Kau tahu kan kenapa, cuma kau buat tak tahu, buat tidak peduli…
Bitter betul perasaan mutakhir ini. Kelat pada mereka yang tiba-tiba muncul di atas nama ukhwafillah.
Jelak dengan segala tiba-tiba yang seolah dunia hasil dari kelompokan itu tiada impak yang buat sebahagian diri ini memberontak.
Pesimisnya kali ini hingga dirasa seperti membuak untuk diluahkan.
Satunya, pada manusia yang guna kita hanya kerana kita saja punya rantaian untuk ke manusia yang mereka berhajat untuk bersua.
Kedua, pada manusia yang berhubung semata untuk perkara yang diri pun sudah tidak mahu punya kaitan.
Hanya kerana silam kita sama, tidak bermakna kita perlu kembali berhubung. Tidak…
Dunia itu sudah lama dibakar jambatannya.
Kenapa perlu libatkan aku semata mengubat kerinduan kamu pada suasana lalu?
Mengapa mahu diimbau segala cerita yang indahnya hanya di mata kamu?
Eh, itu kamu yang mementingkan diri!
Kenapa harus aku menghibur sesuatu yang teramatlah tidak aku setuju.
Tidak!
Aku tidak pernah mahu ingin bertemu. Apa kalian tidak sedar?
Kita semua sudah elok-elok terpisah jauh tanpa sebarang cerita berita. Malah, aku sendiri sudah mengosongkan memori dari kisah lampau yang membuat aku langsung tidak bangga memilikinya. Untuk apa?
Ah, memang tersangat baiknya kita sekadar mengintai di balik jendela daripada menerjah masuk tanpa rela. Cukuplah sekadar aku tahu kamu itu masih hidup, tanpa menjadi sebahagian watak dalam cerita hidup kamu.
Lagipun, siri kisah itu sudah jauh terkebelakang. Mana mungkin aku ingin mencoret semula watak yang tiba-tiba ini. Bahkan pembaca pun mungkin tidak gemar dengan kewujudan semula watak yang tiba-tiba ini.
Teruntuk manusia yang sesuka hati menjadikan aku sebagai si layang, pengirim kepada manusia lainnya, mungkin sudah masa untuk dihapuskan watak kalian dalam cerita akan datang. Lagi pula, aku ini jua sudah tiada lagi kaitan dengan cerita kalian.
Ah….aku memang bitter. Sepahit peria dan petai di laman sana. Bukan lagi pencinta bunga si rama-rama.
Untuk A, thanks dowh buat aku macam ni. Buat aku sekadar penyandar pada keselesaan novel kau. Aku bukan buku teks yang hidupnya terletak elok. Sekilas pandang semua terasa wow. Tidak.
Untuk A yang lagi satu, semata aku dan kau pernah menjadi pelarian di pesta buku zaman lalu, tidak menjadikan kau punya tiket emas pada aku.
Ah….ada baiknya dikambus lari saja dari sisi yang itu dan ini…
Oh ya, kamu menyimpan nomborku sekadar ingin dijadi rujuk pada nombor lainnya…oh….terbaiknya kamu….
Sungguh aku bitter!
Kemudian sekadar pengalas basi bertanya; Oh, kamu bagaimana? Sekarang di mana? Kerja di mana?
Ah, skrip yang sudah ku hafal sebagai hal-hal yang tidak lagi ingin diborakkan.
Ya aku bitter. Ya aku marah. Ya aku baran.
Pada kalian yang terlalu….
Sungguh aku marah. Katalah aku garang sekalipun…ini cara aku tetap tenang.
Kalian mencabar ketenangan yang aku jaga…ah bodohnya aku terlalu percaya…