Siapa pernah rasa macam ni? Rasa macam blog korang dah jauh dari motif utama korang cipta blog? Pastu berlakulah peminggiran terhadap blog kerana blog bukan lagi satu keseronokan…huhuhuhu
Aku tak taulah pasai pa dua tiga menjak ni, aku rasa blog aku kind of tersasar dari apa yang aku nak. Dia macam takde jiwa aku dalam blog ni. Rasa kosong gitu! *Tarik nafas, turun nafas….helaan yang panjang!* Tandanya, aku perlu betulkan balik keadaan.
Untuk mencari balik kompas blog aku yang hilang tuh, aku terpaksa buat ‘QnA dekat diri sendiri’. Sesi temu bual ni dah bermain dalam minda aku sejak balik dari diploma ri tu.
Soalan pertama: Apa tujuan blog ni dibuat?
- Untuk kongsi cerita, pengalaman, hujah-hujah yang tak boleh disuarakan, erm…berdebat dengan hati sendiri…mostly personal thingy…
Kau rasa ada ke orang nak baca cerita merapu meraban kau tu?
- Erm….agak sukarlah nak jawab. Kadang tu adalah, kadang tu takde. Tapi, tak kisah sebabnya blog suka-suka…
Target utama kau berblogging?
- Just for fun! Takde target tinggi. Tapi nak jugaklah merasa view beribu riban… $_$
Pernah tak, nak jadikan blog satu platform penciptaan identiti maya?
- Pernah! Tapi dah macam tak dah, sebabnya maya dah masuk realiti…
Kesilapan yang menyebabkan kau hilang kompas?
- Bila jiwa aku tak turut serta dalam aksara yang aku taip. Rasa kosong!
Pernah tak terfikir nak jadikan blogging sebagai pasif income?
- Masa awal aku buat blog ni, aku tak fikir sangat pun pasal tu…tapi kalau ada rezeki tu, aku tak tolaklah…
Percaya tak kalau aku kata, fokus utama kau lari sebab tu?
- Hurm…maksud kau?
Kau buat blog untuk suka-sukakan? Lepas tu bila kau ada peluang buat duit dengan blog, kau punya fokus utama untuk blog tu dah lari sebab kau lebih teruja nak jadikan blog kau sebagai income. Kau pun cari jalan untuk semua tu…tanpa sedar, identiti kau sendiri dalam dunia blog tu hilang…
Ooh…tapi aku tak rasa pun macam tu…adalah sikit…sikit jerlah rasa gitu.Habis tu, kau rasa sebab apa blog kau hilang kompas kalau bukan sebab tu?
…..
Dan sesi perbualan tamat begitu saja, tanpa aku tau jawapan dia. Mungkin aku tau…ya aku yakin aku tahu…cuma bukan kompas yang hilang. Aku yang baca kompas terbalik! Dush!
Antara tanda awal blog hilang arah yang dialami oleh aku adalah bila hilang rasa seronok untuk buat entri dan aku rasa terbeban padahal blog sendiri tuh, bukan blog orang lain…
Memang perubahan itu menakutkan, tapi selagi kita tak berubah, kita takkan kehadapan…
Maka, koreksi diri sendiri balik, lagi-lagi sempena Ramadhan ni…buat blog pun kena reflect balik diri sendiri. T_T Sebab blog tu satu identiti jugak. Bila blog kita hilang kompas, arah atau jauh dari sasaran yang sepatutnya, cuba tanya pada diri;
- Bermanfaatkah blog aku untuk dibaca?
- Berbaloikah orang membacanya?
- Jika blog dijadikan satu buku jurnal, agak-agak setimpal tak dengan harga?
- Friendly user tak blog aku nih?
Kadang blog ajar aku banyak perkara. Dia buat aku rasa macam “dunia ni ana yang punya!”. Tapi dalam masa yang sama macam burung unta yang menyembunyikan kepala dalam pasir. Burung unta?
Semakin lama pengalaman kita berblog, semakin kita tahu arah blog kita yang sebenar. Betul dak?
Aku kira newbie what, sebab baru tiga tahun. Kalau ikut tumbesaran manusia, bertatih lagilah aku ni. Tu pun macam banyak perkara dah berlaku. Boleh pulak tersasar. Adoyai! Maafkan saya, budak baru belajar…
Memang kadang tu, setiap hari aku dok cari cara nak improvekan blog sendiri, tingkatkan kualiti entri supaya orang yang baca pun, rasa berbaloi nak spent masa dekat entri kita. Dua tiga minit yang pembaca guna untuk hadam balik apa yang kita tulis tu, cukup berharga untuk aku. Masa tu lagi mahal tau dari emas.
So, bila aku tengok balik cerita lama-lama aku, rasa macam…agak-agak orang hadam ke mesej yang aku nak sampaikan? ke terlalu tinggi metafora yang aku guna sampai tahap bombastik dan orang kena ulang dua tiga kali baca, dan bila fedup, ‘x’ lah jawabnya….what a sad ending! T^T
Itulah yang terjadi bila blog hilang kompas…
Kalau keadaan ni pernah berlaku dekat koranglah kan, korang akan buat apa?
