi boleh hadap, hadaplah…sampai satu tahap jika lari itu lebih tenang, kita pergi saja ya?
Dia angguk.
Ya, ini bukan kisah nyata. Selagi ia masih di kepala, mereka hanya kekal dipenjara. Tapi, saat mereka tidak bertakhta, usah diseru jelata yang tidak bertanda. Mereka sudah lama terpenjara. Punya peluang, tiada dalih…merekakan lesap. Ditelan bayang senja…
Kursatil yang tiada siapa duga…