Awalun pembuka taipan aku sudah menghembus nafas kemain berat. Seolah terpaling beratlah baggage yang aku bawak sepanjang menempuhi lima bulan pertama bagi tahun 2024 ni.
Itulah ada quote kata, sehari itu panjang, tetapi setahun memang singkat. Sampai mana dah kita?
Alhamdulillah masih disini. Tiba pada destinasi yang kita sendiri tak pernah akan fikir. Alhamdulillah…
Tak lama lagi raya haji weh.. Pastu tahun baru Hijrah. Gila betullah…Aku macam masih tak percaya tahun ni tahun 2024.
2024 seolah masih mimpi. Segalanya terlalu laju…seolah 2004 itu masih dibelakang. Walhal sudah 20 tahun beb! DUA-PULUH-TAHUN!
Maigad!!!
Tuhan, tak percayanya aku masih dikurnia peluang hidup hingga ke detik ini. Bersama pengalaman hidup yang ini. Cerita yang ini serta susur galur yang aku sendiri tak pernah sangka aku berjaya harungi.
Tipulah kalau aku tak sedih. Tipulah kalau aku kata aku langsung tak rindu pada setiap fasa yang berlalu.
Sekarang kita kat fasa mana?
The end of the era kata Monica pada Rachel. End of every sitcom. Macam Young Sheldon melabuh tirai mereka selepas sekian tahun. (Sekian tahun sebab aku malas nak Google berapa tahun dah cerita tu on Air, yang pastinya ia berakhir pada Season yang ke-7)
Aku masih ralat pada dunia yang aku pernah hidup. Seolah tidak percaya dulunya aku begitu. Aku yang…sekarang yang…
God I really missed myself so much a lot!
Bukan pada siapa aku merindui. Cuma pada diri…
Pada diri aku dibangku sekolah rendah. Pada kaunter bakeri, kafe serta pasaraya.
Merindui pada parang yang setia bersama dengan aku untuk dua tahun lamanya.
Pada suasana pasar segar dingin subuh.
Pada kesibukan bulan puasa saat tempahan ayam melimpah ruah hingga kau lupa telah masuk waktu berbuka.
Pada kabur mata yang berjaya diharungi tanpa susahkan sesiapa.
Pada cermin mata pertama yang aku sarung.
Pada diari pertama pernah aku conteng.
Pada setiap bau, udara, dan pemandangan yang pernah aku semadikan sebagai memori di kepala.
Tuhan, sungguh aku rindu…
Kenapa tengah tahun 2024 aku masih bertapuk?
Apa yang aku takut?
Kesat hingus sat. Sedih mat…sedih terasa seperti semalam aku mengusung bagasi kali pertama menuju ke airport untuk pergi asrama.
“Dua puluh tahun sudah tu bah…kenapa kau masih toleh ke belakang tu?” tanya dia.
Air diteguk bagi mencuci segala rasa yang kian kelabu.
Aku…kita akan berjaya okay. Kau jangan risau sebab aku pastikan kita akan berjaya.
Aku tahu, kadang aku malas. Aku biar lengah bermaharajalela dalam sanubari kita, aku utamakan kelesuan. Berharap dengan cara itu aku akan pulih dan bangkit dengan lebih bertenaga. Tanpa sedar, aku sudah berada di zon selesa.
Zon paling bahaya.
Aku belajar banyak perkara.
Banyak benda yang aku belajar buat aku toleh pada kisah lama. Bukan untuk meratap, cuma buat pedoman dan sempadan.
Aku dulunya begini, sekarangnya begini.
Dulunya aku sekian, sekarangnya aku demikian.
Demikian aku ini mungkin terjadi kerana sekian. Aku tidak marah pada sekian, aku jua tidak mahu terlalu berkira dengan demikian. Demikian itu aku hidup dalam rasa yang amat dalam.
Sekian pada demikian menjadikan aku lebih orang. Orangkah aku?
Dimana kalian?
Ia kerana, sekian aku demikian dan kini aku tiada kalian.
Kalian sudah tiada…
Kalian itu tiada kerna demikian punya suara.
Jadinya kini aku lebih kesendirian. Bersama kehidupan yang aku pilih untuk teruskan.
Bahagiakah kita?
Alhamdulillah, bahagia cara kita.
Tengah tahun sudah ya.
Iya, tengah tahun sudah ni…
Kau macam mana?
Kaulah yang masih mencari makna sebuah kehidupan.
Ya…usah dicari…jawapannya kan datang sendiri.
Tidak sekian, demikian.
Tidak demikian, kemudian…
Namalah kehidupan…
Jawapan bukan sebuah destinasi…
Suasana itu yang harus dihargai…
Semoga jalan itu tetap kita hadap dengan kekuatan Ilahi.
Harus kuat, Jiwa!
Mesti!
harus terus kuat ya!