Day-6 Blog Post Challenge: How have you changed in the last 5 years?

investment, concept, business-5241253.jpg

Hurm….5 tahun lalu jatuh pada tahun 2016. Tahun pertama aku di peringkat pengajian Ijazah Sarjana Muda. Boleh dikatakan memang banyaklah perubahan yang berlaku. Aku akan pecahkan ikut bahagian yang aku rasa okay untuk kongsi.

Perubahan ni merangkumi positif kepada negatif dan negatif kepada positif. Hidup ni turun naik. Kalau dulu kitanya itu, tidak semestinya kita kekal sebegitu. Adakala kita pun akan terjun bila jiwa itu hilang.

Bahagian 1: Dari segi sosial

Kawan aku tinggal beberapa saja. Dan boleh dikatakan yang betul-betul tinggal adalah kawan yang dari zaman diploma.

Lingkungan sosial aku tak besar. Dia satu dua di tempat yang berbeza. 5 tahun dulu aku kind of adventurous. Suka kenal ramai orang. Kenal jelah. Belajar tentang orang. Sampai sekarang masih suka jadi pemerhati personaliti orang. Tapi sebab dah jarang keluar, jadinya skills pemerhatian aku dah semakin kurang.

Bahagian 2: Dari segi pembangunan kendiri

Aku semakin introvert. Hahahaha dulu ye mungkin ambivert. Bila kau tak keluar, lama-lama dari ambivert kau jatuh kepada introvert. Jadi berat mulut, tak reti nak express perkataan dengan betul dan selalu jadi bahan gelak setiap kali bercakap. Salah satu alasan yang buat aku lebih suka diam.

Diam dan dengar. Kadang tak dengar pun. Lost in spaces adalah hahahaha…aku lebih aware dengan apa yang aku nak. Walaupun masih banyak cacat situ sininya, aku tahu setiap tindak tanduk aku ada sebab yang tersendiri.

Aku tahu yang aku punya persona agak sukar untuk selari dengan orang. Aku belajar untuk meneroka dunia yang lebih luas, yang boleh diterima dengan pegangan aku. Makan masa itu pasti. Paling kurang, aku dengar naluri hati gitu…

Bahagian 3: Dari segi prinsip hidup

Ada pembaharuan selari dengan penambahan pengetahuan. Ada prinsip yang aku terpaksa buang, ada yang diubah…

Aku pun tak tahu aku ni terlalu pegang pada prinsip. Tapi sekarang aku kind of flexible. Walaupun masih banyak keraguan, tapi kita belajar. Continuous learning…Prinsip hidup ni lah yang mengikat aku untuk jadi orang. Walaupun aku sekarang adalah alien (lols!)…ada sebahagian jiwa aku sudah tidak terikat pada apa pegangan

Bahagian 4: Perhubungan

Semakin tidak percaya. hahahahaha

Kalau dulu aku percaya, sekarang dia macam…aku boleh hidup aman harmoni dengan apa yang aku ada tanpa perlu bersandar pada apa jua status perhubungan.

Ya masih sama sejak 18 tahun lalu. Masih skeptikal pada hidup berpasangan. Masih rasa ianya bukan satu keperluan.

Bahagian 5: Pendidikan dan kerjaya

Aku dah ada degree dalam pengurusan hartanah. Ada pengalaman kerja di syarikat swasta. Dah ada pendaftaran rasmi dari segi bisnes. Tinggal nak come out dengan kepelbagaian produk.

Lain-lain:

  • aku dapat kawal pemikiran dan reaksi aku setiap kali memori zaman kanak-kanak menjelma
  • dari takde kereta dan rumah, sekarang dah ada
  • dari selekeh suka pakai tudung sarung, sekarang dah reti nak groom diri
  • lebih berani dan yakin dengan personaliti sendiri

tu jelah kot yang aku boleh kongsi…lain-lain tu biarlah jadi kenangan dalam diari. Sekarang diari pun dah ada banyak jenis. Diari harian, jurnal affirmation, kajian personaliti, diari quote dari movie…begitulahnya…

That’s all for me.

Live well buddy!

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top