Penutup bulan november 2016 kali ini agak kurang bernasib baik. Tapi, takdelah tragis mana pun. Cuma, poket yang rabak. Itu aje…tapi itu pun buat aku rasa macam nak hantuk kepala ke dinding berjuta kali setiap kali teringat peristiwa ‘hitam’ tu.
Apasal aku tak tahu kes ni? apasal aku senang-senang je percaya cakap dia? apasal aku tak cuba lari tapi layan dia? kenapa sesenang itu aku kasi dia? kenapa, kenapa dan kenapa terus bermain dalam otak aku sampai hari ini…naifnya lahai…dahlah, nak buat macam mana, memang rezeki dia, walau itu duit aku, tapi kalau dah tertulis itu rezeki dia, aku tak boleh nak buat apa jugak…
Tapikan, aku boleh kawal, aku boleh elak benda macam tu? cumanya, benda tu dah berlaku, macam mana aku nak elak lagi…nak buat bubur jadi nasi? macam nak jernihkan dakwat hitam!
Sekarang, aku nak marah dengan mak cik tu atau aku nak marah takdir? benda dah berlaku,..kalau kita terima, mungkin kita redha…tapi kalau kita persoalkan, kita nak marah, nak marah dekat siapa? Kenapa dalam ramai-ramai orang dekat situ, mak cik tu pilih aku? kenapa tidak orang lain?
Okay, mungkin ada mangsa dia yang lain, tapi kenapa kami? adakah dia pilih mangsanya secara random, atau memang dia dah ekori mangsa??
Begini kisahnya….
Isnin lalu (281116), selepas lepak dengan member aku dekat KL Sentral, aku pun berkejaranlah pergi TBS untuk naik bas ke melaka. Waktu tu, ktm baru lepaslah kot, sebab masa aku turun tu, dah kosong. Next train pulak pukul 8:59 malam. Okaylah, aku berharap yang akan ada bas paling lewat pukul 10 malam. Aku pun, relax jerlah…tunggu sambil belek-belek phone. Dengar lagu…paling kurang pun goyang kaki…
Dalam pukul 9:02 malam tu, train pun sampai..time tu, orang dah tak ramai. Rezekilah aku dapat duduk. Sebab selalunya dari kl sentral nak ke TBS, train dia macam sardin sikit. Kalau dapat duduk, itu memang rezeki. Dalam setengah jam jugaklah nak sampai ke TBS. Aku dah tak senang duduk dah, sebab takut tiket habis ke apa.
Sampai je TBS, laju aku melangkah. Terus beratur beli tiket.Sampai kaunter tiket, orang tu kata, tiket ke melaka dah takde. last bas tadi pukul 9:30. Aku tengok jam, dah pukul 9:33…aiyooo…sikit jer lagi…pastu, aku tanyalah;
“Paling awal esok pukul berapa?” Dia pun tunjuk kat skrin; pukul 5:45 pagi bas kejora. Aku terpaksalah tanya kakak aku dulu, samada dia available ke tak kalau aku ambik bas pagi buta tu. Lepas, buat perkiraan semua, aku pun beli jugaklah tiket pagi tu. Time tu, jam baru pukul 10.
Nak buat apalah ni…Aku pusing TBS, cari loker untuk simpan beg. Yelah, takkan nak hangkut berat-berat..plus, semua orang suruh berhati-hati. Aku pun tak tahu bala apa yang datang, baiklah aku simpan barang dulu.
Segala dak buku, baju tu, aku tinggal dalam loker…yang berharga tu aku bawaklah. Pusing naik atas, turun bawah…dah macam orang tak betul pun ada. Pastu, aku nampak ada meja food court, aku pun duduk lah. Nampak macam ramai orang. Okaylah kot…takdelah aku takut sangat…
Kemunculan mak cik misteri entah dari mana-mana…
Tengah dok main wassep semua tu, tetiba aku disapa seorang mak cik ni. Masa tu, dah pukul 11 malam. Oh okay, mungkin dia nak teman borak ke apa. Aku pun berbaik sangka ajelah. Layan cerita dia…dalam hati macam taknak percaya, sebab dari gaya dia memang kontra dengan cerita.
Penipu ni…tapi entahlah aku pun tak tahu benda apa yang buat aku mudah sangat percaya…(rasa macam nak tampar je diri sendiri time tu)
(aku malas nak censored-censored bagai, disebabkan censored tu lah aku terkena…maafkan saya makcik, sebab ketidak jujuran mak cik, saya terpaksa dedahkan gambar penuh makcik supaya tiada mangsa yang terkena selepas ini…)
Mula-mula dia tanya,
kenapa ramai askar malam ni? Aku pun cakaplah tak tahu. Dia pun berbasa basi macam tahu semua benda yang berlaku. Dia tanya aku, ada ambik ptptn ke? Pernah pergi penang ke? Kalau pergi penang, jemputlah ke rumah mak cik.
Aku pun pelik dah, wujud lagi ke manusia yang first time jumpa, terus diajak ke rumah? tak logik sungguhlah!
Dan disinilah semuanya bermula….