Thanks for reading! 🙂
p/s: aiyak! mintak ampun kalau entri ni banyak buat korang sentap…ngeeee…
thank you siqah for sharing ur pinion here! i'm really glad to read that..
insyaAllah kita sma2 buat blog utk manfaat manusia sejagat 🙂
terima kasih lagi sekali sebab tak sentap! 🙂
A good entry sofie 🙂
Siqah pun sedang QnA mengenai blog sendiri. You made me think! Haha. Siqah tulis blog sekadar suka2 dan semua dianggap memori tak kisah apa pun topik. Cuma nak tulis hal personal je karang jadi bosan pulak. Sebab tu siqah ada diari personal sendiri. Agar diri ini tidak melalut banyak di blog 😀
Harap blog bagi manfaat pada orang lain. Walaupun entri tak seberapa. Huhu
Btw, really nice entry. Dan jangan risau, siqah tak sentap pun. Hehe
alhamdulillah lega dengar…
insyaAllah….tak shabarnya aih!
ngeee maafin gue lorh! T^T
kalau ada dah lama letak kim chaa ^_^!
hehehehhe
Takde button utk like komen cero ke ? Heheh
Tersentap kearah yang lebih baik ^^ supaya rajin update blog .. Hohoh .. Btw, nnt jemputlah join GA dekat blog kalau rasa nak buku pre loved .. Hehehe
tresentap kejap !
thanks zaitie!
nope lah sofie tak tersinggung pun, btw singgah sini =)
wow! inilah omen terpanjang pernah saya baca 😀
setuju dengan pendapat akak jugak…readers, view followers adalah subjektif…dan kita sebagai penulis blog teruskan menulis…
yes…sebab pengalaman lebih dekat dengan situasi realiti…
thanks kak for ur advise! 🙂 glad to hear that. InsyaAllah, sama2 kita menulis utk kebaikan generasi akan datang…
hmmm ok ok… kupasan yg menarik, sofie.
akak setuju dgn sal. bila lama2 kita baca blog tu, asyik review produk.
and jadik mcm hanya review produk, less stories, less experiences…
bagi aida, yg tu aida kurang berminat.
kalau sofie tgk blog kecil aida tu, more tu apa yg aida buat.
lifestyle. hobby. travel. parenting. apa yg aida buat, cerita dgn gaya sendiri.
tu la hala tuju blog aida dari dulu hingga skang. alhamdulillah.
in short, share what u wanna share.
then, blog akan ada jiwa. instead of words.
readers? followers? tu adalah sgt subjektif.
bcoz kita x boleh paksa org baca blog kita.
just try harder to write agar org suka baca blog kita.
kalau ada pengalaman, share.
kalau ada tips, share.
permudahkan urusan org lain dgn pengalaman kita…
tu pun amal jariah. bekalan akhirat in shaa Allah…
Thanks zaitie ^_^
hope u tak tersinggung….huhuhu
menarik sangat entri ni, part yang penulisan sebagai jariah bila kita dah takda,,,, woww kena QnA balik dengan diri..kena koreksi balik apa yang ingin dikongsi…
nice post!
Uish…lama tak dengar khabar jiha…
hopufully jiha berjumpa dengan kompas tu nanti…jangan sampai Captain Jack sparrow ambik sudaa…
^_^
lama tak singgah hehe 🙂
itulah sekarang ni pun dah hilang kompas huhu
blog is a life 🙂 sama!
memang tak rugi…baca cerita dengan pengalaman orang ni sama macam baca buku cuma kita tak payah beli…lagi best sebab dapat berhubung terus dengan penulis. ^_^
same here 🙂 kadang2 tu dok pandang je blog tapi tak tau nak taip apa nak kongsi apa. tapi blog ni lah yg buat kita rasa ada 'life' sikit hahaha yelah dapat baca cerita + pengalaman org lain best kot. tak rugi rasanya ada blog ni 🙂
Salam yana,
thanks untuk pendapat yana. Part tu saya setuju sangat. kalau nak tulis, terus tulis…
insyaAllah yana. u too!
Salam yana pernah rasa, nak buka blog pun malas, malas sangat , nak menaip separuh je past tersadai dekat draf, especially lepas konvo no sebab lama sangat tinggal.
Bagi yana, kena bawa hati dalam penulisan, kita rasa nak tlis tulis saja. jangan tangguh. Kalu nak cerita pasal kegembiraan , orang boleh rasa gembira kita kalu kita tulis masa tu hati kita berbunga2 , kalu sedih , lagi terasa menulis tu lancar je. Tapi selit kan hikmah dan pengajaran.
Time emosi kena pandai kawal , takut main sembur je, tak elok jugak kan.
