Aku dan Blogger #6

Aku dan Blogger #6

Bercerita mengenai tradisi siri Aku dan Blogger ini, buat aku sedar yang setiap sirinya pasti membawa perubahan yang besar dalam hidup. Setiap 13 Disember, aku akan update series ni. Tiba-tiba dia seolah menjadi ritual rasmi untuk blog ni. Walau wujud sekadar suam-suam kuku…aku harap ia bertahan hingga kebangkitan Islam kelak…. Amin!

Seperti tahun ini, Alhamdulillah misi untuk menerbitkan podcast secara rasmi itu sudah tertunai. #towardspersonalbranding gitu. Memang makan masa. Bertahun….Hatta berpuluh tahun pun, aku dah jadi tak kisah sebabnya…nothing worth comes easy. When it easy comes, then it easy go….

Pejam tak sedar, dah enam tahun aku mempublisitikan nama sofieadie.

Dan orang tanya; ‘Adie tu sape?’

Sofie itu aku punya surname. Adie tu pulak adalah surname ayah aku.

Supaya aku tahu yang hidupnya aku tanpa keluarga, aku bukanlah sesiapa. Dari situlah terbitnya nama ‘sofieadie’. Banyak betul cerita nak diceritakan dalam siri ni. Tapi dari segi perkembangan blog, blog ni masih ditahap noobie, corot dan tiada setanding blog Melyssa Griffin atau Seth Godin.

Impian aku 5 tahun akan datang untuk blog ni tak banyak. Aku cuma harap dia masih wujud dan beri manfaat pada orang lain. Kalau diberi kesempatan, ingin jugak aku buat merchandise sendiri. InsyaAllah. Aku teringin jugak nak tengok dia berkembang setara blogger international macam penulis hebat Seth Godin. Idea dia sangat unik. Trafik sehebat Neil Patel.

Tapi untuk mengecapi semua itu, buat masa sekarang aku perlu berkorban. Berkorban apa sahaja. Masa, wang, air muka, ego dan segalanya demi melihat mimpi itu menjadi kenyataan. Mimpinya aku untuk bermain drum didalam bilik koleksi figura superhero…berlatarkan dinding warna hitam, bertemakan jalur emas,…sambil menaip entri dan mengupload podcast…argh angan memang indah…

InsyaAllah. Setiap cita itu bermula dari angan. Beranganlah semahumu dan perkemaskanlah langkah untuk mengubah angan itu menjadi realiti…

Dimana aku lihat diri aku 5 tahun dari sekarang?

Mungkin tidak disini.

Mungkin diseberang sana. Ditengah bandaraya idaman yang aku idamkan. Membawa nama sofieadie.com ke serata dunia. Membawa Orang ke pelusuk angkasa. Untuk menjadi Orang itu tidak mudah. Kerana dia masih dihantui kisah silam yang terlalu sarat untuk dia kendong sendirian…

Doakan kita semua dapat mencapai setiap cita yang kita impikan. Aku mungkin tidak tahu bila waktu ini akan berakhir, tapi aku harap segala urusan kita semua dipermudahkan olehNya. Amin!

To the end, moga husnul khatimah!

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top