“Mak cik ni teacher MUET, ada krusus kat putrajaya Rabu ni. Pagi tadi mak cik sampai dari Penang, kononnya nak datang awal sebab nak jenjalan pusing KL. Masa mak cik keluarkan duit dekat Brickfield, mak cik kena ragut. Adalah dalam rm500 jugaklah duit mak cik melayang. Handphone mak cik pun dia kebas. Hilang semua IC, kad bank. Mak cik ada anak sorang kat Dubai, kerja oil and gas. Mak cik dok mengajar kat Penang. Pak cik dah meninggal. Sedara pun dah takde. Itu yang mak cik menangis sebab tak tahu nak mintak tolong siapa dah. Polis pun tak dapat nak tolong. Ini kalau adik ada duit, mak cik ingat nak pinjamlah sikit. Nanti mak cik bayar balik. Adik bagilah nombor telefon, no. akaun semua, supaya senang mak cik bayar semula. Mak cik nak duit buat beli tiket ke penang je. Mak cik kena buat IC baru sebelum pergi kursus…”
Aku pun tekun dengar. (Siotlah aku ni!!) Kesian jugaklah bila dengar cerita sadis dia. Dalam hati, ragu-ragu jugaklah. Betul ke mak cik ni, nampak macam selekeh tak macam cikgu pun. Pastu, aku kasi tau kawan aku. Dia pun cakap, kalau dapat lari, lari dari mak cik tu…masalahnya, aku dah pun kasi mak cik rm50!!! huargh!!!!!
Mak cik tu, naik balik ke food court dan dia tunjukkan tiket yang dia beli.
Aku tanya dia, harga tiket berapa? Dia jawab, rm28.90. Masalahnya, dia tunjuk kat aku baki rm10 je. Aku tanya lagi, mana baki rm21?
Kat situ dah nampak dah dia macam berdolak dalih. Aku pun, ikutlah permainan dia. Dia cakap laparlah, nak makan nasi kandar bagai, aku pun kata, saya tak pernah makan sini. Dia pun blah pergi beli makanan.
Then, dia datang balik, cakap nasi kandar tak best, dia nak makan kfc. Pulak dah! ikut mak ciklah kan.
Sebelum tu, dia dah tulis maklumat dia sebab aku paksa sebagai bukti yang dia tak menipu. Tapi, tak tahulah kalau maklumat ni betul ke palsu. Wallahua’lam. Kata dia nombor telefon tu dah 14 tahun guna. Tadi aku cuba telefon, nombor tu dah takde dalam perkhidmatan..pigidaa!!
Alamat tu pulak entah alamat sesiapalah dia ambik…?
Tembelang hampir pecah!
Dalam 5 ke 10 minit tu, mak cik tu dah tak datang-datang. Aku jenguk KFC, macam dah nak tutup. Maka, aku bangunlah ke KFC. Tanya staff kat situ, ada tak mak cik ni (sambil tunjuk gambar mak cik tu) datang beli.
Diorang semua cakap takde. Pastu, staff tu tanya kenapa.
Aku jawablah…”Saya syak yang mak cik ni, mak cik yang sama pernah tipu orang dulu. Tadi dia cakap nak beli makanan kat KFC, tu yang saya cari tu…”
dan diorang kat situ meng-‘o’ kan sajalah…then aku turun.
Turun turun tu, pusing dari hujung ke hujung, baru nampak dia dekat ‘kerusi pelbagai ragam’ (sebab kat situ macam-macam gelagat manusia yang korang boleh tengok. Ada yang cakap sorang diri siap beraksi bagai…).
Dia lambai kat aku, aku tengok jam; pukul 11:29. Bas dia jam 11:59.Aku tanya;
‘Mak cik kenapa tak masuk lagi? Bukan kena masuk awal setengah jam ke?’ dia pun kata;
‘nak masuklah ni..’
‘tiket mak cik mana?’ aku tanya. Dia pun keluarkan tiket yang dah renyuk lipat tu dekat aku. Aku ambik tiket dia dan tangkap gambar. Pastu, bagi dia balik.
‘Pergilah masuk sana mak cik.. karang tertinggal pulak’ dia pun ambik beg dia, beg plastik dan paling tak bleh blahnya bersalaman! hahahahahahah
apa dowh yang merasuk aku ni?? —biasalah tu, budi bahasa, budaya kita kan?—
Berjumpa mangsa kedua
Tengah aku ekori mak cik tu ke bahagian perlepasan, aku ditahan sorang lelaki ni. Dahlah time tu aku tengah gigih nak ambik gambar ‘lawa’ mak cik tu dari atas ke bawah, dia pulak tahan. Aku sempat hantar dengan mata jerlah mak cik tu. (mak cik tu pakai selipar besar dari saiz dia, satu beg tangan hitam, satu beg sling kaler coklat dan satu beg plastik koyak gitu…)
Mak cik tu sempat berpesan;
“Adik nanti delete gambar tu kalau mak cik dah bayar…”
dan aku pun, tengoklah kalau mak cik bayar…kalau tidak saya simpan ajelah…
Lelaki itu tanya; ‘Mak cik awak ke?” (puith! jadahnya mak cik aku nak datang sini memalam buta..pernah pulak mak cik aku nak tegur aku kan?)
