Search
Close this search box.
laptop computer, tray, tea-1245981.jpg

Sembang Kencang!

Salam Rabu buat semua warga yang ralit menghidupkan hari-hari kalian dengan momentum yang baru. Sepatutnya aku dah lama update selepas dok ulang dengar pasal ‘Sembang Kencang’ ni hari tu. Tapi, baru sekarang punya waktu. Jadi baiklah aku update yang ni dulu sebelum aku cerita apa yang berlaku Ahad lalu.

So kabare kalian pembaca yang masih setia menelaah setiap aksara yang bertakhta di laman gua! Hari ni kita borak pasal podcast. Nak sembang kencang mana gais?

Biasanya, podcast aku selalu dengar yang betul-betul aku ada intention untuk dengar. Dan semestinya, podcast itu tidak mengambil masa yang terlalu lama bagi setiap episod. Antara podcast yang aku adalah sedikit kerajinan untuk dengar sampai habis adalah:-

  1. The Minimalist
  2. The College info Geek
  3. The Daily Boost
  4. Secrets of the Most Productive People

Selepas pada tu, aku saja cari angin baru. Cerita baru, podcast baru. Malay version…dan tengah scroll-scroll cari podcast yang menarik, aku tetiba nampak ‘Sembang Kencang‘.

spotify, sembang kencang

Pergh! Sembang kencang pasal apa ni? Curious pulak nak tahu. Pasal cara membawang dengan baik ke cara hidup harmoni dengan bawang?

First episod yang aku dengar adalah Suarakan kebenaran. Aku pasang earphone, klik button ‘Play’ dan buat suara podcaster itu sebagai peneman sepanjang perjalanan aku menapak ke kelas. Dari tangga satu, ke anak tangga seterusnya dah gelak dengar. Pasai? Trylah dengar sendiri…

Part paling aku rasa berkenan nak melekat terus dan berulang kali dengar adalah bila dia sebut pasal ‘jerangkung dalam almari’. Uuuuu…aku rasa macam ter’klik’ dan macam ada bunyi ‘ting’ atas kepala. Bertambah satu cahaya untuk aku lalui jalan yang gelap dan hening.

Kebiasaan yang kedua pulak, aku suka paksa orang dengar sesuatu yang bernas sampailah diorang sedar yang ‘oh, aku perlu dengar podcast dia setiap episod’. (FYI: Ini review tidak berbayar.) Namalah aku paksa korang pulak yang cari siapa suara disebalik ‘Sembang Kencang’ ni. So, korang jangan risau, podcast ni tak perlu bayar pun untuk dengar. Macam radio. Ada akses, taip je Sembang Kencang.

Kebiasaan yang ketiga, aku senang untuk ingat bila nama dia unik. Muhammad Ha’iz Sokhini. Gitu! Ha’iz dan Sokhini. First time dengar nama Ha’iz. Biasa Faiz. Itulah kawan-kawan, mana yang nama dia tak pernah dengar dek orang, simple dan pendek, korang patut banggalah. Pasai nak google pun senang. Buat brand pun tak perlu pecah kepala nak letak nama apa. Bubuh ja nama sendiri. Confirm orang akan ingat sampai mati.

Second episod yang buat aku terus mendengar dan melanggan serta follow semua dia punya laman sosial adalah, ‘Papehal kemas bilik kau dulu‘.

Sembang, kencang, podcast

Pergh! Aku ingat dia nak buat citer lawak pasal mak mak. Ala, lawak yang bila ada tetamu datang je, mak mesti bagi arahan;

‘Kemas bilik kau tu. Ada orang nak datang ni!’. 

Walhal logiknya, tetamu tu tak masuk pun bilik kau. So, aku pun shout out pada korang semua, trylah dengar episod ‘Suarakan kebenaran‘ dan ‘Papehal kemas bilik kau dulu‘. Latest episod dia pasal ‘Alienation‘ tu pun membakar semangat hidup jugak.

Yang First episod dia podcast-kan tu pasal ‘Capitalism vs Socialism‘. Isu menarik. Cara sampai pun santai, cumanya…suara dia macam kurang jelas. Aku dengar banyak kali untuk fahamkan, tak faham-faham jugak. Google. Habis cerita. Lepas google dengar balik dan cantumkan kupasan topik, baru faham…Kinda heavy, but worth listening. Give it a try!

So, to Ha’iz and the team of Sembang Kencang, keep podcasting and make till your podcast become a valuable podcast to someone life.

Adios amigos!

Selamat mendengar!

podcast, life

Dunia sekarang terlalu banyak informasi untuk kita tadah,

Dengan ilmu sebagai penapis,

Kitalah perlu bijak dalam memilih ‘air’ mana yang bersih untuk diminum…

p/s: insyaAllah akan lancarkan channel podcast sendiri jugak. #impianterpendam ??

Subscribe
Notify of
guest
4 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
sofie adie
November 5, 2018 00:27

samalah…nang ada certain podcast ya,nya terlalu panjang dan lamak sampe rasa hilang fokus dengar. nok tok nya pendek. n paling best santai2 jak. boleh cobalah.
^_^

Eeca Shyaa
November 2, 2018 13:52

kmk dolok tertanyak2 apa benda la podcast tok. penah juak la dgr sekali. myb nok di dengar ya sik cun rasa so agak boring sikit juak lah bagi kmk. blh try dgr nok tok katok 😀

sofie adie
October 31, 2018 17:08

haah hahaha try dia dgr besttt.

aienie NKA
October 31, 2018 16:29

Ohooo~ nice share sis.. dia dgr macam radio jugak ka?

Scroll to Top