Blog Header

Transisi

pine cone, fir green, fir branch-6803226.jpg

Jam 0119

Selepas dua hari kau mensushi.

Dan kau di fasa transisi. Fasa hidup yang agak sempit dan bebas. Fasa penentuan masa hadapan sebelum disandar pada Dia. Atau pasrah?

Entah. Okay, aku mengantuk Mengantuk yang disebabkan hujan, atau memang mengantuk sebab sekarang adalah waktu tidur. Mungkin boleh jadi keduanya.

Aku dah balas semua email yang penting. Penting bagi segala penentuan fasa transisi.

Fasa hidup yang kau tak cerita pada orang bagaimana jalannya.

Berdurikah ia?

Tajamkah lencongannya?

Haluskah teksturnya?

Tiada siapa tahu sebab kau sendiri masih keliru. Keliru kerana kau harus kejar segalanya dalam sehela nafas yang lalu.

Ah, kehidupan…

Banyak perkara yang kau tinggal dan perlu tinggal

Berpaling pada jalan yang hanya ada kau dan masa hadapan.

Siapa yang teman?

Itu bukan sandaran.

Kau ada Dia.

Kau, ada mereka.

Kau, cukup adanya.

Transisi ini makan masa berbulan. Kadang nampak sehaluan, kadang berlirat sukar ditemukan.

Apa?

My friends are robots kata Arrested Youth.

Am I going to be a robot too?

Don’t know.

Kau, jangan banding seinchi dengan senjengkal.

Pada mancis yang sudah diguna atau mancis yang disimpan. Kualitinya tidak sama. Kadang diasah belum tentu menyala.

Kadang perlu juga dicucuh pada bara, baru kau terang sedewa alam.

Humble.

Okay, masa tidur. Gosok gigi, baca doa…tidur jawapan agar tidak berfikir keterlaluan yang buat kau lupa punya Tuhan.

Syukur.

Ya, transisi hidup yang paling besar.

Lompatlah seluas langkah.

Terbanglah tanpa sayap.

Terbanglah sejauh mungkin…

Terjunlah…sebelum terbang kau perlu terjun.

Ke gaung yang kan bertemu ke alam lain…langit bagi sebuah kejatuhan….

Bye.

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top