Blog Header

Too March stories

text, letter, old-4095909.jpg

Cerita paling besar dalam hidup aku untuk bulan lepas adalah, khabar penutupan kiosk tempat aku kutip pengalaman dan belajar menstabilkan hidup pelbagai sisi. Dua tahun kot aku ulang alik, habiskan masa hujung minggu, puasa, raya dekat situ. Siapa tak feeling bhai….banyak memori tercipta dekat situ. Tapi sekarang tinggal sejarah.

in memoir

Walaupun penutupan March aku dipenuhi dengan bergambar bersama artis, ianya tidaklah dapat mengubah rasa sedih tu. Huhuhu

Macam drastik pun ada…tapi hidup ni kalau takde perubahan, tak hidupla namanya. Maka, aku belajar untuk terima perubahan itu sebagai satu kebaikan. InsyaAllah, banyak lagi rezeki lain yang akan datang.

Hidup kembali normal. Yang tinggal, hanya bergegas dengan dateline assignment. Fokus hidup sebagai pelajar tahun akhir. Mencari kehidupan perjalanan yang seterusnya. Sampai tiada lagi impian yang mahu dicapai selain dari hidup bersama Tuhan.

Sebulan dah berlalu sejak aku tinggalkan blogger dan pindah ke platform Nexbuilder. Feel dia, tetap lain. Yelah, tujuh tahun main dengan blogspot. PBAKL kali ni pun tak dapat pergi disebabkan kekangan lain. Takpelah, banyak lagi buku yang aku tak habis baca.

Esok ada modul finishing school. Dah nak habis dah belajar. Bersediakah untuk hadap dunia sebenar?

Kerjaya, keluarga, kehendak, impian…..aku sandarkan hidup ini hanya untukMu Tuhan. Permudahkanlah segala urusan kami dunia akhirat. Amin.

Wallahua’lam….

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top