Blog Header

Forrest Gump

text, letter, old-4095909.jpg

Forrest Gump adalah satu cerita yang penuh dengan dialog yang tersirat dan bermakna. Itu bagi pandangan akulah. Sebab kalau boleh sepanjang tengok cerita dia, aku asyik nak pause je. Kalau tak pause rewind…Alasan?

Nak ulang balik apa yang dia kata. Feel ni sama macam tengok cerita “Angels & Demons”. Aku pun tak faham pasal pa…sebab tu aku tak suka tengok movie dengan orang, mau kena marah sebab lambat giler otak nak cerna dialog.

Apa kaitan Forrest Gump dengan Angels & Demons?

Jawapan dia adalah, watak utama dia adalah pelakon yang sama. Iaitu Tom Hanks.

Secara kasarnya cerita ni mengisahkan seorang anak yang sangat baik dan dengar kata ibu dia. Budak ni nak kata tak cerdik, cerdik..tapi dia agak slow berbanding orang lain. Disebabkan dia slow, maka selalu kena buli…dahlah pakai leg braces, cakap pun macam tak normal…tapi hati dia yang baik dan jujurlah yang jadi penyelamat dia. Semua dialog dia kalau boleh mesti start dengan:

“My mama said…”

Tapi, siapa tahu dengan gaya dia yang macam tu padahal billionaire. Pernah pergi White House, jumpa PM again…

Sinopsis penuh korang boleh baca sini. Sebab aku pun tak tau nak bagi ayat apa dah..huhuhu

Trivia dia pulak rajin-rajinlah klik sini.

Yang menariknya, dalam cerita ni ada lakonan John Lennon masa beliau masih hidup. Habis semua lirik lagu “Imagine” dia guna sebagai dialog. Kelakar pulak rasa…nak kata movie ni ikut semua timeline sejarah barat pun iya jugak. Pasal AIDS kali pertama wujud, JFK, dan macam-macamlah…

Selain pada tu, Gary Sinise pun ada berlakon dalam cerita ni. Dia pegang watak sebagai “Dan Taylor”. Kalau dalam CSI:NY dia jadi Mac Taylor. Suka na dengan nama tu ek? Tapi dalam cerita ni dia macam takleh terima hakikat dengan nasib dia selepas diselamatkan Forrest. Kesian pun ada…

Macam mana aku boleh terkena virus Forrest Gump ni?

Masa tu, ada satu game ni, lebih kurang macam teka tajuk movie or something like that lah. Pastu time turn ada orang duduk kat kerusi dengan briefcase, aku blur…haih, banyak lagi cerita aku tak tengok ni, kalau ni pun masih tak tau…then adik aku yang hantu movie jawablah:

“Tu cerita Forrest Gump..”
oooo ajelah aku masa tu…and terus bantai movie tu…
lagilah layan bila tau tu cerita Tom Hanks…pemilik suara Woody tu…

Aku rate 8/10.
Jawapan yang famous bila orang tanya “Are you stupid or what?”
Dan banyak lagi quotes yang menarik dan make life lepas tengok cerita ni..-THE END-

Thanks for reading!

Patutlah mak-mak dulu minat dengan Tom Hanks ni..rupanya masa dia muda memang agak good looking lah..tinggi pulak tu…no wonder aku pun tersangkut..hahahahaha suara dia pulak senang nak cam…lain dari oranglah..lagi-lagi part dia jerit “Alabama” kuat-kuat dekat boyfriend Jenny.

Dan aku rasa semua cerita Tom Hanks buat aku tengok banyak kali dan lagi dan lagi..same goes to “Saving Private Ryan” movie…

Subscribe
Notify of
guest
26 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
sofie adie
February 25, 2016 17:49

haah kak ros…sebab mesej dia…inspirasi jugaklah..
Tu lah saya pun tak habis tengok lagi citer tom hanks nih…

sofie adie
February 25, 2016 17:48

memang best fieyqa!!!!

sofie adie
February 25, 2016 17:45

orait kak ros….t saya try carik and tengok…aish..takleh jadi nih….thanks recommend!

ros nordin
February 25, 2016 17:35

Kena tengok Sofie..yang ni kisah yang terdampar kat pulau tanpa penghuni dan nak survive..ni best jugak..

ros nordin
February 25, 2016 17:35

Minat filem Forrest Gump juga ye Sofie..Tom Hanks banyak citer best, The terminal pun best..Tak adalah semuanya akak tengok tapi yang tengok selalu berulang-ulang lah..hihihi..

Fieyqa Adelova
February 25, 2016 17:35

macam best je! aaaaaaaaa nak kena download ni T____T

sofie adie
February 24, 2016 21:38

best syawal….xrugi tengok…

Mohd Noor Shawal
February 24, 2016 21:33

wah cam best je.. ^^

singgah sini.. 🙂

http://akubukaninnocent.blogspot.my/

sofie adie
February 24, 2016 21:18

best! untuk memahami hidup or nak cari motivasi…sedih? entahlah…numigx kata sedih, pi saya tak nangislah macam tengok 3idiots…

bolehlah tashira layan sorang…hehehhee

tashira
February 24, 2016 21:16

dh jrg layan movie eng ni. tapi mcm best je. sedih tak? atau mmg sgt sedih? haha nak tau gak. nk tgk sorang2 kalau cerita ni sedih,takperlu lah cover2 nk nangis nanti hahaha

sofie adie
February 24, 2016 19:23

same goes to me! minat giler!!! cast away? macam tak pernah tgok lagi…hurm..nampaknya xhabis godek citer beliau lagi nih…

sofie adie
February 24, 2016 19:20

kan? samalah dengan saya…giler suka dengan citer yg buat mood dan minda kita bergerak..sila2 tengok ya..:)

sofie adie
February 24, 2016 19:19

rasa?? hurm…i suggest u kena tengok citer nih…best!

sofie adie
February 24, 2016 19:18

haa…kena tengok ye hana!…

sofie adie
February 24, 2016 19:15

erm….erm…erm…saving private ryan ya…citer ni…menusuk jiwa lah…hehehhehe

sofie adie
February 24, 2016 19:14

silakanlah tengok..memang best!

sofie adie
February 24, 2016 19:12

sila2 kim chaa…..pastu recommend kat kawan2…huhuhu

sofie adie
February 24, 2016 19:12

same here!!!! terbaik!!

Zyra Roxx
February 24, 2016 19:06

aku minat semua filem lakonan beliau. tambah2 Cast Away, memang sgt menjadi. tabik spring!

miss fifi
miss fifi
February 24, 2016 19:06

wah macam best, inshaallah ada kesempatan nak tengok lah this one one day sbb I'm always iterested in movie that can uplift my mood 😀

Hanis Amanina
February 24, 2016 19:06

rasa pernah tengok tapi tetiba rasa macam belum. T___T

Farhana Zukri
February 24, 2016 19:06

tak pernah tengok lagi 🙂 thank you for sharing

_numigx
February 24, 2016 19:06

tolong la cakap anda nangis tgk citer ni sbb seriesly citer dia sedih T_T and awesomeeee hahahaahhahaha

Oh Oh Zulasri
February 24, 2016 19:06

Nice.. nak tgk juga la. hehe

Kim Chaa
February 24, 2016 19:06

Ohhh … Nanti boleh download laah malam niih 😀

Najwa H
February 24, 2016 19:06

mmg suka sangat cerita ni *2 thumbs up*

Scroll to Top