flower, life, yellow flower-887443.jpg

Unfollow the mass….

Ini adalah minggu ketiga aku jadi freelance helper untuk kerja yang pelbagai. Dari ruangan gudang, dapur hinggalah ke ruang pejabat. Semua aku buat. Bila rasa nak cuti, kita cuti, rasa nak rehat, kita rehat.

Flexible!

Itu yang aku suka tentang kehidupan sekarang. Walaupun bunyi macam tak de jaminan dan langsung tidak kukuh kerjanya, tapi paling kurang aku belajar susah sendiri. Alahmdulillah segalanya dipermudahkan dan diberi kecukupan. Yang paling best tentang kerja freelance ni adalah, kau tak terikat dengan orang langsung. Takde ikatan itu ini yang buat kau rasa persoal dan pertikai kewujudan.

Kau buat kerja dekat satu tempat, buat yang terbaik. Tunjukkan prestasi yang terbaik dan habis shift, kau boleh pulang dengan tenang. Esoknya pulak kau akan hadap kerja yang tersangat berlainan dengan kerja kau pada hari ni.

Kerja yang orang kata, nak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Seronoklah untuk aku. Sebab dia bebas. Sekarang ni aku kena semat dalam diri sebab aku bos pada diri ni. Aku kena lebih serius untuk bina kelainan hidup. Cipta jalan yang penuh unik.

Unfollow the mass kata orang.

Takut memang takut sebab tiada jaminan.

Tapi berbaloi untuk adrenalin hidup. Yelah, hidup hanya sekali, kau explorelah celah dunia mana yang kau ingin. Yang penting kau bersyukur dan bersyukur selalu. Ingat tuh.

Hidup ni kena perbanyakkan syukur.

Ayat kesyukuran

Orang kata apa pun, kau syukur.

Syukur sebab kau masih punya kemampuan untuk berjuang walau naluri kau sudahpun give up.

Syukur walau hidup kau hanya Tuhan saja sebagai teman. Kau adalah pendorong terbaik diri kau.

Alhamdulillah…

Everything I touch turns into gold…

April adalah bulan manifestasi untuk hidup lebih bersyukur.

Ramadan adalah bulan untuk membaiki diri. Lebih matang dari semua sisi. Emosi, jiwa, raga, hati mental dan semuanyalah. Semoga ujian yang kita lalui ini menjadikan kita manusia yang lebih syukur kepadaNya.

Kita ni kan, bila diuji, mulalah mencari di mana Tuhan…kadang nak rebel. Walhal Tuhan tak perlu pun pada kita…kita ni ha…tersangatlah perlu pada Tuhan.

Kadang balik dari kerja, termenung di sudut tilam…merintih agar Tuhan kuatkan jiwa ini. Pejuang, petualang, atau perantau….aku dah tak kisah…aku hanya perlu kekuatan dan dorongan agar aku tak pilih jalan singkat.

Alhamdulillah, aku masih menulis di sini…itu bermakna aku survive untuk hari ni. Incase tiber aku lesap lama…korang tahulah kat mana nak cari aku.

Hadiahkanlah al-Fatihah ya…^_^

Orite gais, aku nak update podcast pulak. Papehal roger. Thanks sebab masih setia disini. Tak kiralah pada kurun bila korang baca entri ni, aku tetap ucapkan jutaan terima kasih sebab jumpa blog aku.

Till then amigos!

Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Nur
Nur
April 17, 2023 14:16

Akak baru tahu adanya pekerjaan sebagai pembantu freelance. Multi purpose la ye, semua benda boleh buat. Selamat maju jaya. 🙂

Scroll to Top