laptop computer, tray, tea-1245981.jpg

Bukan tak rindu…

Usai balik dari kerja, aku masuk ke rumah. Aku tengok semua orang tengah buat assignment. Aku rasa cemburu. Aku rasa dah lama tak lepak dan borak dengan kawan satu rumah.Cuma buat masa sekarang aku hanya dapat terjemah satu je rasa kedalam perkataan.

Aku penat!

Betul ke aku penat?

Penat buat apa?

Penat sebab asyik pendam rindu?

Hahahahah aku nak rindu orang?

Oh, come on….aku pun manusia apa..

Salahkah aku untuk merindu orang?

Keluarga?

Tanah air?

Semalam, satu hari itu bagi aku tidak cukup untuk cerita semua. Ah! masing-masing dah besar. Cerita pun, aku lah manusia paling terakhir sekali dapat khabarnya.

Bukan tak rindu…

Bukan aku tak rindu saat kita ketawa riang macam dulu…

Bukan aku tak rindu nak buat jenaka sebagai penghibur hari-hari akan datang…

Tapi, aku sendiri dah hilang identiti aku…

Aku dah keliru….

Aku….

Aku takde niat pun nak marah atau melatah saat kau jerkah…

Aku cuba untuk jadi manusia yang terbaik, tapi apa yang selalu aku dapat….aku pentingkan diri.

Aku dah kecewakan diri aku sendiri.

Aku memang manusia yang tak sedar untung ke ek?

Ah!

Aku penat dengan emosi gila begini…

Aku patut dicampak ke hutan arizona sana kot. hahahahahah

Okaylah,

Aku dah merapu banyak sejak dua menjak. Itu semua gara-gara fius otak aku terbakar.

Itulah, bulan ramadhan orang sibuk kejar pahala, aku pergi kejar dunia…
Padan muka!

Kawan,
Bila kau lihat aku bisu begini…
Kalau kau betul kenal aku, kau tak akan jauhi aku…
Kalau kau betullah faham, kau tak akan jauhi aku…
Tapi sayang…rasa itu hanya aku saja yang rasa…
Rupanya,…selama ini aku sendirian…

Manusia mana mahu tegur aku kalau rupa sudah macam singa?

Kawan, saat aku seperti singa itu sebenarnya jiwa aku sudah luluh dalamnya…
Ah, sudahlah mengharap pada manusia.
Berhentilah…

Tuhankan ada?
Tepuk dada dan usap perlahan sambil bisik pada diri, ‘AKU ADA ALLAH’

Tidak sakit lagi bukan?
Senyumlah…?

Aku lihat mereka semua bertiduran menyiapkan tugasan.

Kata nak jadi ejen hartanah yang hebat, takkan baru masuk isu conventional method vs Discounted method dah menyerah kot?
Bangkitlah!!!

Sungguh aku rindu saat kita belajar dan saling mengajar sesama sendiri.
Aku rindu kalian.
Aku rindu…

Kawan,
kalau jalan aku dan kau sudah tak sama kelak, mahukah kau singgah di RnR untuk bertukar khabar denganku?

Seorang aku ini sungguh tidak pandai dalam bermasharakat. Sebab itu dia rasa dia mampu saat sendirian. Walhal, matinya kelak bukan dapat terus ke kuburan tanpa bantuan rakan.

Doakan dia. Doakan jua aku itu. Agar diberi rasa rindu untuk bersua dan berkawan lillahi Taala…
#doakanyangterbaik

Subscribe
Notify of
guest
10 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
sofie adie
June 17, 2017 02:19

terima kasih kak untuk tips ni. insyaAllah diamalkan.
amin amin amin
🙂

Shikin Razali
June 17, 2017 02:06

Manusia memang tak lari dari sifat rindu.. Jika rindukan seseorang, Sofie letakkan tapak tangan di dada dan bacakan Al-Fatihah dan titipkan rindu tue melalui Allah.. Insha Allah, Allah akan sampaikan perasaan rindu Sofie pada orang tue.. =) Akak doakan semoga Sofie menjadi lebih tabah setabah Saidatina Fatimah A.S.

sofie adie
June 16, 2017 12:25

🙂

Amer Ridzuan
June 16, 2017 12:21

This is so deep :')

sofie adie
June 16, 2017 00:00

insyaAllah…amin amin
terima kasih LZ 🙂
#doakanyangterbaik

I am LZ
June 15, 2017 01:00

Mendalam maksudnya..
Takpe laa sofie biarlah mereka, kita dahulukan hati dan perasaan kita..
Tak semua orang faham kita kann..
Semoga impian sofie menjadi kenyataan, aminnn..

sofie adie
June 14, 2017 02:16

amin….

sofie adie
June 14, 2017 02:16

bestnya ada orang rindu kita…. ^_^
miss igs tooo!!! please rajin up entry…rindu nak baca…
🙂

tiga lalat
June 14, 2017 02:14

aminn ya robbal alamin., ;p

kashaf imani
June 14, 2017 02:14

so relatable! I can feel you sis… tapi yela.. kita tak boleh nak harap orang faham kita lalu kita pun pendam lagi dan lagi… takpe.. redho.. Allah ada 🙂 ~~ igs rindu hakak sofiee 😀

Scroll to Top