‘Eh, taklah! itu mak cik penipu tu…kenapa?’ <–amboi statement menuduh betul! kes geram punya pasal! hahahaha
‘Mak cik penipu?! tak faham?! tadi saya ada kasi dia duit untuk beli makanan dengan tambang teksi…’
Maka, aku pun ceritalah apa yang berlaku. Dan dia pun tukar cerita dengan aku. Lama kitaorang borak, baru dia kata;
‘apa kata kita duduk..’
aku kat situ dah nak tergelak dah. Macam cerita tragedi yang lawak pun ada…mana taknya, dua-dua kena pau!
Pendedahan cerita palsu
Jalan cerita lebih kurang. Alih-alih, cikgu Penang – asal Johor – Mengajar MUET – anak kerja kat Dubai – kena ragut masa jalan kat kl – takde duit nak makan – then dia kata nak pinjam duit – nanti dia bayar balik-
Dari pukul 11:40 ke pukul 1 pagi jugaklah kitaorang kenang nasib. Aku nasib baik sikitlah kawan aku ada kongsikan perihal mak cik ni. Sharelah dekat mamat yang sama nasib dengan aku. Tanya dia, berapa kasi? ‘RM50’.. geleng kepala ajelah.
Untung mak cik…semalam boleh dapat rm100. Aku pun tak tanya apa nama mamat tu, yang pastinya dia punya bas lagi lambat dari aku; 12:30 tengahhari. Itu je. Dan kitaorang blah. Sebelum dia bla, dia kasi aku air tin ribena satu. Ada lagi kat beg. Masih belum minum. Aku ingat nak simpan buat fosil ke artifak ke dulu…(terima kasih awak!)
Sebelum tu, kitaorang pergilah semak kat kaunter tentang penumpang yang naik bas ke penang. Samada ada tak yang tak naik. Mujur semua naik.
So, tak tahulah mak cik tu kat Penang ke atau masih di TBS. Wallahua’lam….
Disebabkan kes itu, aku lupa nak wish birthday dekat kawan aku….esok paginya baru aku ingat. Itupun mujur ingat…
Dalam kepala ni dok pikir siapalah mangsa mak cik tu seterusnya ya? Kenapalah mak cik tu nak menipu? kalau nak duit, nak makan ke apa, cakap jerlah, tak payah nak menipu kata nak bayar balik bagailah, kan senang.
At least kalau dapat rm5, ke rm10, pun mak cik tu dah boleh survive makan ke…ini, orang belikan roti pun dia bersungut; “Roti je?”.
Kita yang nak kasi duit ni pun dah lama tak makan kfc, dia pulak nak kfc demand sungguhlah! Jadinya, apa yang aku beri tu, kasarnya memang dah takde ikhlas.. (ikhlas itu rahsia Allah)
Lepas baca artikel dari link yang kawan aku share, memang sahlah mak cik tu kaki kelentong duit orang sejak tahun lepas lagi. Cuma aku ni ha, tak pernah dengar. Bila dah kena batang hidung sendiri, ambik kau! – aku pun tak faham, kenapa aku baik tak bertempat?? ?
So, untuk sesiapa saja yang diluar sana, aku bukan nak memburukkan mak cik ni ke apa, cuma aku nak ingatkan agar korang semua perlulah berhati-hati bila nampak mak cik ni. Duit kita tu memang duit kita, kalau korang nak tolong pun, jangan sampai yang meminta lebih berkuasa dari yang mahu memberi.
http://hiburan.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=871597
http://www.ohmedia.my/2015/04/hati-hati-dengan-penipuan-di-kl-sentral.html
https://www.facebook.com/ohmedianetwork/posts/10154115302669572
Bila aku tanya mangsa lelaki tu,
‘kenapa awak tolong mak cik tu?’ dia jawab;
‘Saya teringat dekat mak saya, kalau saya tolong mak cik ni, mungkin bila mak saya dalam kesusahan akan ada orang tolong mak saya…’
Niat nak memberi tu kita dah tunaikan. Tapi, terkilan sebab kenapa mak cik tu perlu menipu?? Kalau tak dapat nak bayar, tak payahlah cakap nak bayar.
Aku pun tertanya, kalau mak cik ni pernah ditangkap oleh pihak berkenaan atau tidak? kenapa tak dihantar ke rumah kebajikan? kenapa oh kenapa?? Dan persoalan hanya tinggal persoalan…
Semoga mak cik tu diberi hidayah dan keselamatan dunia akhirat, Mungkin kisah dia tu benar, cuma dah tak relevan atau dia tak terima hakikat sebab tu asyik ulang jaja cerita yang sama. Sebab tu lakonan dia hebat dan ramai percaya termasuk aku.
Mungkin dia tak pernah pun mintak untuk survive hidup dengan menipu orang. Harap suatu hari nanti dia sedarlah sebelum terlambat.
Kongsikanlah dengan orang lain kalau korang rasa patut. Tapi, sebab aku tak nak orang yang aku kenal alami peristiwa sama, maka aku ingatkan sekali lagi, berhati-hatilah dengan kelicikan dan penipuan yang berlaku dimana sahaja.
Perkara macam nilah yang menyebabkan orang susah nak menghulur.
