Teringat 10 tahun dulu aku jadikan blog sebagai satu terapi aku dalam menjalani kehidupan. Seiring usia dimamah kerjaya, aku sendiri lupa bagaimana untuk mengurus masa. Hidup kelam kabut, itu ini kena henyak, kena pantas kena pertikai. Kadang aku rasa respect aku pada manusia sudah tidak lagi dipandang pada usia.
Sebab apa?
Sebab dalam kerjaya, orang yang berusia dari kau belum tentu akan respect kau sebagaimana kau respect diorang. Bukan aku nak hadap dorang respect aku, Tidak! Aku cuma tak faham kenapa semua perkara hendak dibuat sebagai sesi tikaman lidah. Sumpah aku tak faham.
Cakap saja, mesti ada yang hendak ditingkah. Tidak habis bicara, laju saja mereka melantun bahas. Ya, setangkas bicara kau itu belum tentu punya sahih yang aku boleh terima. Jadi, kian hari hormatku pada manusia senja begini kian tipis. Naik menyampah pun ya.
Tolonglah…
Tapi benda ni kau akan hadap. Kena hadap. Belajar untuk hadam. Dunia ni luas. Kau baru jumpa suku dari selautan manusia yang ada. No wonder aku tak pernah rasa nak jumpa orang. hahahaha….cukuplah dengan manusia yang ada ini buat aku hilang aman.
Sabar jiwa, tenang duhai hati.
Aku malas nak rant pasal ni, tapi kita boleh nampaklah hal ni…
Jangan sesekali adukkan manusia di tempat kerja dengan peribadi. Itu saja. Cukup 9 hingga 5. Lebih dari itu, mereka hanya si asing di dunia kita.
Lepas pada tu, aku perlu hadap jammed. Paling kurang dua jam pergi dan balik. Sedang hadap jammed, hiburan yang ada hanya radio dan putaran lagu yang disimpan dalam pen drive. Kau sendiri saja tahu bagaimana untuk hiburkan hari-hari kau.
Teringat satu quote dari podcast The Minimalist ni, ‘no one deserves your concern without your consent..”
Sama dengan pepatah yang pernah diperbahas Eleanor Roosevalt; “Nobody can make you feel inferior without your consent.”
Makanya, jalani kehidupan ini dengan kita sebagai penakluk jati diri. Bukan atas tiruan orang, bukan jua atas telunjuk siapa. Usah jadi lalang mahupun langau yang hanya ikut dan buat kacau. Kau, ikut cara yang kau percaya. Usah diikut sikap bertingkah, usah jua diajuk rasa bongkak.
Masing-masing belajar dari apa yang tersedia. Tidak kerana benar atau salah. Tidak. Kita hanya pelaksana tanggungjawab. Berbalik setiap dari kita itu adalah Dia.
Ya, aku tahu pena bicara tidak seindah amal yang dipratikkan. Tapi kita belajar. Belajar dan belajar. Ada perkara kita diuji dengan bicara kita, sebab itu diam adalah jawapan. Usah dijerat pada sesuatu yang kita tidak punya pengetahuan padanya.
Adalah seorang ni….kita pasti bertemu pesen begini dimana saja kita pergi.
Nasihat untuk diri, usah dilayan. Aku buat cara aku, kau ikutlah gaya kau.
Kerjaya adalah dunia pembelajaran yang panjang. Tanpa sebarang kreditasi. Jika merasa seperti alas kaki, maka itulah yang terjadi. Jika dengan kerjaya ini akan mengangkat taraf hidup kendiri, maka berkeraslah dalam meneruskan impi. Bukan untuk kepuasan sesiapa tapi untuk diri.
Siapa pun kita pada masa lalu tidakkan menjamin siapa kita pada masa sekarang, dan kita yang sekarang belum tentu sama dengan yang akan datang. Mungkin orangkan pertikai, tapi biarlah…biarkan saja pada persepsi yang takkan pernah ada kalau kita susah senang.
Kerjaya bukan satu keagungan yang dibanggakan, cukup sekadar membantu menyedia kehidupan yang lebih senang dan tenang. Penghujungnya, adab kita sesama manusia jua yang lebih disanjung hormat.
Cyeh kau berceramah kemain na. Hah lega rasa….well, ini cara aku menerapi keserabutan minda yang masih sukar memahami mereka. Aku gak mahu faham lagi pada asbab kenapa dan mengapa pada setiap kejadian. Aku just terima, dan it is what it is. Kalau kau sudah begitu, begitulah kau. Usah disandar pada potensi yang belum tentu terjadi.
Itu semua dunia tipu-tipu. Hahahahaha
Untuk jiwa yang tenang, berdamailah dengan hakikat kehidupan. Baiklah kau santai renung kipas di siling sambil ditemani titisan hutan di zink. They just not worth the rant. hahahaha
Chow lu, paper rogerrr!
p/s: annoying nak mati. Pffthhh! Asal je tengok muka dorang auto rolling eyes, jelir lidah. HAHAHAHAH tapi acah tenang…sabar sabar…