Aku dah lama tak lari. Lari dalam istilahnya;
menjauhkan diri seketika dari kesibukan kerja harian yang aku lalui.
Semingguan lepas, aku berjaga tanpa sebarang lena panjang. Sampaikan kawan sekelas tegur,
‘kenapa kau stress sangat?’.
Mahunya tidak, bila semua kerja jatuh pada dateline yang sama dan groupmates kau pulak submit semua bahagian diorang pada malam harinya then, hands up! Masa tu aku rasa macam,..? macam nak jerit pada KL yang “AKU PERLUKAN HOLIDAY!!!”
Sayangnya jeritan itu tak terluah. Sehinggalah suatu hari, aku check email dan diberi peluang oleh TRAVELOKA untuk fikirkan destinasi larian. Dan aku pun termangu memilih, tempat apalah yang aku patut pergi dan hilangkan diri dalam mayapada ni?
El Nido, Palawan!!!
source |
Yup, aku patut pergi situ. Aku patut main dengan air untuk sejukkan dan tenangkan jiwa aku yang lama membara ni. Aku patut pergi situ. Aku dah penat dikerumuni hutan batu. Mata aku dah lama tertipu dengan keindahan ciptaan manusia dan aku perlukan alam semulajadi. Aku perlukan inspirasi baru. Inilah destinasi larianku!
“Haish, kau pandai berenang ke nak pergi tempat air-air ni?”
Ha’ahkan…aku ni dahlah tak pandai berenang. Hari tu pun belajar masih guna life jacket lagi…
Ah! itu bukan halangan…dapat pijak dan tanam diri dalam pasir dia pun jadilah…mana tau balik je dari pelarian tu, terhasil satu buku karya sofieadie….hahahaha..eh, ada tau penulis novel omputih yang hasilkan novel dia time pergi situ. Tak mustahil lepas ni, aku pulak ikut jejak dia…tapi bukan novellah…dia more kepada bacaan umum dengan ayat dekat belakang buku tu,
“…penulis mendapat ilham ketika ‘pelarian’ beliau ke El Nido. Di situlah juga beliau bertemu dengan seseorang yang kini telah menjadi sebahagian dari hidupnya…”
hahahahahahahahh…okay…fine! behave…
Bila pergi El Nido, aku akan pergi style backpackers gitu. Benda yang paling penting kena bawak adalah buku dan pen!
Kau ni pergi melancong pun nak bawak buku pen bagai, come onlah…- cuba cakap, traveller mana tak bawak buku dan pen bila pusing dunia?-
Secondnya, mungkin bawak gitar. Walaupun takde gitar dan tak reti main pun gitar tu…hahahaha. Sebabnya aku dapat bayangkan lagu ‘Kau Ilhamku’ oleh Manbai dekat Las Cabanas Beach sayup-sayup kedengaran time tengok sunset tu.
source |
Subhanallah! Indahnya…aku pun nak menangis gambarkan (baru gambaran tu, belum pergi lagi)…masa tu, sambil tengok pantai, aku dapat rasakan yang aku macam tak nak balik dan selamanya nak duduk kat sana…
Tido? Hah! Kau giler tempat punya cantik nak lelapkan mata pun sayang wooo…lagi-lagi bila depan mata kau tu pulak adalah Seven Commandos Beach! Pantai lagenda yang menyimpan rahsia tujuh komando Jepun.
source |
Dan kemungkinan besar kerja aku dekat The Large Lagoon El Nido adalah merenung air dan senyum sendiri. Sebabnya, aku macam tak percaya yang aku dah sampai ke situ. (Jangan orang ingat aku minah yang terlepas dari Tanjung Rambutan suda…)
Masa tu, mungkin separuh daripada buku dapat diterbitkan dah kot! Dan of courselah aku takkan lepaskan peluang untuk berkayak ke situ… hopefully energy aku tak drain…main kayak kat tasik pun dah semput, inikan dekat pantai…fuh!
sources |
Kalau dapat peluang diving and snorkeling dekat El Nido, memang aku takkan lepaskan peluang tu. Ya Allah, bestnya…selama ni asyik berfalsafah pasal lemas dilautan bagai,…(tapi takdelah aku nak lemas pun)…aku nak teroka hidupan dalam laut tu yang mana tahu, aku akan berjumpa jawapan bagi persoalan yang selalu bermain dalam benak ni…-Jap! aku nak tengok ikan? Finding Nemo? Pergh!-
source |
Lepas tu, pergi Nangkalit-Kalit waterfalls…spend a day dekat situ. Harapnya takde pacat. hahahaha…fobia pulak aku. Kalau adalah? Hurm….losyen Gamat Emas kan ada…?