Mana yang dapat dijadikan iktibar, ambillah..mana yang terkasar tu, emosi si mangsa yang masih belum reda lagi…Thanks for reading! ?
minta2 makcik tu bertaubat la..
kena hati hati skrg…saya dah kena aritu kat klinik pakar hkl… cerita sedihla….kita ni kesian….pakcik ni selalu blegar kat lif parking…. bagi salam baik punya….lidah tak btulang……
next week sy ada appointment kat hkl lg…dia ada lg….dok bg salam malas saya nak layan…turun bawah terus report kat kaunter….
sy kene tipu dgn mak cik same dlm erl rm150������
Allahu, kesiannya kak Sofie… Sabar ye kaak..
Kenapa ya makcik ni macam ni… Moga
Kawan saya(nurse pusrawi) baru bagitau dalam group ws yang dia patient pusrawi. Dia larikan diri dari situ. Ic dia purse dia masih ada kat kawan saya di sana
Saya pernah kena dengan makcik ni . Dia cakap dia baru balik dari hospital . Anak makcik pegi study kat mesir dia cakap . Husband dah meninggal . Dia bru kena ragut phone semua kena . Mintak duit nak beli tiket balik penanng . Hmm
Saya pernah kena dengan makcik ni . Dia cakap dia baru balik dari hospital . Anak makcik pegi study kat mesir dia cakap . Husband dah meninggal . Dia bru kena ragut phone semua kena . Mintak duit nak beli tiket balik penanng . Hmm
Kita tolong ikhlas kot. Kot kot mungkin dia memang dlm kesusahan dan perlukan wang tp caranya salah. Saya rasa awak pon dah memberi. Harap awak ikhlaskan pemberian/sedekah awak.. insyaAllah mungkin rezeki awak bertambah.
Tak tahu nk komen apa. Yang sy boleh kata skarang ni, MAKCIK NI SANGAT UNIK. Saat ini makcik ni dh berjaya pukau mata sy untuk membaca kisah awak(penulis malang) yg pernah jdi mangsa.Sy sangat teruja untuk mengenali makcik ni dan mencadangkan awak(saudari penulis) dapat merungkai kisah hidup makcik ni yang sebenar, supaya semua persoalan yang menjadi tanda tanya atas perbuatan makcik ni terjawab. Naluri sy terdetik lepas ni makin ramai lagi yang akan bagi duit free dekat kaki kelentong makcik ni. Nak tahu kenapa???????
Niat penulis berkongsi cerita ni sangat baik untuk kita semua berhati-hati dengan makcik ni. Sekarang ni macam-macam ilmu jahat orang guna. Lebih-lebih lagi pukau. Rasanya makcik tu sekarang tengah suka lebar, lepas tengok gambar dia VIRAL
hahaha..sy pown terkena la kirenye..tp sy terkena dkat hospital sungai buloh..die berlegar2 bhgn HCU..die ckp ank die excident n msok wad 2..sy plak tgah gilir2 dgn kakak ipar sy untuk menjaga ank sdare sy yg kne denggi tahap bahaya dalam wad 2 jgk..die ckp die tertgal beg bagasi die dgn beg tgan nye dkat lrt..sbb nk pg kl sentral..tup2 dpat call ank die excidnt tros die dtg hospital smpai tertgal brg..die nk pnjam dkat sy rm50, sy plak xde duit rm50 waktu 2..then pnjam la dkat mak sy yg kebetulan melawat cucu nye..die ckp esok die pulangkn bg dkat akk ipar sy, sbb kate nye esok ank nye yg lain dtg..smpai ke sudah xmuncul2..mustahil jgk kalo ank die dh keluar..sbb die ckp ank die koma terok n die kate ank perempuan die kne kanser otak bhgian icu hospital yg sma..kalau cerita dkat mak sy confirm mak sy kate sy nie bendul sng percaya..hahaha..moga2 mak cik nie sedar.. dan mak sy pown dh halal kn..jd tgal urusan die dgn ALLAH jela..
Dia boleh cakap bi! Saya kata saya cikgu english dia speaking dengan saya. Buat kita lebih percaya.
Mak cik ni pernah dtg ofis sy jugak kt serdang Kedah. Sy keja dgn zakat kedah. Jln cerita yg lebih kurang sama. Kononnya dtg ke sini atas urusan assignment dgn kwnnya tngl d Selama Perak. Sambung master kononnya. Dtg dr Alor Setar sampai Serdang Kedah kepala jd pening. P klinik Serdang lepas tu kononnya ada org sapa mak cik tu. Mak cik tu pulak dlm keadaan pening. Katanya kena pukau cemana tah (lebih kurang macam tu lah). Sedar x sedar org tu curi dompet makcik tu. Then, pegi buat repot dkt balai polis serdang. Lps tu br mai ofis zakat nk minta duit pergi balik Alor Setar (bantuan musafir). Bila sy jwb "procedure d pjbt zakat, sy boleh hntr makcik pegi stesen bas lepas tu pihak zakat akan beli tiket utk makcik balik ke Alor Setar boleh. Kalau bg duit gitu saja tak boleh. Terus muka dia lain macam. Then minta la rm10 ja kononnya x mkn lg dr pg td. Staf pjbt sy ikut dia smpi ke kdai mkn last sekali tgk2 ada sorg laki tua dok tngu dia d kedai mkn. Kejadian berlaku thn 2015. Nama dlm gmbr tu bkn nama dia. Dia mmg byk guna identiti palsu. Dia kata dia p kinik serdang tp bila bos sy cek dgn klinik xda pn rekod nama dia pd hari tersebut. Repot polis pn sama. Semua palsu belaka. Semoga Allah mengampuni makcik ni dan semoga makcik diberi hidayah oleh Allah.
