doves, peace, freedom-6750143.jpg

Yang penting

Hari ini banyak pulak cerita hendak dikongsi bersama. Perihal hidup, kerjaya, masa hadapan yang masih kekaburan. Apa yang menempa buat dia berjeda langkah pun tiada alasan. Dilihat kiri kanan, semua yang wujud seakan gembira hidup. Benarkah?

Kita melangkah tanpa arah itu akan bertemu jalan pulang atau tidak?

Semestinya tidak. Jawabnya.

Apa yang penting sekarang jika dia takut pada segala komitmen dan tanggungjawab?

‘Kau rasa bersemangat tak bila tengok pasangan berduyun-duyun menghadiri expo bayi bagi persediaan kelahiran sulong ni?’

‘Ergh….aku tak rasa dowh bersemangat. Rasa macam, takpelah, bukan sekarang kot! hahahaha’ dia berseloroh.

‘Kau?’

‘Seronok dowh. Rasa macam tak sabar nak ada zuriat sendiri.’

Wow! Dia terpana.

Apa yang buat orang yakin yang hidup ini indah untuk punya kelangsungan legasi?

‘Kadang, kita kena berani perjudikan hidup. Kahwin itu suatu judilahkan?’

Dia angguk. ‘Ye dowh! Nak berjudi, main terjah begini, melibatkan nyawa insan lain, kita kena cari pemain yang hebat. Bukan sekadar serkap jarang.’

‘Itulah. Sekarang ni, mana ada jaminan dalam semua benda. Lagi-lagi bila kondisi seakan tidak nampak perubahan. Masih ditampuk lama. Tiada yang berkembang…’

Bualan mereka ditangguh seketika dek kunjungan mula menampakkan kemeriahan sambutan para pengunjung. Ada yang berdua, bertiga, kita berdansa….eh, ke situ pula dia bawa.

Yang penting, jualan mereka mencapai target.

Yang penting, dia seronok melihat ragam persediaan orang awam. Bukan dia, atau sesiapa yang berkaitan dengannya.

Dia akur, hidup ini kadang kita perlu mengambil risiko dan terjun atau langgar apa sahaja. Pejam mata dan letak keyakinan pada Dia. Tapi, itu bukan cara dia. Dia lagi suka memerhati, tidak melibatkan pada suatu yang dia sendiri tidak yakin. Bermanfaatkah dunia ini untuk diteruskan jika tiada kestabilan?

Bermaknakah setiap kelahiran itu jika kesediaannya rapuh dan tidak berjitukan akidah yang padu?

Ah, lupakan saja untuk hidup seperti mereka. Dia bukan mereka, dan mereka bukan dia. Masing-masing punya pegangan dan prinsip. Hormat. Itu tunjangnya.

Hormat pada apa jua keputusan yang dilakukan.

Yang penting, dia masih punya nikmat untuk memejam mata tanpa serba salah…

Lena itu suatu nikmat yang selalu dilupakan…

Harga sebuah ketenangan….

Yang penting dia boleh lari tanpa memberitahu sesiapa….

Yang penting dia boleh pergi tanpa risaukan sesiapa….

Yang penting, dia melihat mereka bahagia tanpanya….

Yang penting, dia tidak terikat pada apa mahupun siapa….

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top