Satu hari nanti, aku teringin nak hilang dari radar. Hilang dari semua manusia yang pernah aku kenal. Hilang dari sisi hidup yang buat aku rasa tak aman dan tenang.
Hilang….
Satu hari nanti, aku hanya mahu diam dan sepi dari segala khabar berita.
Tegur pada yang ingat, hirau pada yang alpa. Sebab aku dah move on. Asbab aku terpasak pada kisah lama, pada manusia yang tinggal hanya gambar, cuma satu….ukhwah.
Skema syak!
Tapi tu lah….sejak dewasa, semua mudah lupa. Hidup pun sekadar hidup. Kita hanya wujud pada yang hadapan mata. Pada yang tiada, kita lupa khabar mereka. Benarkah lupa? Atau sengaja untuk buang kita?
Mana pun jawapannya, kita hanya kisah satu hari lalu.
Satu hari nanti, aku nak pergi tanpa cerita dengan sesiapa. Begitulah alam. Pergi, pergi…
Eh, apa yang aku merepek ni.
Satu hari nanti itu tidak jauhkan teman. Boleh jadi ianya esok, lusa, malam ini. Siapa tahu….
Sejak jejak Black Canyon, ia dah jadi tempat kegemaran pulak untuk aku. Tom yam sedap, kerabu mangga enak. Syukur alhamdulillah.
Senyum…
Senyum pada pencapaian diri kerana berjaya move on. Berjaya juga bangkit tanpa digebangkan pada alam. Pada yang bukan lagi keperluan, semuanya ditinggalkan. (Well….tinggal blog je lah port aku up life aku…sebab dia yang paling setia…hahahaha)
Kadang, aku ni ha yang overthinking pada yang tiada. Kemonlah…kata dah move on…ye….aku move onlah ni….kecoh r….
Apa je kau dah buat untuk hidup setakat ni?
Well….aku dapat ikut semua jadual waktu hidup yang aku atur. Suatu progress yang memberangsangkan. Aku, tak endah dengan dunia luar dari kawalan aku. Dan…I’m breathing bebeh!
Satu hari nanti, kalau kita bertemu…mungkin jejakmu sudah ku hapus…seperti kata Peterpan, ‘Menghapus Jejakmu’…
Engkau bukanlah segalaku
Bukan tempat tuk hentikan langkahku
Usai sudah semua berlalu
Biar hujan menghapus jejakmu…
Agituuuu….
So kawan, bakal ex-kawan…selamat berjuang yo! We are just somebody we used to know….no hard feeling ait!
Adios!