laptop computer, tray, tea-1245981.jpg

Doa untuk Malaysia…

Entah kenapa hari ni emo sikit pasal isu kenegaraan. Habis aku google mana negara terbaik, yang sesuai untuk immigrates. negara yang tak sesuai…top negara yang boleh terima Islam, yang tak terima, yang boleh itu yang boleh ini…macam-macamlah..siap tengok prosedur dia bagai…fuh!

(Aku pun tak tau angin monsun mana yang menyerang sampai aku gila nak tukar kerakyatan bagai..)

Dan akhir sekali aku google Malaysia Di Mata Dunia…

Aku jumpa satu entri yang buat aku rasa…

“Ruginya kalau lepaskan emas dalam genggaman kerana kejarkan berlian di jalanan…”

Siapa tak sayang negara sendiri dowh? Semua orang akan back up negara masing-masing kalau ada isu kenegaraankan? Aku patut sayang Malaysia. Doakan untuk Malaysia. Bukan hanya ketika musibah tapi setiap masa. Malaysia masih aman.

Tak, bukan ada sebab apa-apa pun..aku saja je cari bacaan tambahan untuk tahu berapa ramai rakyat Malaysia yang dah tukar kerakyatan. Memanglah impian aku untuk jadi ‘Germanian’ (betul ke idak ni?) tapi setakat melancong and belajar sana mungkin iyalah, InsyaAllah. Untuk tukar kerakyatan,….berjuta kali kena fikir. Biarlah pahit maung kita tanggung bersama.

Dengarlah lagu Doa buat Malaysia.

Nota kaki: Dari hasil pencarian kat google,

*German adalah negara ke-3 yang sesuai untuk immigrates, dan Islam kat sana pun boleh consider as Okaylah…(dari bacaanlah, kalau dari praktikalnya aku sendiri tak pernah lagi ke sana, insyaAllah ada rezeki memang aku akan terokalah negara German idaman kalbu tu…)

*Rindu zaman Islam Hadhari.

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top