Pnh kena dgn mak cik ni 2 thn lps…. Jumpa dlm train nk ke pwtc to mlm. Kebetulan br blk dr Aussie duit Malaysia xder so pinjam duit adik iPad rm50. Nasib xbg $100 dollar ��
Cerita lbh kurang sama jer dia oensyarah ank dkt oversea laki xmenibggal.solat dkt mid valley handbeg kena curik siap tunjuk report polis kira kejadian berlaku ptg td ti yg bg….!!!! Dia pn bergaya siap nk bg gelang jed yg dia pakai tp tolah niat mmg nk tlg kerana Allah kn tp xsangka……..
Bila baca ni, aku dah hadapi dua kali benda yg sama tapi alhamdulillah la tak lost lagi duit. Maybe Allah nak selamatkan aku. First, masa kt tbs juga tpi kat erl. Klau korg nak gi erl dri tbs, mesti korg kena turun eksletor dulu kN. time tu aku nk ke klia by erl. so kt bahagian bawah tu ade je ramai org but ade sorg cina ni dtg kat aku. time tu aku tgh hisap rokok jp before beli tiket erl kt kaunter. Dia ckp la dia from singapore. kt klia wallet dia hilang. dia kerja kt bank of america kt thailand. macam2 laa dia cite. Dia nk pinjam duit aku, nnti dia byr balik.Aku pun ckp la aku cukup2 duit untuk erl. Then bole pula suruh aku prgi keluarkan duit kt bank.Then aku bagi excuse yg aku mls nk naik atas pergi tbs then aku ckp la yg aku kena rushing sbb member aku dh tunggu kt klia. Dia pun okay je and then aku nmpk dia like cari org lain. Yg kedua bila aku and kwn aku lepak kt park klcc. Ade sorg pakcik dtg then duduk sebelah kitorg. dia cite la dia dri sungai buloh. okay kt puduraya bahagian tunggu bas, kan kita kena tunggu kat atas kan. so bawah tu bas. dia kata la dia tunggu bas nak balik mna ntah aku lupa, then wallet dia jatuh masa dia nk berdiri. Helo pakcik, aku pun letak wallet aku kt pocket belakang seluar, tak ade pulak aku punya jatuh. Ayt x logik dia buat aku nk tergelak jee. dia kata la lepastu terpaksa dia jalan kaki sekitar kl. bukann tu jee, dia kata dia dh buat report polis(aku lupa balai mana) then dia ckp kes2 mcm ni kena buat kat Bukit Aman. nk pergi bukit aman xde duit. HELO, kes kau tu besar sngt ke pakcik ? setakat wallet hilang je. Then yg paling bodoh polis tak nak selesaikan then kena pergi Bukit Aman. Ape function balai polis kt situ ? Serious mcm bangang je ayat dia. so dua2 tu aku x bagi duit. Maaflah aku bkn kedekut or ape ke, lebih baik memberi kpd yg lebih jujur memerlukan. Nak duit aku bole bagi tpi jgn smpai tahap teruk menipu mcm tu. Then, time tu mmang kebetulan aku x keluarkan duit lgi. So guys hati2 la org mcm ni. selidik dulu, pikir btol2. Tngok.keadaan dia mcm mna. tpi klau korg ade duit lebih, terpulang nak bagi or tak. macam situasi aku, mmang btol2 aku x keluarkan duit. niat kesian tu dh timbul tpi bila ayt rekaan yg bangang mls pulak aku lyn. So aku doakan kita dilindungiNya drpd benda2 macam ni dan dipertemukan dgn org2 yg btol2 memerlukan.
aku pernah jumpa makcik ni kt hosp sek 7 shah alam bulan Dec 2016..cite lebih kurang sama Lecturer English dari Penang,kena ragut,hp&purse hilang…dia pegi sek 7 sebab cari anak saudara kt UITM tapi tak jumpa..pastu mntk nak pinjam duit nak pegi KTM and nak balik Penang…Aku memang rushing time tu..cuma cakap kat dia,aku boleh tolong panggil uber hantar dia ke KTM..tu je..dia setuju..account uber aku payment by cash,so aku tak pasti dia bayar ke tak..jumlah bayaran tu rm6.75..hehe ada lagi record perjalanan tu..
