laptop computer, tray, tea-1245981.jpg

BERHENTI

Berhenti!
Berhenti kata dia.
Berhenti seketika. Demi mencari satu nafas baru.
Namun tidak kata alam.
Kau harus teruskan perjalanan tanpa sebarang henti.

Aku lelah duhai alam,
aku sudah lelah duhai kawan…
Apa yang meruntun jiwamu duhai teman?

Sendu.
“Kenapa?” tanyaku.
Kenapa aturan itu selalu tidak selari dengan waktu?
Kenapa aku harus bisu disaat teriakan jiwa itu semakin bingit dan memekakkan ragaku?
Kenapa tidak kau lolongkan suaramu?

Aku tak punya kuasa.

“Tekanan itu tercipta bagi menggilap dirimu kawan. Ia adalah proses yang kau tak harus langkau. Mahu atau tidak kita harus tempuhi waktu itu…”

Tapi, aku cuma mahu berhenti. Seketika cuma. Tidakkah kau mengerti?
Teman, mahu atau tidak kau harus berkorban. Pengorbanan yang kau tidak rela itulah boleh jadi kekuatan kau paling gemilang. Siapa tahu…

Berhenti mengharap pada yang binasa untuk bahagia,
berhenti berharap suara diakan didengar,
berhenti menagih perhatian yang satu pun tidak punya nilai…
berhenti berkata pada suatu yang tidak punya makna…
dia hanya berhenti menjadi manusia yang pernah ceria suatu tika…

Berhenti.
Hijab dunianya semakin membesar.
Radiusnya kian berkembang.
Dunia yang penuh dengan kegelapan..
Kelam yang menjadi teman.
Wujud cuma satu cahaya.
Penyeri saat dia kegalauan…

Berhenti.
Malangnya tiada istilah berhenti dalam intipati dunianya.
Maka dia harus berjalan.
Berjalan tanpa henti.
Kerna penantian itu menyeksakan….
Subscribe
Notify of
guest
2 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
At-Tarmizi
November 13, 2018 20:08

kalau penat sangat, rehat sebentar kemudian teruskan langkah

aienie NKA
November 8, 2018 08:13

Hurm…. Rehatlah ketika dirimu lelah, bernafas la seketika buat dirimu yg lesu, take yur time to relax cause it needed :'(

Scroll to Top