Dalam hidup kita selalu dihadap pelbagai pilihan. Bila tiada pilihan, kita merungut kata tiada versatil.
Itu mukaddimah yang kita selalu dengar, baca dan tonton. Kadang kita rasa ia sangatlah berkait dengan kehidupan yang kita lalui. Sampai kita lupa sebenarnya jalan kita dan sesiapa saja yang berhujah itu tak pernah sama. Mungkin jalan mereka bercabang, jalan kita pula hanya ada satu lorong. Tapi panjangnya, tidaklah ketahuan. Beza!
Jadi, betul ke jalan yang kita pilih inikan membawa ke destinasi idaman?
Tanya diri. Semak diari lama. Selaraskan cerita yang direka dengan realiti yang dicipta?
Aku pun sukar untuk menentukan mana satu idaman dan mana satu jadi sempadan untuk aku bergerak ke hadapan. Sukar!
Betul ke?
Kalau kita ikut saja arus kehidupan tanpa sebarang tentangan angin, hidup inikan berakhir dengan indah?
Aku diam berteleku.
Soalan si anak muda itu, aku jawab dengan bisu.
Teringat zaman mudanya dahulu.
Suka benar mencari idea untuk dihujah dan disoal. Mencari identiti kata buku remaja. Jangankan anak muda itu, aku sendiri pun masih tertanya; Betulkah ini hidup yang aku harus jalani?
Termangu. Kalam dikulum kehalkum dalam.
“Bila kita asyik berfikir dengan persoalan betul dan salah, kita akan menjadi takut untuk memulakan langkah. Hidup ini, kuasa pertama yang memajukan kamu adalah MULA. Tidak kira ia betul atau salah janji kamu MULA bergerak, MULA melangkah, MULA merencana dan MULA ambil tindakan. Bila kamu sudah ada permulaan, kamu akan nampak strategi permainan.
Jika takut kalah jangan sesekali undur kebelakang seperti askar yang tiada pedoman. Tapi sandarkan keyakinan kamu pada ‘kenapa kamu memilih medan itu dari awalnya’. Jika jawapan itu tidak kamu jumpa, nyatalah kekalahan itu guru terbesar yang kamu harus terima. Dan, dari situ kamu akan membuka jawapan baru untuk memulakan langkah yang seterusnya….”
Betul ke?
‘Apa yang betul?’ unjuk dia surat lama dari celahan buku yang dipinjam di perpustakaan tempoh hari.
‘Entah. Ini semua kuasa minda. The power of mind kata orang putih. Apa yang difikir itu ada kata RAM. Ikut pada apa yang kau percaya…terpulang!’
Surat lama itu ditenung dan ditatap seolah punya azimat yang dia perlu gilap sebagai tangkal dirinya agar kuat semangat untuk tempuhi hidup kearah 2020.
“Kenapa kau janji kau pula tak tepati?” masa lalunya mempertikaikan gerakannya yang sekarang.
“Aku punya waktu tidak sepadan dengan caramu.” jawabnya membela diri.
Betul ke?
Tapi, kenapa perlu berjanji jika tak mampu.
Dia diam.
Ada masa dia tidak kisah pada isu betul atau salah. Ada masanya pula dia terlalu menitik beratkan pada timbangan keduanya. Orang tak faham apa yang dia rencana. Jadi dia pilih untuk bisukan semua cerita agar sejarah dia tidak tercemar dari noda yang tidak diketahui puncanya dari mana.
Kalam terhenti.
Papan kekunci mula sunyi dari sentuhan jemari.
Aku pun masih takut pada betul dan salah.
Ia seolah memburu aku kemana saja.
Jika aku kata ianya betul, aku akan mula memandang lewa.
Tiada keseriusan dalam acara.
Jika salah, aku khuatir itulah yang akan kerap ku lakukan.
Betul ke?
Aku sudah mengantuk, sampai liang dikambus tanah terakhir persoalan ini tidak akan pernah berakhir..
Betul atau salah, itu pelajaran.
insyaAllah akan terus laluinya hingga tiba ke destinasi yang diimpikan….
betul atau salah terkadang kena laluinya dahulu..tapi berhati-hati dalam setiap langkah perjalanan