Student ukm ke? Sy student ukm
Aku pernah kena! Dia cerita dia cikgu sekolah menengah kat Penang ajar English. Dia cakap dia sakit kanser tulang stage 4 and buat treatment kat PPUM. Aku rasa pelik then tanya kenapa tak buat treatment kat Penang je senang tak payah nak ulang alik Penang-KL selalu, yelah dah stage 4 kut. Then dia cakap PPUM tu panel hospital dia. Pastu dia cerita lagi kad debit maybank dia kena telan kat atm, sekarang dia takde cash kat tangan dia nak pinjam duit kat aku. Aku cakap lah kat belakang tu ada maybank branch so aku boleh teman dia pi renew kad baru, tapi dia refuse dia ckap tak larat. Aku cakap lagi "nanti kalau tak renew kad tu macam mana nak survive sepanjang kat hospital?" then dia cakap "takpe kat hospital tu nanti kan makcik dapat makan free". Aku mcm dah was2 dengan cerita makcik ni. Aku pikir lah habis tu macam mana dia nak balik Penang semula lepas buat treatment kalau takde cash kat tangan. Kat situ dah pelik. Dia mintak lagi nak pinjam duit, aku refuse aku ckp takpe biar aku belanja uber hantar dia gi PPUM. Nasib baik dia dengar. Aku bukan tak tolong, tapi aku rasa mcm something wrong dengan story dia. Then bila aku baca balik post hamba Allah ni memang betul lah makcik ni suka menipu orang. Baca pulak kat comment2 bawah tu rupanya ramai yang dia dah tipu. Makcik ni cerita dia kena kanser rahim lah, kanser tulang lah sakit buah pinggang lah, kena ragutlah, phone kena curi lah. Haihh macam2 cerita dia. Harap2 Allah buka kan hati makcik ni untuk berubah dan jangan menipu orang lagi. Amin
saya baru je kena dengan makcik ni balik cuti midsem 2 minggu lepas kat ktm bangi. melayang 50 ringgit saya. walaupun 50 ringgit je tapi kalau korang student korang tahu nilai 50 ringgit tu..
Pernah viral sblm ni rasanya. Baca link kat fb, makcik ni berlegar2 kat ktm rawang & sg buloh. Sy syak, makcik ni scammer. Ada agent yg bwk ni. Haishhh. Kesian awk. Sy risau, siapa pulak yg akan jadi mangsa makcik ni. Dia mst ada ilmu pukau. Sbb tu mudah je org terpedaya. Ya Allah. Moga dijauhkan dgn org2 yg mcm ni.
ha ha hakak pun terkena dik oi. tp gmbr dia kt hp lama. kena kt hosp serdang , dlm tunggu arwah bapak akk dia lalu, akk pun senyum kt dia terus jadik pukau dia tu. dia ngaku cikgu mrsm pengkalan chepa, bila akk tny sorang cikgu situ kebetulan member suami, dia kata x kenal, hmmm sahlah wakenabeb. modus operandi sama je.
Sy pun tkena dgn dia. Kt dlm surau kl sentral. Dah byk org yg dia tipu. Baiklah polis dan jkm amik dia.
Alahai kesiannya Sofie.. Mmm macam2 manusia dalam dunia nie, ada jea akal panjangnya nak menipu.. Semoga makcik nie diberi hidayah dari Allah..
Sy penah terkena ngn mkcik nie kat butterworth penang, crita sama.. cikgu muet kna rompak smua brang hilang.. melayang 300 🙁
Saya kenal dia. Saya pun almost kena juga di Mydin Meru, alhamdulillah tak bagi apa apa. Tapi MO yang sama. Anak sorang tapii ambil medic. Dia lecturer uitm segamat. Sedara takde. Phone semua kena curi sbb collapsed kat ktm
Baca entry dan semua komen buat saya kesian dengan mak cik tu. Sebab dia cakap dia nak bayar..yang komen mungkin hanya sebahagian yang terkena. Ini bermakna mak cik tu dah berhutang dengan ramai orang. Kesian mak cik tu…macam mana dia nak bayar hutang tu..sedangkan bila kita mati semua hutang harus dilangsaikan. Semoga mak cik tu insaf dan bertaubat sebelum mengadap Ilahi. Bagi saya..mak cik ni mungkin pernah kena tipu..tapi caranya menipu orang semula tu yang salah. Kalau perlukan duit banyak cara halal lagi. Kenapa tak duduk minta sedekah saja dari menipu orang? Dengar kata orang minta sedekah pun boleh dapat ribuan sebulan. Menipu dan berjanji untuk bayar balik tu dah kira hutang yang perlu dilangsaikan. Alahai..sebab ni la orang takut nak jadi baik. Betullah pepatah orang dulu2..kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Lepas ni kalau ada yg betul2 memerlukan pertolongan mesti orang tak berani nak tolong..
Lorong Pekaka tu sebenarnya Di Taman Sempadan ..Nibong Tebal. Penang…
Sekarang orang suka ambil kesempatan huhu nak buat baik pun rasa was-ii
Saya juga baru berjumpa dengan makcik yg sama. Dekat kl sentral, saya lepak berseorangan di kfc disapa oleh makcik ni. Gaya dia ala2 datin camtu, dia bgtau dia dok penang, anak amik medic kat alexanderia. Baru balik dari kimo kat putrajaya. Pastu tgh mkn kt alamanda, trringgal porch fon kt kdai makan alamanda. Dlm purse fon dia sume ada trmasuk kad bank.
Pendek cite, sy dh was2, saya ajak jumpa polis bantuan kt kl sentral, pelik nape polis bantuan xnak tlg kata dia. Lagi la saya was2, saya ckap somi saya bole tolong, dia polis.saya call dia kejap(konon2) la. Pastu saya pusing makcik tu balik. Saya ajak pg kaunter tiket balik penang, sy byr. Dia corner balik.hikhik.
