Bulan Januari sudah pun menghampiri minggu-minggu akhir. Bulan yang agak panjang bagi permulaan tahun 2024.
Januari ada lima minggu. Terasa betul panjangnya.
Aku ni nak dikatakan sibuk, boleh jugaklah setiap kali weekend memang tak menang masa untuk sendiri. Kadang semangat tu lemah betul. Kena paksa betul-betul untuk kuasai dan pelajari perkara baru. Kalau tidak, memang melayan Netflix, series dengan game je lah ha.
Tak salah pun kadang nak luangkan masa dengan aktiviti santai macam tu. Cumanya kurang bermanfaat itu yang tak menjadi pahala buat rasa sia-sia dibuang waktu. Sebab tu bila sibuk, sibuklah sebetulnya. Bila ada masa, buat semua perkara yang kita rasa seronok.
Semalam sambil menunggu, tak sangka aku berjaya habiskan satu buku. Macam, wow….terlalu lama aku tak khatam buku dalam sekali duduk. Sampai apa yang berlaku di sekeliling pun aku dah tak sedar apa.
Hasrat manusia itu selalu menggunung. Hendak dicapai satu persatu selalu memerlukan kesabaran yang tinggi. Tidak tinggi, memang boleh kufur nikmat.
Semua mahu. Ini mahu, itu mahu, kalau boleh sekelip mata semua diperoleh.
Buat kita lupa untuk nikmati pada apa yang ada.
Rasa cukup. Syukur alhamdulillah.
Yakin dengan aturan rezeki Dia.
Tak semua yang kita lihat itu hakikat. – Ini quote adik aku dulu.
Aku pun rasa macam kena polish balik penulisan sendiri. Terasa betul hambarnya. Aku tak tahulah kalau masih ada orang lagi yang belek blog aku ni selain Kak Ana. Thanks Kak Ana rajin baca bebelan entah apa-apa saya. Arigato!
Mungkin sebab aku masih di fasa belajar untuk memahami transisi buat ayat aku terbejat mati. Mungkin…
Padahal setiap minggu otak aku keluar bersiar, setiap kali bukan dihadapan laptop, laju saja ideanya mengalir. Dan bila aku tenang-tenang duduk menghadap, kering betul rasa.
Jadi, untuk hari ni, aku kena paksa untuk hargai setiap detik. Aku tahu detik, saat itu semua berharga. Lebih lagi kita tak dapat mengulang setiap yang berlalu.
Semoga semua rasa itu dipertingkatkan ke arah kebaikan. Amin!
Tajuk buku yang aku baca tu adalah, ‘Critical Thinking & Stoicsm’. Buku ni aku beli dekat Google Books. Menghabiskan kredit hasil daripada jawab beberapa Google Survey. Daripada terbiar tamat tempoh macam tu saja, aku pun beli buku ni. Tak sangka sepantas itu aku menghabiskan bacaan. Nampak tak betapa pentingnya pemikiran ini untuk diselenggara.
Makanya, setakat ini sajalah entri bebelan sofie bagi minggu ni. Ada rezeki kita jumpa lagi di entri akan datang, Moga lebih bermanfaat lah. Hahahahaha
Till then amigos!
yesss hargai setiap inchi walau sekecil mana pun 🙂