Search
Close this search box.
road, highway, trees-6724201.jpg

The reason…

Kadang bau asap rokok itu nikmat.

Kadang dengan hidu pun boleh buat rasa tekanan yang dilampiaskan oleh sang penyebar asap rokok itu turut hilang.

Rasa seperti…kalau dengan merokok itu aku boleh lupakan masalah barang seketika,

aku pun mahu menyedutnya.

Tapi, bila bayarannya adalah nyawa…

aku termangu seketika…

Berbaloikah harga masalah itu dibayar dengan nyawa?

Berbaloi!

Kalau ia dapat mengelakkan aku dari sakit tekanan jiwa kerana tidak melampiaskan rasa.

Bezanya sakit itu nampak atau tidak saja.

Penghujungnya sama…

Dua-dua akan sakit

Kalau masalah itu terhapus bersama kepulan asap rokok,

barangkali sudah beribu rokok aku hisap.

Tapi, nyatanya tidak.

Itu hanya ilusi…

Hakikat yang hampir semua orang tahu…

Menyelesaikan masalah dengan masalah tidak akan menjadi selesai…..

Berulang bunyinya…

Alasan.

Mungkin dia punya alasan.

Hukum?

Siapa aku mahu menghukum.

Getus dalam hati tapi ternyata dari awal aku sudah menghukum.

Alpa. Aku memang alpa.

Mahu meluah rasa disebalik kepulan asap rokok itu mungkin lebih senang.

Mungkin. mungkin saja sebab paling kurang asap lindungi kebenaran yang cuba disampaikan.

Tapi, sampai bila mahu kaburi kebenaran di balik asap?

Hakikat, yang semua orang pentingkan diri.

Aku. Katakan pada aku yang aku bongkak. Egocentric!

Aku pinggirkan tanggungjawab yang Dia suruh jaga demi buang masalah yang seketika cuma?

Alasan gila!

Reason..

Aku belajar sebab jahil itu merbahaya…

Aku kejar masa kerna tidak punya waktu

Ya, aku ego dan tamak untuk kejar semuanya…

sebab siapa mahu hidup hanya sekadar hidup?

Objektif hidup kita mungkin tak serupa…

Tapi aku tahu kita mahu destinasi yang sama.

Biar apa jua alasannya…

Aku hanya mahu kita bersua disana…

Bahagia…

Subscribe
Notify of
guest
7 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Hanis Amanina
January 2, 2018 18:49

Pernah sesak nafas sbb terhidup asap rokok org lain T_T

Since then, I always cover my nose bila pergi makan kat public yg biasanya penuh org merokok. T_T

hanisamanina.com

sofie adie
December 15, 2017 14:25

^_^…dengar lagu paling senang nak cool down.
ni kes nak taip entry, then tetiba terhidu bau rokok…^_^!

I am LZ
December 15, 2017 12:43

Merokok bukan penyelesaian masalah, bertambah masalah itu mungkin..
Hasilnya bila tua nanti.. Jadi kita kena bijak tangani masalah.
Kalau sis tengah jiwa kacau, membaca atau blogging salah satu terapi mujarab.

sofie adie
December 12, 2017 11:56

iya benar itu.
terserah…

sofie adie
December 12, 2017 11:54

alhamdulillah ^_^

zuhdi sanusi
December 12, 2017 11:51

masing2 punya alasan dan pilihan
setiap penyudah penentunya adalah pilihan diawal prmulaan.,
terserah.,

At-Tarmizi
December 12, 2017 11:51

mujur saya tak hisap rokok =)

Scroll to Top