laptop computer, tray, tea-1245981.jpg

Apa yang orang tak tahu…

Holla! Kabare kalian pembaca setia yang seringkali tertanya atau ternanti entri baru dari gua. Agak sedih bilamana blogger yang aku rajin baca sudah dilanda slump. Aku tak tahu kenapa tajuk entri dia semacam ada cerita je yang perlu diberitahu, walhal takde benda pun aku nak cerita. Cumanya, cerita tu terlalu banyak sampai tak tahu nak mula dari mana.

Nak-nak pulak perubahan drastik yang buat aku sedikit mahu ‘bunuh saja diri ini’. Tapi aku fikir balik, berbaloikah terjun dari tingkat 17 semata-mata sebuah agenda yang tak berjalan seperti yang dihajatkan? Maka, angan aku terhenti seketika. *tak berbaloi jawab minda. Tak berbaloi jua jawab hati. Iman pun geleng kepala*

Apa yang orang tak tahu?

Apa yang orang tak tahu, aku sebenarnya dah masuk tiga bulan hidup bergantung dengan ubat.

Apa yang orang tak tahu, aku dah lama sangat fikir nak bunuh diri, tapi tak pernah jadi..

Apa yang orang tak tahu, aku memang tak pandai nak menyesuaikan diri serta-merta dalam apa jua situasi.

Aku tak pernah selesa bila terpaksa mengadap dunia luar dan bergaul dengan kelompok sosial untuk teruskan kehidupan…

Dan paling penting, apa yang orang tak tahu….aku sayang korang lebih dari diri aku sendiri.

Sebab tu aku selalu tunda hajat bunuh diri….

Entahlah.

Aku malas jugak nak bergantung harap yang semua orang kan ada bila aku berhajat. Sebab itu adalah expectation yang akan berakhir dengan kecewa….

Aku tak suka rasa tu…rasa macam loser dan manusia yang tak punya Tuhan.

Aku cuba jugak untuk berlagak yang hidup ni sentiasa ada harapan.

Tapi tu lah, aku terpaksa bina hidup berbagai sisi hanya kerana cuba untuk sibukkan diri dari segala anasir yang buat aku memerukkan diri dari apa-apa jua dunia luar cuba beri. Aku terpaksa…sebab itu sunatullah. Mana ada manusia yang boleh hidup tanpa berhajat pada sesuatu…

Sebenarnya suatu perkara buat aku takut pada dunia sosial dan perkenalan adalah perpisahan. Sebab tu kalau boleh elak, aku akan elakkan dari terjadinya situasi pengenalan. Sebab, setiap perkenalan pasti berhujung dengan perpisahan. Itu wajib. Itu termaktub. Cepat atau lambat perkara itukan terjadi jua.

Apa sebenarnya orang tak tahu…yang tak semua perkara yang aku tulis ini realiti. Boleh jadi sekadar ilusi minda yang mahukan sedikit perhatian. Cuba belajar situasi sekarang. Cuba juga mencari hikmah dari setiap kelakuan dan perlakuan.

Mungkin ada silapnya

Mungkin ada celanya

Yang buat aku lupa kenapa aku dicipta..

Kenapa aku perlu hidup…

Kalau penghujungnya mati…

Apa yang orang tak tahu…semua manusia jugakan berada disituasi begini tanpa aku sendiri tahu…

Mungkin cara kita tak sama. Tapi itu apa yang orang tak tahu…

life, fall, apart, tear, heart

Orang = plural

Orang = singular

Orang = kata ganti nama

Kita tak tahu dan sukar menafsir bahasa…

Yang tahu biarkan saja ia menjadi rahsia…

Sebab memang dia mahu buat tak tahu dengan apa yang orang tak tahu…

Akhir hidup, tiada siapa kisah…

Akhir hidup, kita tinggal sejarah..

Ada nama atau tidak, kuburan tetap bernisan…

Sedih? Itu lumrah.

