Sebenarnya soalan ni dah lama ditanya oleh junior geomatik kita pada awal bulan Oktober lalu. Tapi, disebabkan aturan beberapa insiden yang agak kabut pada waktu tu buat aku hilang momentum untuk berkongsi segala tips.
Apo nak share tips padahal diri pun ke laut ha.
Alhamdulillah sekarang semua kembali stabil, punya kelapangan sempena cuti Deepavali ni kita up lah tips dan kaedah belajar yang boleh membantu pelajar Geomatik perform setiap semester.
Korang para junior yang singgah sini mesti expect aku kerja dalam bidang ni kan?
Well, sorry to disappoint you guys… hakak korang ni lebih cenderung menyambung pengajian dalam dunia hartanah daripada dunia ukur tanah. Sekarang tengah bekerja dalam bidang pengurusan hartanah di sebuah bandaraya yang penuh sesak semak naudzubillah! Alhamdulillah syukur juga diberi peluang meneroka dunia kerjaya yang penuh ranjau. #mohonbertabahjiwa
So, para junior sekalian, korang masuk bidang ni mesti dah google habis dah kan Geomatik ni pasal apa?
Sure punyalah korang tapis kaw-kaw sebelum select kos ni. Ke korang main taram je, janji sambung belajar? Ehhhh, jangan begitu adik, belajar ini sebuah pelaburan. Sebelum melabur sana sini, kena survey dulu baik-baik. Yang helok cerah peluang dan masa depan (insyaAllah).
Jangan pakat lepas batuk kat tangga. Nervous tau kalau dapat kos yang tak selari dengan jiwa. Jadi, KENA PILIH ELOK-ELOK KOS SEBELUM SAMBUNG PENGAJIAN. (haaa…CAPSLOCK siap bold kau aku kasi. Ni REMINDER paling penting TAHU!)
Jadinya, apakah tips skor belajar bagi pengajian Geomatik?
To be honest, mana-mana tips belajar sama je. Takde yang special. Kunci dia:-
RAJIN
Tak rajin, apa pun tak jadi. Tapi, rajin membuta pun tak boleh jugak. Korang kena ada STRATEGI BELAJAR. Macam mana nak buat strategi belajar?
Dulu masa sekolah aku suka baca tips-tips belajar dari PTS Publications. Daripada tips situ aku olah ikut keselesaan aku. Jadi bila pilih tips belajar ni, korang kena pastikan dia selesa dengan korang. Terlalu rigid, korang auto lemah semangat punya. Jadi santai. Study smart. Rasanya bagi setiap semester aku ada share tips dia sikit. Tapi untuk versi general, aku boleh huraikan macam ni.
Sebelum belajar, kena tahu apa yang korang nak kuasai.
Misalnya, korang memang blur giler pasal Cadastral, apa kepentingan dia. Dan dalam masa yang sama, korang kena faham cara kiraan dan kaitan Cadastral dengan Astronomy. Perkaitan dia dengan Engineering pulak. Jadi, dalam situasi ni korang boleh cuba ikut langkah bagi strategi ni.
Tips Skor Belajar – Geomatik
Sebelum belajar:
- Tulis apa yang korang tak faham – maximum tiga (sebab dari ibu yang tiga ni, korang kena hurai segala anak dan cabang dia)
- Tulis matlamat akhir korang hasil dari belajar. Contoh:- untuk faham perkaitan Cadastral dengan cerapan matahari
- Set mode untuk korang belajar – baiknya tanpa sebarang muzik dan gangguan dalam pomodoro timer.
Sesi Belajar:
- Screening dulu nota, buku dan sumber bacaan korang
- Highlight keywords yang korang nak kuasai. Guna konsep 5W1H
Selepas Belajar:
- Buat latihan berdasarkan soalan tutorial dan final exam
- Baru buat nota tanpa merujuk sebarang buku – Nota ni, korang kena tulis berdasarkan apa yang korang faham. Bukan copy paste.
- Berdasarkan nota korang tadi, highlight key-points dia. – dari situ baru buat teknik akronim, mind map, flash card dan lain-lain.
- Setiap hari, dedikasikan 15 minit untuk belek semua nota kecil korang ni tadi. Belek je tengok, tak payah buat apa.
- Lepas tu buat latih tubi – semak dengan lecturer bila tak faham
- Ajar kawan-kawan. Yup, ini tips paling best sebab bila kita kongsi ilmu dengan orang, kita sendiri akan lebih cepat ingat.
Sebelum belajar tu ada baiknya korang buat persediaan sebelum sesi pengajian dengan pensyarah. Biarlah masa korang baca tu otak tengah blur, tapi korang teruskan. Esok percayalah, masa lecturer explain, korang akan auto O. Otak korang dah familiar dengan semua term dan teori tadi. Dan apa-apa yang tak faham, korang boleh terus direct tanya pensyarah pada hari yang sama.
Ingat, kena buat latihan dalam masa tiga hari selepas habis belajar. Kalau tak, ilmu tu dah pudar. Dah tak segar.
Lagi-lagi kalau subjek yang libatkan subjek mengira. Balik kelas, terus buat latihan. Jangan tangguh even korang sibuk dengan persatuan sekalipun.
Rajinkan diri. Kena. Mesti!
Sebab percayalah, dunia belajar adalah detik yang paling indah yang korang akan kenang sampai bila-bila. Jadi gunalah peluang sebagai pelajar itu sebaiknya.
Serius. Lepas habis belajar, vibe dia takkan pernah sama.
Alright takat tu dululah pesanan dari senior korang ni. All the best dan chaiyok buat korang. Kutiplah ilmu sebanyaknya dunia akhirat. Balik kelas, menyinggahlah ke Masjid, meriahkan jemaah dan dengar ceramah-ceramah dari para ilmuwan.
Semoga perjuangan menuntut ilmu dipermudahkan buat kalian. Aminnn…
P/s: Thanks sebab selalu jengah sini setiap kali google pasal Geomatik. Kejayaan anda adalah senyuman bagi seorang senior yang pernah patah semangat kala junior dahulu. Jadi, usah diulang mimpi semalam. ^_^