IMG20211125165302

Bonanza, attraversiamo…

0019.

Sambil layan lagu dari Arrested Youth, dengan otak yang seakan mahu fikir tapi kosong ini, aku menaip. Cerita yang berlaku, kisah yang dilihat dan hari-hari yang berlalu.

*tarik nafas panjang*

This empty feeling’s creepin’ in
I hide beneath my sheepish skin
It only ends when I begin
To take the time to seek within…

Kenapa lagu-lagu selalu kena dengan emosi setiap kali aku mahu menulis?

“So, perancangan dan purpose hidup awak lima tahun akan datang apa?”

“Airbnb di Iceland.”

“Wow, perihal gaji awak agak realistik. Tapi bila soal purpose, awak high hopes ya!”

Mereka ketawa.

Well, tak salah berangan. Jika kau rasa ia mampu digapai, kenapa menafikan?

Dipandang poster ‘Towards Digital Nomad’ yang sudah bertampal hampir dua bulan di sisi kanannya. Passion yang dia cuba untuk tanam walau dalam apa jua keadaan. Poster itulah dia punya Everyday Prozac. Kau boleh gapainya. Boleh punya. InsyaAllah.

Tiga hari lalu aku menonton satu movie lama bertajuk ‘Eat Pray Love’. Satu movie lakonan Julia Robbert. Tiga hari bhai aku perlukan untuk habiskan movie yang setakat 2 jam 13 minit tu. TIGA HARI?

Series yang beratus episod pun kau boleh khatam tiga hari. Tak faham aku.

Sambil menonton tu, aku jotting down banyak quote yang boleh buat pedoman hidup. Dah macam study pun ya jugak. Mungkin sebab tu sampai 3 hari kot.

Iklan kejap.

Ada satu manusia ni. Aku tak kenal, tapi dia satu batch zaman diploma dulu. Kau, dah request untuk follow dekat IG, pastu kau yang unfollow. Jadah mende kau an? Baik takyah follow. Isu follow unfollow ni kuat sensitif jugak zaman ntah pape ni. Dia macam takde value pun dekat situ. Mungkin adalah, tapi…serius dowh, jangan follow kalau kau tak kenal. Just blah. Blah boleh tak?

Pastu selepas puas berbonanza, balik tu aku terus tido. Aku tak tahu kenapa mood aku hari ni (baca semalam) dia punya ngantok tu naudzubillah. Aku kalau boleh nak tidur seharian. Tapi sebab kau ada kerja dan perlu cari kerja, terpaksalah bangun untuk hidup.

Bila orang tanya, apa reason untuk kau bangun setiap pagi, aku clueless. Sebab, aku dah lama tak bersemangat untuk bangun. Tapi aku cuba, cuba jugak solat subuh walau semakin hari semakin berat. Cuba untuk bernafas walau sukatannya perlahan. Apa benda yang buat kau ingin untuk bangun?

Grab Food?

Mungkin jugaklah….

Banyaknya benda nak cerita dalam satu post.

Pasal bonanza, movie, orang yang unfollow kau, life, sesi interview….

Ergh…perlu ke cerita semua?

Perlu kot. Kot kau rindu nak belek-belek, mende apalah kau buat sepanjang 2021 nanti, ha nilah…dok merapu dekat blog. Hahahaha….bapak tadak life sia…

Orang judge aku kaki bebel based on penulisan. Huh….aku selected bebel lah. Sharing falsafah je lebih. Falsampah…hahahaha

Sampai mana dah kita tadi?

Kelmarin aku tolong setup satu booth bagi expo baby besar-besaran di MVEC. Mid Valley Exhibition Centre. Dia punya lenguh tu, perghhh…takyah cakaplah…tu yang jadi lemau kot. Tapi, aku teringat aku tak update post, so…terbitlah entri ni.

Kau pe cer?

Life okay? Mental balance tak?

Oh lagi satu ni, aku kan kalau casual keluar, lepak malas-malas (pernah pulak lepak rajin), selalunya aku pakai hoodie. Senang. Sauk je dah boleh chow nampak versatile. Tapi aku tak nak support hoodie ciplak. Kalau nak something yang authentic. Yang ada copyright. Tapi susah nak cari. So, aku roger pada kenalan yang macam tsunami ni. Tsunami sebab dia datang berkala. Tak boleh nak predict bila. Tapi sekali mai, pergh….hancur alam bhai. Aku aku sekali mati.

Tanyalah, kot dia ada jual hoodie lagi. Tapi, macam biasa. Tsunami tak datang bila kita panggil. No hard feeling dude. Aku faham…ye ke? well…aku tahu aku bukan barisan bencana alam yang boleh buat impak besar pada Bumi. Aku molekul yang hidup tanpa disyukuri oleh sesiapa melainkan pada mereka yang punya teleskop untuk menilai.

Cyeh….kemain!

Esok (as in hari ni), jam 12 PM ada lagi sesi interview. Next week ada dua. Semua online. Hope background aku tak rosaklah time sesi interview. Aku call, jumpa okay lagi. Bab video call ni, aku lemah banyak dowh. Melainkanlah kau aku dah kenal lama. Huhuhu tapi okay saja. The only thing you can wear every day without hassle of any money is confident. So wear it proudly, son.

There’s a box hidden under my bed
Full of all the thoughts I never have said
Things I’m too afraid to say to my friends
Words I’m too shame to say that I said

Bonanza aku bantai 10 pinggan kot. Macam biasa, orang belanja.

Kau sempat tak bonanza?

Reti tak pakai chopstick? Tak susah pun makan berchopstick. Ah, too many places that rip all the wounds that I tried to hide…

Serius dowh, kau pe cer?

0053.

Lama dah tak update podcast. Pe cer ntah. Argh…I need to re-purpose my life. Tak lama lagi birthday gua dowh. Kejap betul hidup. Tup tup dah 2022.

Till then…papehal roger!

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top