Pastu, seharian lagi pi daki Taraw Peak. Serius nak daki? Of courselah! Tiadalah makna kamu jejak El Nido jika tidak mendaki Taraw Peak.
source |
Satu lagi, dia macam tak best tau, bila kita pergi tempat yang mostly semua air, tapi kita tak basah langsung. What’s the point man? Baik pi London kan? So, kenalah pi basahkan diri dekat Secret Beach, dan semua pantai yang ada dekat situ…hahahaha…dan aku patut beli sun block -tetiba-
Tak dapat mandi, celup-celup kaki tangan pun jadilah labu oii…
Selain pada tu, peluang yang aku takkan lepaskan bila pergi El Nido ni adalah dining by the beach. Huuu..susah tu nak buat kalau jarang-jarang lepak kat pantai ni. Maka, apa lagi…bantailah segala seafood yang ada di situ..especially yang mana susah dan mahal dekat kawasan kita..karang mengidam tahulah dekat mana nak cari kan?
Malamnya, aku akan spend time dekat tepi pantai, tengok langit, tengok bintang…dan tidur dalam khemah. Buat camp fire lah! Apa lagi….berqiamulail dekat tepi pantai, terasa kerdilnya disitu…berteleku menanti subuh dan ambil peluang sunrise sekali…-Alhamdulillah- sejuk hati ibu mengandung…- ?
Selepas dapat ketenangan dan dingin subuh di tepian pantai, peluang untuk mencoret tu mestilah tinggi…apa lagi…tersenyum lagi memandang keindahan alam di El Nido sambil menulis poskad untuk dihantar ke teman-teman…rakan maya, rakan blogger pun tak dilupa…but first, let me take a selfie with #MyTravelokaEscapade !
Hanya dengan membayangkan destinasi ini pun sudah bisa bawa jiwa aku lari ke sana, tidak dapat aku gambarkan betapa lebarnya senyumanku kelak bila dapat menjejakinya….
All the best untuk semua yang mahu ‘lari’ bersama Traveloka!
Thanks for reading!?
terima kasih maria!
^_^!
Tahniah atas kemenangan…
??..
dahlah tak jumpa punya pasal…memang pulunlah membakar diri ke beach! ^_^
Mesti suks sangat beach ni…
semua tempat ber laut ngeh!ngeh!ngeh!
itulah pasal…syurga dunia jugaklah tempat ni…semoga kekallah begini.snorkelling aku tak pernah seumur hidup ni weii!
itulah…hidup bergantung pada life jacket pun dah kira bangga sebab dapat terapung..hahahhaha
terima kasih bro!! doakan aku dapat final pulak!!! hahahahha
terima kasih syakir! tahniah jugak untuk kau sebab menang minggu ke-3!!
selamat ber'jepun' ya!!! heheheheh
^_^
Cantik weh tempat ni.. Lagi2 yg snorkelling tu. Cantik weh ikan2 dia.., lama dah tak snorkelling ni. Tak pandai berenang pun takpe yg penting ada life jacket cukup utk menikmati benda2 indah camni.. Btw nampak macam ada entri yg dah menang tadi. Congrats sofie..
Tahniah sofieeee sebab menang 🙂 seronokk lah berelnido lepas ni ?
thanks sis!! ^_^
amin amin! together we can make it better!
😀
Congratz adik kecik! Memang sejuk perut ibu mengandung…~hahahahha~ Proud of you my lil sis, may Allah bless you always with all of ur dreams and let all of them come true through time. Muah ciked.
terima kasih sudi singgah sini! 😀
thanks unni!
jom kak! hehehhehe..apa lagi kita pergi bersama2 lah.,..
😀
HI, SAYA SINGGAH SINI 🙂
terima kasih kak! 😀
CANTIK.. GOOD LUCK
Alahai.. Nape tetibe cam nak gi sini juga nie..
Nie entry Sofie la nie.. Nak ikut, boleh?
semoga terus kuat dan cekal sis
salam yana, huhuhu yeah semoga kekal kuat…:D
salam sofie. saya sudah laluinya, semoga terus kuat hehehe
kan? itulah sebab kuat utk pergi sana…
terima kasih! 😀
hahahha..u too!
itulah…tempat yg sesuai utk larikan diri 😀
Cantik ny view! All the best! =D
wow.. nice place and entry.. good luck sis.. btw.. tersama la pulak tmpt pilihan hati kita ni..