laptop computer, tray, tea-1245981.jpg

Disguise

Setelah selesai menukar barang satu dua warna dalam blog ini bagi menampakkan ia berwajah segar, akhirnya aku putuskan untuk rant barang satu dua atau tiga mengenai hidup yang selagimana kau hidup selagi itulah kau berfikir tentangnya…

Balik dari kerja, aku terus bawa diri tanpa arah menuju ke suatu destinasi yang aku harapkan ianya dapat menjadi pengganti si pokok di Academic Height tapi nyata bertukar kesuraman yang melampau. Takkan semata aku nak tenangkan jiwa yang bercelaru dengan buat kerja gila drive ke utara sana dan baring sewenangnya sambil tengok sunset ditemani Sum 41? Bunyi macam nice giler kan, tapi…aku masih waras. Itu semua hanya fikiran aku yang menerawang.

Aku dah lama cari spot yang boleh buat aku termenung jauh (selain daripada dalam rumah sendiri), bersama alam, angin, pokok, rumput…dan sebarang dua ketenangan. Itulah antara satunya kekurangan duduk di kawasan ramai orang. Damai itu seolah hilang. Hiruknya membawa kau jadi manusia yang turut berhati batu. Walau kau cuba untuk kata tidak, lambat laun ia makan diri jugak. Ugly truth yang kita harus telan…

“Nampak ceria je hari ni kak? Happynya…”

I wish…

Pernah tak rasa macam useless tahap gaban tapi kau hanya boleh kemam dalam mulut, sampai kembung perut, dan menyebabkan urat berselirat seolah mengalami suatu situasi yang….seolah perut, hati, otak kau semua macam hilang waras…yeah, aku tahu bunyi dia macam tak betul…

430 pagi.

Disguise.
Secret.

Apa yang susah sangat jadi manusia?

Kau hidup, sembahyang, ada Tuhan, dan kau teruskan hidup. That’s it!

Tapi, kenapa rumit sangat untuk hidup?

Sarang burung. Bunyi train. Macam cerita indie kau hilang dibalik siraman mentari…

Disguise.

Orang tak faham sebab kau tak benarkan mereka untuk faham. Kau rela memeruk bersama alam, lagu dan perkataan yang buat kau lihat dunia dari perspektif sang helang…tapi kau lupa pada titik buta…yang kau masih perlukan semua orang untuk teruskan kehidupan.

Literallynya, aku hanya mahu lari dari hadap. Tapi sampai bila?

Penghujung pangkal kau mencipta loop. Selagimana kau tak deal dengan perkara itu sebaiknya…

Aku cuba…jatuh, gagal, terjerumus semula, lohong hitam itu tiada siapa mahu jengah, namun ia seakan menarik…sehingga kau lupa apa rasanya hidup.

Disguise.

Kalau aku terusan hilang, siapa yang kau akan tarik dulu?
….
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top