It’s been a while since I update useful entries. The least I could do is let the blog be active and update regularly. Recently, I just changed my domain registrar to Google Domains since it is more affordable compared to the previous one.
Aku baru perasan yang blog ni server down buat dua tiga hari lepas. Disebabkan tak tukar name server ke hoster dia. Tapi sekarang semua dah okay, alhamdulillah. Weekend macam ni biasa aku layan satu dua movie ke, tak pun tidur sampai matahari tinggi.
Bukan tak nak buat perkara yang lebih produktif etc, tapi buat masa sekarang, biarlah aturan itu diperlahankan buat seketika. Ikut langkah kita yang masih membina dunia kerjaya. Hambarnya tulisan aku. Well, ikutkan tak mau update apa pun. Tapi sebab dah seminggu tak update, maka….tulislah satu entri pun walaupun macam hambar teroks. Huhuhuh
Sejak minggu lepas aku buat pest control dekat rumah. Sekali ha….beratur segala menatang keesokan harinya. Heaven sia tengok dorang semua tewas selepas operasi tu. Puas hatilah sebab selama ni aku macam geram giler tengok dak lipas bersepahan malam-malam. Maka, setiap hujung minggu, selepas sapu semua tu, aku wajib sembur keliling rumah dengan special spray ni. Sambil-sambil pagar rumah agar dijauhkan dari segala perkara yang tidak diingini.
Pastu, sejak dari bulan lepas aku dah kurang makan luar. Sekarang kita semua home made. Unless ada hujung minggu tu, rasa macam nak chill-chill, kita order je lah kan…jarang-jarang gitu.
Dah r, aku tadak idea dowh nak citer mende dah. La ni hidup kau, kau sorang ja simpan segala. Apa semua sibuk dengan hidup depa. Maka, kita buatlah cara kita. Kena terima yang cana-cana pun…hidup ini hanya perjalanan solo.
Moga kalian baik-baik aja.
Till then.
pest control to my house please.