Last2, dia give up kot, sbb dia banyak berdalih dan mgkin tkut sbb sy claim somi saya polis. Last2 saya kata sy nk pg dh, somi smpai(konon2 lagi) saya ajak dia jmp, dia kata xpela. Dia pun beredar
Jadi berhati2 ngan mkcik ni dekat kl sentral ya. Kisah benar awal 2017
hahahhaha otak fikir nak balik je….tu yang tak fikir panjang tu…itu pun nasib baik pergi kejar…tapi tak sangka dia masih cari mangsa lain…ish ish ish…
tak bunyi pun omputih nya…huhuhuhuhu…melayang duit…
sampai rawang? aiyaaa…habis satu selangor dia tawan…hebatlah….
kan? sebab kita kenangkan emak kita waktu kita takde je, kita jadi ringan hati nak hulur…
sama2 syahirah…semoga jadi iktibar untuk lebih berwaspada..takut dengan situasi semakin liar ni…
iya?…acanelah leh tak fikir dia boleh kutip alamat random…nasib nasib….
samalah…macam tunggu bulan jatuh ke riba tu…tapi cuba tabahkan hati ni jugak untuk niat sedekah…huhuhuhuh
serius! saya pun lepas kena baru tahu…itu pun lepas kawan kasi link…malangnya gambar mak cik dalam link tu kena sensor…mistake betollah!..
kalaulah saya nampak mak cik tu tgh persuade mangsa lain, mau aje saya kasi warning…
mesti trauma sikit kan? seminggu rasa menyesal sebab tak percaya yang saya semudah tu kasi duit kat orang…kono je buat rawatan chemo lah bagai…nyampah! makan pulak nak demand dari kita…sabar ajelah…
ek? tak perasan betullah! adoiii…bubur sudah!
berapa ribu dah dia dapt hasil dr dialog yang sama agak2?
auta sungguhlah mak cik ni…makin hebat dowh! sakit pulak hati aku bila ingat balik…yang aku pun satu, lurus kemain time kejadian…adoyai…
bulan puase tahun lepas aku kene ngan pakcik tua ..cerita lebih kurang .cuma penambahaan pasal anak dia ade kat australia jd engineer .nk balik bahau ..lepak dkt krusi pelbagai ragam tuh jugak ..ingat nk tolong ..tp lepas dia suruh aku beli rokok ngan sandwich siang2 buta bulan puase terus aku kencing dia balikk ckp pakcik tnggu sinih sat sy nk p buat kuar duit ..thenn aku menghilang smpai harinih ..
ya Allah..ish nasib baik saya tak terkena dengan makcik ni.saya lepak dekat mamak dekat tbs sebab nak tggu bas, saya makan sorang2 lepas tu dia sapa saya boleh duduk sebelah. saya ckap boleh tapi xnampak pulak dia mcm menipu baju dia semua nmpak ok. dia cerita sebiji mcm cerita ni.saya cakap nak tolong banyak tak boleh lah sebab saya pon xbanyak cash ada rm20 je. lepas tu dia angkt pinggan n blaa. serammnya dunia sekarang.
Untuk yg kesekian kalinya baru la aku teringat yg aku pernah "tertolong" makcik ni…ya allah haiii rupanya ni kerja makcik ni…aku punya la xsampai hati nak biar makcik ni mcm tu rupa2nya makcik dok tipu orangg…mula2 tengok gambar tak ingat tapi lps baca kisah dia crta kt mangsa ni baru teringat kisahnya sama….xpala makcik harap makcik berubah la….gamaknya buat kerja mcm tu……
Saya baru kene 5/4/17 di hkl pukul 12 tgh mlm..abis duit saya rm150..ye ye dia cite dia cikgu baru pencen 3 bulan..dtg hkl sbb sesak nafas di kl sentral.katenye naik ets dr Penang nak ke putrajaya utk buat kimo sbb ade kanser servik tahap 2..tp sampai kl sentral dia rasa sesak nafas..turun kl sentral tahan 3 org pompuan minta tlg carikan teksi utk bawa ke hkl..sampai hkl kul 7 ptg,katenye mase nak register tgk2 dlm handbag dia wallet n telefon kne kebas dgn 3 org pompuan tu..pastu dia Kate nak pinjam duit ckit utk buat tAmbang balik ke Penang..pastu saya bagi 50 dia minta lagi 50 sbb katenye alang2 dh smpai kl baik dia teruskan perjalanan ke putrajaya utk kimo dia tu..pastu dia minta lg 50 utk spare..Dia siap cakap jgn niat sedekah,sbb dia nak pinjam n nak b.in balik bile urusan dia dh selesai..same jgk la dia suh dtg umh lau gi Penang..suami dh meninggal masa ank dia kecik lagi..Dia Kate dia mualaf..Mak nye Siam..ank sorg Kat Dubai keje oil gas..tp makcik tu mmg pandai bercakap..lau dia kje jual barang mesti dia bole kaya..sbb kata2 dia bole mempengaruhi org yg mendengar..saya smpai skrg dok teringat Kat makcik menipu ni..Dia Kate dia tau dosa berhutang..nnt roh tergantung antara langit n bumi katenye..saya iyekan aje..pastu saya masuk bilik doc bawa baby saya..kuat bilik doc saya cari makcik tu tp dia x de di situ..smpai skrg saya x jupe n menuntut rm150 saya tu..sbb tu duit utk kecemasan sakit pening ank2 saya..Dia pun x bagi saya niat sedekah..sbb dia nak bayar katenye..dgn saya Kate namanye Siti Hajar.
