ai, ai generated, image-7685872.jpg

Zeitlos: Ritma Falsafah Hidup

Hidup sebuah kekecewaan.

Titik.

Hidup sebuah helaan nafas panjang yang berat sarat dengan kepincangan sesuatu yang sukar untuk diterjemah dan dibentang dalam suatu bentuk yang mudah untuk difaham.

Hidup dan kecewa.

Hidup dan pengharapan.

Hidup dan kesendirian.

Hidup yang diterjemah oleh minda yang kau pantul menjadi realiti.

Orang kata, kecewa itu sebuah keabadian. Expect disappointment and you’ll never be disappointed. Itu kata MJ.

Dan kau serap kata-kata itu menjadi azimat. Ubat pada hidup yang penuh ralat.

Aku tak kata dihidupkan ini suatu musibat.

Aku tidak jua menidak hidup ini punca segala azab aku tercampak di lohong yang kian gelap.

Hidup itu rahmat.

Hidup ini nikmat

Hidup itu punya mimpi dalam mimpi.

Yang akhir kau sendiri akan keliru pada realiti. Setelah kau lahir itu realiti atau setelah kau mati baru dinama realiti hakiki?

Mimpi pada sebuah kehidupan yang penuh dengan kesumat kekecewaan.

Kau kecewa. Kau berdoa agar luka dirawat. Namun parut tetap disitu. Tanda pada sebuah robekan yang pernah tersagat.

Kau tahukan, hidup ini tenat?

Kau tahukan hidup ini tidakkan pernah punya rehat?

If I had Wings…

I would fly toward the Sun and become the Star…

Sarat berselirat pemikiran ini buat jiwa dia berat.

Mata hanya mahu dipejam rapat.

Selamanya?

Dia hanya tersengih. Tidak senyum tidak jua mencebik. Kerna hakikat hidup ini hanya berjalan selagi nyawa di badan. Itu baru dunia.

Sudahnya, bila terpisah ia dari jasad, kau mula merasa jasad itu sekadar sarung di mata Tuhan.

Ah, jiwa usahlah terlalu dipikul segala beban yang tiada jisim itu.

Lepaskanlah ia pergi.

Bagaimana mahu terbang jika kau sendiri yang menyendal kaki di batuan?

Penat.

Sumpah penat….

Aku penat…

Namun, jika diikut sangat pada jiwa yang penat dan bersungut pada hidup yang belum lagi di garisan penamat, tidak kemana jua.

Aku wajib bangkit.

Penat? Rehat. Bukan give up…

Ah, hidup dan kehidupan…

Tiada ujian masakan aku punya hidup yang boleh dibangga sebagai petualang?

Maka Zeitlos; Falsafah Ritma Kehidupan…

Kau tetap bangkit walau perlahan…

Kau tetap bertatih walau tersadung benam ke delapan kaki gaung dalam…

Kau disambar pada nista, kau dipetir pada khianat…

Kita tetap pilih untuk jalan dan berjalan tanpa henti…

Kerana hentian kita masih belum pada destinasi yang diimpi…

A little diamond in the dirt…

….

Ini bukan entri kekecewaan putus pengharapan…

Ia sebuah tonik merawat jiwa yang galau…

Sebuah anesthesia….

Sebuah tasik cerminan saksi perjuangan yang dia jua pernah jatuh…dan memilih untuk bangkit.

Aku masih di sini…

Aku masih berdiri.

Aku masih punya kaki.

Aku tidakkan henti hanya kerana di uji.

Aku tidakkan berpaling hanya kerna aku bukan aku yang dulu lagi…

Ya…kita punya semangat…tetap utuh walau jasad sudah disemadi…

We are stars…

We could be stars…

Senyumlah…

Hidup ini sebuah senyuman… ^_^

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top