Doakan yana juga ! Sofie semoga terus semangat! terus menulis mengumpul saham akhirat
Haah kan…ish6…tak chill sungguhlah aku nih…T_T
blog for fun is the best way to build an attractive blog..^_^
Sama laa aku pun.
Awal-awal dulu lain sikit motifnya buat blog, tapi sekarang dah jadi lain sangat.
Tapi pada ku, takpe. Sebab blog ni kita punya.
if one day nak tukar purpose pun, itu still blog kita so, chill je.
Just have fun blogging. Hehehe
InsyaAllah Ana ^_^
Tak kesahlah tulis pasal apapun tapi cuba sedaya upaya untuk kongsikan kebaikan dlm setiap entry kita. Moga mnjadi saham di akhirat sana. 🙂
samalah dulu saya fikir gitu…tapi soal manfaat tu buat saya rethink again…
sorry yoo..ngee…bersalah pulak rasa..huhuhhuhu
alolohai tomo…hahahahahhah
tapi blog macam tomo pun dah buatkan hari2ku ceria 😀
#kipidap tomo!
Matlamat buat blog dulu sekadar suka-suka, konon nak buat diari lah kot. Tapi betul jugak, isi kena ada, supaya boleh dimanfaat oleh orang lain…
*facepalm* <— untuk diri sendiri. huhu
wow, sama gak cam saya. rasa kosong. hmm… tak tahu nak buat apa+tak tahu nak update apa+tak de motivasi+malas jugak >.<
itulah point dia! ^_^
kita nak orang rasa apa yang kita tulis…macam baca novel…
hampir2 hilang jugak part tu….sodih aih! T^T
thanks for ur wish kim chaa…insyaAllah saya akan gali dimana saya yang dulu…hehehehe
u're welcome! mintak maaf sangat2…tadak niat pun nak bagi orang sentap…huwaaaa…ampunkan gue kim chaa…
Blog yang ditulis dari hati niih sebenarnya sangat mudah dan berkesan utk sampaikan kepada org ramai. Kalau kita sendiri taip kosong tanpa jiwa, macam mana org nak rasa.
Tak salah sebenarnya nak cari duit dari blog, tapi kadang disebabkan kita fikir duit, terus hilang identiti kita.
All the best utk sofie, moga terus kekal sofie yang dulu 😀
Terima kasih utk entry niih. 'Tersedar' dan tersentap sekejap dan membuat otak kembali fikir niat blog sebenar.
same goes tu me kalau masa tu kita busy dengan study.
memang susah nak tulis dari hati…melainkan dicampur emosi…huhuhu
part yang update tu setuju…bagus untuk loyal readers kita…
samalah kita nina…bab specific tu yang blur lagi…
yap…keep writing! betul tu cikla… 🙂
thanks baidurah 🙂 samalah…mula2 suka, lepas tu addict…huhuhuhu
kan? kadang rasa macam tak hadap sebab overwhelmed kot…tu lahkan….semoga kita sama2 berjumpa identiti asal blog kita ^_^
u're welcome opie…huhuhu tu QnA otak saya, based on something yang tak dapat nak diluahkan…huhuhuhu
Hmm, atas faktor masa, kite pun rasa benda yang sama. Cuma susah betul nak cari masa nak improve blog ni T_T
For me, setuju jugak part tulis dari hati tu yang susah nak dapat. Kadang-kadang, kita nak update sekadar nak update (in which benda ni bagus jugak sbb blog tu sentiasa berupdate hehe) tapi mcm sofie kata jugak, semua bergantung pada niat kita nak buat blog ni.
Kite sendiri takde method specific untuk blog. Tu yang statik gituu je agaknya hehehe
setuju dengan UK…harap apa yang pembaca cari tu berjumpalah… ^_^
Keep writing…
woww…entri yang menarik…aku buat blog ni pun sekadar suka-suka jer..
hmm, ada benar juga apa yang diperkatakan oleh akak.
Opi pun pernah rasa macam hilang arah.. macam bosan dan tak minat nak update blog. mungkin sebab itu kot yang akak nyatakan kat atas tadi. hmmm, opi ada juga nak ubah semula blog opi tu, tapi , opi tak pandai la nak karang panjang2 or dari hati, kadang2 susunan ayat tu tak menarik -__-" stress sekejap disitu.
thanks kak for QnA tu, buat opi tersedar sedikit mengenai blog opi 🙂
Blog ini bagaikan diary kita.jadi apa yang kita lalui tersimpan disini.semua orang akan baca mengikut kemahuan yang mereka cari di google.(>.<)
thanks sal! tulah pasal…hopefully tak jadi macam tu…T^T
insyaAllah arah itu sudah ada…thanks again for ur support 😀
entry yang menarik…nampak gak fenomena ni among blogger, once dah famous, blog dah more to product review..entry 'tulis dari hati' dah kureng.harap ur blog jumpa balik arah ye