Sedih? Itulah hidup.

Mana ada hidup yang sentiasa atas tanpa pusing ke bawah. Ini dunia. Memang dicipta untuk mengecewakan penghuninya. Hakikat yang orang harus terima. Wajib juga telan dan hadam.

Jadi, apa yang orang tak tahu…semua juga punya rahsia. Berpura untuk cekal dan tabah demi sebuah kehidupan yang cerah tanpa darah. Orang takut terluka, tanpa sedar dialah yang paling banyak melukakan dan dilukakan.

Apa yang orang tak tahu,..

yang detik itukan berakhir tanpa diketahui waktu…

Itu semua orang tak tahu…

Aku pun tak tahu

Itu orang pun tak tahu…

p/s: jangan pernah ke lorong kelam jika kamu takut gelap…kerna tak semua orang kan berakhir dengan manusia bila jumpa cahaya…

life, dark, dead

Subscribe
Notify of
guest
14 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
sofie adie
December 2, 2018 17:35

rasa semacam? rasa apakah? hahahaha nak tak nak memang kena kuat (Acah kuat yang sebenarnya) tu lah dunia blog je boleh buat aku happy sekejap. kira mcm alam yg buat aku lupa skjp ttg realiti.

hahaha alhamdulillah. aku harap aku yang itukan terus kuat. penat dah nak tahan dia dr buat kerja gila. amin amin amin. thanks bro!

Bro Ley
December 2, 2018 16:33

Ohh kenapa aku rasa semacam je dengan entri ni. Tapi nampak kau kuat je even boleh bg kata2 semangat kat aku balik suruh continue blogging. Padahal aku takde apa problem yg besar pun skrg huhu..

Alhamdulillah kau masih tak teruskan niat sampai nak bunuh diri. Semoga kau kembali sihat walafiat mcm biasa dan terus bersemangat.

sofie adie
September 12, 2018 00:40

huhuhuhu ^_^!
insyaAllah…

sofie adie
September 12, 2018 00:39

insyaAllah. thanks for ur wish bv <3

aienie NKA
September 12, 2018 00:35

virtual hug please~ be strong sister… till we meet again~

BudakVanilla
September 12, 2018 00:35

semoga terus kuat, banyak2 cari source untuk dapatkan support dan positivity. i hope you can fight it!! fighting! i know you cannn <3

sofie adie
September 9, 2018 23:40

terima kasih atas recommendation mizi! insyaAllah….
why silent reader? huhuh ^_^!

sofie adie
September 9, 2018 23:39

inysaAllah Nina. Amiiin juga!!
Takut nak bahagia hahahahah nanti lagi kecewa….huhuhuhu T^T

sofie adie
September 9, 2018 23:38

tak cukup dalam sampai kerak bumi lagi….huhuhu ^_^!

sofie adie
September 9, 2018 23:38

Terima kasih CT. Disini saja pemulanya…cerita yang tak habis, dihampur dalam aksara.
insyaAllah, insyaAllah CT. 😀

At-Tarmizi
September 9, 2018 23:26

join group Facebook, depression survivor..dekat situ banyak ahli yang akan bagi support dan nasihat untuk kita teruskan hidup, dan saya salah seorang ahli(silent reader je).

Hanis Amanina
September 9, 2018 23:26

dan orang perlu tahu, dunia bukan semuanya tentang kekecewaan, kesedihan. Di sebalik apa yang berlaku, insyAllah ada kemanisan yang hanya orang yang hadapi dapat rasai. 🙂

Keep going Sofieeee 🙂

Shahida Dzulkafli
September 9, 2018 23:27

Strong.. deep..

Siti Yang Menaip
September 9, 2018 23:27

CT doakan yang baik baik saja ya.. luahkan jika perlu hambur semuanya jangan dipendam. pengharapan kita hanya padaNya jangan sesekali pada manusia. insyallah everything will be fine =)

Scroll to Top