Kecewa itu normal, yang tidak itu bahagia….

Kecewa itu normal, yang tidak itu bahagia….

Bila kau mula belajar untuk terima nyata, dan kau mula membuka ruang pada peluang yang digapai, tanpa sedar kau juga buka satu ruang yang digelar pintu kecewa.

Kecewa itu normal. Katanya.

Yang tidak normal itu, bahagia…

Kita manusia tidakkan pernah bahagia,

Jika ada sebentar cuma. Bahagia itu tidak layak berlama.

Laju saja dihalau keluar.

Masihkah ada ruang jika kecewa itu menghalang jalan?

Masihkah ada peluang jika bahagia tidakkan kelihatan?

Kita….tidak punya dunia yang sama.

Bahagia kita itu terminologinya bercanggah makna.

Kecewa itu normal.

Kau perlu ia untuk teruskan hidup.

Ia ubat pada segala kekuatan yang kau perlu untuk hidup di hari mendatang.

Yang tidak itu bahagia.

Bahagia itu melemahkan jiwa yang sekian lama ditambak dari segala rasa.

Rasa bodoh kata dia…

Kenapa dicantas tambak itu jikakau tahu penghujung bahagia itu duri yang menderita?

Bodoh!

Katanya lagi.

Kita….normalizekan kecewa, kerana itu kita tercipta.

Bukan bahagia.

Bahagia itu membunuh segalanya.

Membunuh jiwa yang lebih selesa dibiar tidak punya apa rasa.

Aku pilih kecewa untuk bahagia….

Kenapa? Dia tanya…

Bahagia itu umpama mimpi seram yang menjengah kita kala tidur qailulah. Ia sebentar tapi terasa lama…

Jadi, kecewa itu normal, yang tidak itu bahagia….

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top