Blog Header

Pintu & Almari

text, letter, old-4095909.jpg

Pintu definisi dia banyak. Terlalu banyak. Dari segi maknanya, pintu adalah suatu akses dari suatu tempat ke tempat lain.

Akses. 

Pintu adalah akses untuk kemana kita mahu pergi. Tanpa pintu, kita tak akan dapat ke suatu tempat itu bahkan boleh jadi ia adalah jalan mati atau sekadar kotak?…

Entah…

Apa kes ni kau nak merapu meraban pasal pintu pulak??

Oh, cerita dia aku baru beli almari dari Lazada. Maklumlah, barang yang kena pasang sendiri ni memang aku suka. Plus, dia boleh tingkatkan kemahiran hidup…eh, eh…dah macam budak sekolah pulak ada kemahiran hidup bagai…

Dan selama aku pasang barang-barang ni, aku tak pernah lagi handle barang yang ada pintu. Ini first time! Mahu tak mengah…sensorang pulak pasang tu! Lagilah…BARAI!

Hampir empat jam siap screwdriver pun dah haus…aku half-give up dah….mahunya tak give up…tonggang terbalik tonggang terbalik almari yang nak sama berat dengan aku ni lapar bhai! Dan aku pun biarkan part pintu tu dulu…sebab dah fedup+lapar+penat = BARAI, aku pun masak air. Makan maggi. Tapi ngantuk. Tapi lapar….end up aku terpaksa makan dulu…(karang gastrik lagi naya!)

Huh….

Hinges dia aku pasang terbalik. Tambah pulak dengan screwdriver yang aku beli dekat Daiso pun ‘pondan-pondan’….Allah….sabar ajelah….almari pulak tinggi. pintu pun kena setup dalam kondisi berdiri. Dimana terpaksa guna bangku (disebabkan bangku tadak, maka baldi sajalah pembantu ketinggian aku…), last-last aku biar je dulu….

Aku sebenar tak suka kerja dipause sampai H, sekejap-sekejap sampai O…kalau boleh aku nak kerja tu sampai Z. Bila aku dah dedicate masa tu untuk suatu kerja tertentu, dan tak siap…aku rasa macam…argh!!!! kerja simple pun tak boleh buat on time…adoyai….tapi nak buat macam mana, ini bukankerja simple. Tangan pun shock sebab tak pernah berjam-jam putar screwdrier, tetiba kena kerah…mahu tak merah…

Pintu ni…

macam ibu kepada segala akses.

Itu bidalan sebuah pintu. Kaitannya pada hidup kita. Yang sering benar kaitkan pintu pada hati…Hati itu pintunya lagi rumit untuk dikendalikan. Usahlah kata mahu diukur saiznya atau lain-lain keperluan…Wujudkan saja ‘pintu’ itu sendiri pun barangkali boleh ambil beribu zaman untuk disiapkan…

Almari tu pula adalah rahsia.

Kita cipta almari, untuk simpan kita punya ‘skelaton’ atau apa jua cerita dari tertembus ke dunia luar.

Setengah orang, tak suka ‘almari’ dia tak berpintu. Atau terdedah pada khalayak.

Tapi, ada juga golongan yang pamerkan isi almari dengan lindungan kaca. Lihat boleh, usik jangan. Privasinya almari, itu hak dia.Ada cermin. Buat aksesori…Buat teman agar tidak sendirian.

Kadang, setengah orang dia rela duduk dalam kotak.

Sebab kotak simple. Tak complicated. Tapi sedikit jumud. Sedikit….

Masalah dengan orang yang pilih almari adalah; dia selalu lupa yang pintu ni satu material yang renyah untuk dijaga.

Tombol tak boleh sembarangan. Hinges tak boleh main taram.

Tak kena pada almari, nampak benar celanya….

Hilang satu skrew, terkeluar cerita yang kita boleh labelkan sebagai khabar angin.

Sebab dah kena intai dek orang…

Haru hidup!

Almari ya…

berbeza pulak saiznya.

Ada kecil, besar…satu singgahsana pun ada.

Semakin besar sesebuah almari, pasti punya banyak rahsia atau pengetahuan yang dia simpan sendiri dan pendamkan sehingga bersawang.

Jarang-jarang dijengah. Sekali masuk, boleh sesat angannya.

Almari kecil jarang berpintu. Sebab itu kadang dia telus.

Pintu & Almari

Kadang sukar mahu ukur sesebuah almari hanya kerana pintu…

Jika ikut logik, besar pintu, besarlah almarinya.

Kecil pintu, kecillah saiz almari tadi…

Tapi logik tak semua boleh pakai…

Sebab tiada fakta.

Namalah bidalan…

Jadi, ‘pintu’ apa yang kita guna bagi ‘almari’ kita?

Entah!

Bila lihat pada renyahnya sebuah hinges, buat aku rela pilih pintu roda.

Roda pula isunya…

sudah…

sampai kesudah aku tak berhenti merapu…

To the end…

kita semua akan pilih untuk masuk ke pintu syurga.

Pintu jua untuk kesana…

Jadi, sudah kita hias ‘almari’ dengan indah?

Pintunya kita harus pilih….

Baguskah materialnya?

Fungsi sesuaikah dengan kerangka dan daunnya?

Atau dibiar terdedah…

Wallahua’lam….

p/s: itu belum lagi ambil kira kunci, tombol, mangga….inilah akibat bila otak ligat bekerja lebih dari pergerakan fizikal yang lain….???

Kadang rasa lagi bagus guna open wardrobe…semua orang boleh tengok isi tanpa sebarang sikap prejudis. Tapi sayang isi kan berdebu dek dedahan yang kita tak tahu dari mana sumbernya…

To the end.

Subscribe
Notify of
guest
3 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
sofie adie
September 18, 2018 00:39

Mahunya tak geram! Alih-alaih memang kena guna mesin tu jugak. Nasib baik kontraktor sudi nak tolong…kalau idok…huhuhu ajelah…

Nur Izzati
September 18, 2018 00:38

Hahahha. Kelakar tang screwdriver pondan2 tu. Samalah, kalu boleh nak kerja tu siap A sampai Z. Tapi certain things tu, Allahu. Payahh. Contohnya nak buat diy like these.

At-Tarmizi
September 15, 2018 02:55

salam..jemput join contest di blog saya, nak jadi sponsor pun boleh =)

http://at-tarmizi.blogspot.com/2018/09/contest-isi-kotak-dialog-asif.html

Scroll to Top