Saya baru kene 5/4/17 di hkl pukul 12 tgh mlm..abis duit saya rm150..ye ye dia cite dia cikgu baru pencen 3 bulan..dtg hkl sbb sesak nafas di kl sentral.katenye naik ets dr Penang nak ke putrajaya utk buat kimo sbb ade kanser servik tahap 2..tp sampai kl sentral dia rasa sesak nafas..turun kl sentral tahan 3 org pompuan minta tlg carikan teksi utk bawa ke hkl..sampai hkl kul 7 ptg,katenye mase nak register tgk2 dlm handbag dia wallet n telefon kne kebas dgn 3 org pompuan tu..pastu dia Kate nak pinjam duit ckit utk buat tAmbang balik ke Penang..pastu saya bagi 50 dia minta lagi 50 sbb katenye alang2 dh smpai kl baik dia teruskan perjalanan ke putrajaya utk kimo dia tu..pastu dia minta lg 50 utk spare..Dia siap cakap jgn niat sedekah,sbb dia nak pinjam n nak b.in balik bile urusan dia dh selesai..same jgk la dia suh dtg umh lau gi Penang..suami dh meninggal masa ank dia kecik lagi..Dia Kate dia mualaf..Mak nye Siam..ank sorg Kat Dubai keje oil gas..tp makcik tu mmg pandai bercakap..lau dia kje jual barang mesti dia bole kaya..sbb kata2 dia bole mempengaruhi org yg mendengar..saya smpai skrg dok teringat Kat makcik menipu ni..Dia Kate dia tau dosa berhutang..nnt roh tergantung antara langit n bumi katenye..saya iyekan aje..pastu saya masuk bilik doc bawa baby saya..kuat bilik doc saya cari makcik tu tp dia x de di situ..smpai skrg saya x jupe n menuntut rm150 saya tu..sbb tu duit utk kecemasan sakit pening ank2 saya..Dia pun x bagi saya niat sedekah..sbb dia nak bayar katenye..
Bahaya kan skng. Mcm2 trick org nk menipu skng… Take care sofie..
Saya baru kene 5/4/17 di hkl pukul 12 tgh mlm..abis duit saya rm150..ye ye dia cite dia cikgu baru pencen 3 bulan..dtg hkl sbb sesak nafas di kl sentral.katenye naik ets dr Penang nak ke putrajaya utk buat kimo sbb ade kanser servik tahap 2..tp sampai kl sentral dia rasa sesak nafas..turun kl sentral tahan 3 org pompuan minta tlg carikan teksi utk bawa ke hkl..sampai hkl kul 7 ptg,katenye mase nak register tgk2 dlm handbag dia wallet n telefon kne kebas dgn 3 org pompuan tu..pastu dia Kate nak pinjam duit ckit utk buat tAmbang balik ke Penang..pastu saya bagi 50 dia minta lagi 50 sbb katenye alang2 dh smpai kl baik dia teruskan perjalanan ke putrajaya utk kimo dia tu..pastu dia minta lg 50 utk spare..Dia siap cakap jgn niat sedekah,sbb dia nak pinjam n nak b.in balik bile urusan dia dh selesai..same jgk la dia suh dtg umh lau gi Penang..suami dh meninggal masa ank dia kecik lagi..Dia Kate dia mualaf..Mak nye Siam..ank sorg Kat Dubai keje oil gas..tp makcik tu mmg pandai bercakap..lau dia kje jual barang mesti dia bole kaya..sbb kata2 dia bole mempengaruhi org yg mendengar..saya smpai skrg dok teringat Kat makcik menipu ni..Dia Kate dia tau dosa berhutang..nnt roh tergantung antara langit n bumi katenye..saya iyekan aje..pastu saya masuk bilik doc bawa baby saya..kuat bilik doc saya cari makcik tu tp dia x de di situ..smpai skrg saya x jupe n menuntut rm150 saya tu..sbb tu duit utk kecemasan sakit pening ank2 saya..Dia pun x bagi saya niat sedekah..sbb dia nak bayar katenye..
Mana ada cikgu ni di smk(p) st.george. hehehe..pandai makcik ni kelentong org. Pilih sekolah berprestasi tggi pulak tu..alamat pn salah. Semoga jadi iktibar kpd semua..skrg ni rmai org terpaksa menipu demi tuntutan hidup yg semakin hari semakin tggi
Saya pon dah terkena haritu. Silap tak jumpa post ni awal. Awal bulan 2, jalan cerita lebih kurang sama. Just dia olah bagi sedap lagi. Melayang rm100. Haritu terserempak lagi. Tapi tengah tengok dia jalankan agenda dia, approach orang lain. Sabo ajelah. Senang² dia buat duit
Laaa makcik tu tk balik Penang rupanya. Elok duk ada situ. Hmmm. Kalau dia tk pakai pukau, sy akan bwk makcik tu gi beli tiket ngan mkn apa dia nk. Duit mmg tk kasi. 😀
SAMA KES!!! CUMA KES SAYA DIA KATA DIA BALIK IJN 🙁 I LOST RM200 🙁
SAMA KES!!! CIKGU MUET TAPI KISAH SAYA DIA KATA DIA BARU BALIK IJN. I LOST RM200 🙁