Siapa dah khatam The Brothers Sun mesti tahu kenapa kena cari churros selepas habis menonton.
Ke aku je? hahaha
Tapi churros yang macam dalam cerita tu tak jumpa lagi. Sebab Mr Churros churrosnya semua pendek-pendek sikit. Paling kurang dah lepas gian nak makan churros, ye dak?
Itu series yang aku sempat khatam minggu raya yang sudah. Oh ya, aku pun sempat tonton F.R.I.E.N.D.S Reunion weh. Tonton kat mana?
Haa..mestilah rahsia.
Friends Reunion ni agak emosi untuk aku tonton sebab terasa macam mendewasa dengan sitcom tu. Yeah, sitcom yang banyak menemani dunia kedewasaan. Menghiburkan hari suram, menceriakan emosi yang kelam.
Daripada hari tu lagi aku dok layan sitcom The Nanny, tapi masih lagi tak habis. Siap selingan lagi dengan limited series The Brothers Sun lah, Friends Reunionlah, Anak Perjanjian Syaitan 1 dan 2 lagi kau!
Oh, untuk korang yang belum tonton The Brothers Sun ni, tontonlah ye. Make sure tempat korang senang untuk cari churros. Lapan episod je weh. Cumanya cerita tu buat aku stress jugaklah masa tontonnya. Rasa nak hempuk skrin lah dengan detik terakhir dia tu.
Untuk Anak Perjanjian Syaitan Sequel pulak pada aku ia agak boring dan terlalu banyak ulang dialog. Dia punya bosan sampai aku tonton dengan kelajuan 1.5x pun still menguap. hahahaha
So, better tonton di Netflix since dah masuk dekat Netflix daripada korang pergi wayang. Okay? Jimatkan duit anda selagi boleh berjimat. Plus, tak perlu keluar rumah pun.
Hari tu aku dah unsubscribe Netflix tau. Gara-gara Anak Perjanjian Syaitan ni, aku ter-subscribe semula. Tapi untuk sebulan ni je lah kot. Bukan sempat nak layan selalu pun Netflix tu. Balik-balik, belek blog then layan Amazon Prime. Menyesal sikitlah layan APS tu. Nothing worth it. Hurmmm…takpelah at least boleh layan cerita lain lagi kan?
Buat masa sekarang, tak banyak langgan apa-apa platform hiburan. Yang tinggal, Spotify. Yang lain-lain tu semua share dengan beradik ke apa ke.
InsyaAllah rajin kita layan cerita yang direkomendasikan oleh orang ramai di Netflix ya.
Selamat berhujung minggu gais!