laptop computer, tray, tea-1245981.jpg

Things gonna change….

Salam Merdeka buat penduduk bumi di Tanah Melayu pada zaman 1957.

Kabare kalian penghuni yang ralit memerhati langit bergemerlapan diterangi tusukan bunga api sempena meraikan hari kebangsaan Malaysia. Malaysiakah kita? 

Itu kalian simpan dan soal sebagai peneman waktu malam-malam kalian yang sukar untuk pejamkan mata kelak.

Macam biasa, hari keramaian adalah hari dimana aku lebih selesa untuk memerukkan diri dalam rumah. Atau spesifiknya bilik! Sejak balik Miri tempoh hari, aku dapat rasakan yang fizikal aku dah mula menolak unsur sosial dan keramaian….kenapa oh kenapa duhai diri? Aku bertanya tanpa henti….

“Outside hurt, inside safe…” kata dia

Aku pelik.

“Things gonna change…” sambung dia lagi

Aku kelu.

Kenapa?

Entah.

Journal dibilang jumlahnya hampir ke angka 21. Alaf-21 sudah hampir ke penghujungkah?

Entah.

Merdeka sale sedang gila.

Duit dicongak terherot mulut membilang.

Bukan tidak cukup, tapi tiada berkah.

Mungkin itu sebab duit menjadi cecair kala membeli belah

Helaan berat membatukkan sesak di fikiran.

Things gonna change.

Why do we change the thing?

Cause we need an improvement.

We improve our self from making a repetitive mistake like history does…

Isn’t it?

Does it?

Kata dia mahu bersenang tanpa perlu keluar dari hijab wakanda.

Hijab yang direka untuk mengasingkan anasir jahiliah yang semakin gagah menyerang.

Paling tidak hijab wakanda dapat melumpuhkan segala ideologi yang tidak mampu lagi untuk ditapis.

Barangkali pengisar mindanya sudah bejat

Barangkali…

Things gonna change,

Sooner or later…we all have to accept our faith

Slowly and painfully, we have to change

For a better day

For a better life…

###

Awalnya nak menaip dengan nada ceria (acah ceria walau takdelah seceria yang disangka, at least orang baca takdelah hambar…) tapi, itulah…bila otak dah merencana yang dia tak mahu ceria, emosi pun tak dapat menidakkan fakta palsu yang disalurkan oleh neuron. Jadinya, entri jurnal pun berbaur duka…walau sebenarnya ianya biasa-biasa saja…

This is the beginning of how the things gonna change.

Slowly and steadily…

So, cheers to Merdeka!

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top