rain stoppers, water, window pane-1461288.jpg

Hujan yang tenang

Hari ni aku bangun lambat (lagi…). Lepas baca sedikit isi dari buku Productivity Ninja, aku rasa hidup aku caca marba. Teruk, tak produktif dan burn out. Tengah hujan macam ni aku cuba untuk bersyukur lebih dari merungut tentang kegagalan mematuhi jadual hidup.

Aku tak tahu berapa banyak lagi buku, podcast dan video yang aku patut hadam supaya hidup aku sentiasa patuh pada apa yang aku mahu. Hari Ahad ikutkan podcast yang aku dengar adalah dari Seth Godin bertajuk Akimbo. So far minggu ni benda yang aku dapat strike adalah dengar podcast dan bersenam je.

Bangun awal, subuh awal, tidur awal – semua ke laut!

Membaca ya. Masih strike buat masa ni walau ada selanya.

Apa dowh yang aku lemah sangat nak hidup ni?

Kerja banyak lagi tak siap. Otak masih lagi sarat berselirat. Itu ini itu ini idea habis whiteboard diconteng untuk deliver projek. Tapi aku tak happy. Tak puas dengan peformance yang diberi. Mana kurangnya? Manay cacatnya?

Urgh….kau sendiri tahu jawapan tapi kau masih ulang kesilapan.

Kau itu tak jaga jadual dengan Tuhan sebab itu hidup kau kerjanya meroyan. Oh God, what is wrong with me??

Gagal itu biasa.

Lumrah seorang kita, aku yang kerja overwhelmed setiap waktu.

Hujan lebat.

Angin kencang.

Lagu dipasang untuk meredakan jiwa yang tidak tenteram.

Tapi otak?

Otak aku jujur cakap, menerawang sampai tak jejak tanah. Itu yang buat aku sukar untuk sudahkan kerja. Mungkin.

Barangkali.

We live in an era where information is overloaded. The market gives us too much choice, and it’s our responsibility to filter which one that we should hold the most…

Mentally speaks, I’m tired over everything. Even I delivered nothing!

God, please gives me strength to hold myself together and get shit done… Amin

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top