moon, full moon, sky-1859616.jpg

Apa yang ditakut sebenarnya?

Banyak.

Lebih dari sesuatu yang akan buat diri terjerat.

Risiko?

Lebih kurang.

Agak kecewa dengan diri. Dah mencuba sedaya, tapi takat itu ja. Sebab?

Entah….

Apa yang kau takut sebenarnya?

*selingan tukar battery keyboard sat.*

Belek-belek kuku yang makin panjang. Banyak pulak jadi perangkap kotoran bila kuku panjang ni kan. Ah, gatal pulak kepala. Garu sat…

Aku dah lama tak consume Bilaxten. Sebab nak ajar diri biasa dengan allergy. Tapi gatal dia ya Tuhan…..bisa merinding jiwa! Tapi ini semua dugaan. Jangan dibiasakan sesuatu itu dengan ubat. Nanti bila imun, kau sendiri susah.

Banyak hal sebenar aku takut. Misalnya sekarang, aku dah tak nampak apa yang di hadapan. Aku just hidup untuk sesaat akan datang dan berharap keajaiban kan berlaku. Kadang hanya berharap Tuhan rahmati hidup ni. Tu je…

Aku takut orang tahu siapa aku. Aku tak suka. Walau aku ini tidaklah semengah mana untuk diketahui, tapi aku tetap takut. Sebab aku sendiri pun seolah takut dengan bayang sendiri. Kenapa?

Itu persoalan buat aku gugup dan lari dengan tidur dari menelusuri ruang gelap dalam diri.

Biarlah…

Biarlah begini…

Bukan tidak mahu berjaya, tapi aku sudah lelah mahu meraih pada yang tiada pasti.

Aku cuba yang terbaik untuk hidup pada setiap hari. Syukur alhamdulillah, kau masih survive.

Peluklah dirimu itu.

“Awak kenapa umur sekian baru habis?”

Kadang soalan-soalan macam ni buat aku takut.

Takut orang menjauhi. Aku punya zaman kanak tidak senormal orang lain.

“Since your childhood has gone through so many things, does it affect your life?”

Aku hanya senyum.

Jangan. Please jangan bawa aku ke memori itu.

“Worries not, though my past seems not butterfly as it sounds, it has taught me a valuable lesson which only a few people be able to endure all the memories. …”

Tapi aku senyum. Sebab bila ditanya spontan aku pasti merangka jawapan dalam kepala. Overthinker! Arghh….

Kenapa aku?

Mencebik…

Entah… ah…kau janganlah soal siasat macam ni…bisa merembes air mata karang. Dahlah esok nak kerja.

Okaylah…

So, apa yang kau takutkan?

Masa hadapan yang belum pasti? – semestinya

Semua benda di hadapan kita, masih menjadi rahsia. Even kita tahu esok nak pakai baju warna apa, tapi esok harinya belum tentu kita akan pakai seperti yang direncana. Maka tenanglah anak muda.

So, sampai mana dah kita tadi?

Oh ya, tentang sebuah ketakutan dan kehidupan. Hurmm….hidup pun sebuah ketakutan yang tiada jaminan. Kau hidup, hidup. Itu saja. Bagaimana hidupnya?

Hanya kau seorang saja yang tahu.

Sejak masuk 2023 ni, aku rasa begitulah hidup ni. Semakin tiada makna. hahahaha

Setiap hari hanya dilalui sebagai hamba Tuhan yang melata mencari rezeki untuk kelangsungan hidup. Kerja adalah selingan bagi menunggu waktu solat. – Itu ayat yang aku pernah baca dekat Twitterjaya. Tapi sekarang ia seolah terbalik. Sedihkan….dikejar sangat pada target hidup dunia sehingga kau lupa hidup ini sebentar cuma. Alih-alih kau jua yang sakit.

Ah makin merepek je aku mutakhir ni.

Semoga diberi kekuatan dan kemudahan dalam melangsungkan kehidupan.

Semoga dimurahkan rezeki dan dikurnia kecukupan padanya.

Semoga hidup kita sentiasa dinaung rahmatNya dan moga bertemu Husnul Khatimah…

Amin…

Apa yang ditakut sebenarnya?

Bila jiwa semakin jauh dengan Tuhan…

Bila tak lagi seronok untuk menjadi seorang muslim

Takut bila perlahan Tuhan tarik iman, taufiq dan hidayah dari jiwa luhur ini….

Itulah sebuah ketakutan yang tiada tokok tandingan…

Moga Tuhan sentiasa menjaga kita…

Aminnn…

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top