Hari Ahad yang tidaklah berapa santai ini, dengan rajinnya aku nak ceritakan sedikit latar belakang, sejarah dan kenapa aku boleh terjebak jadi pendengar setia Linkin Park.
Segalanya bermula pada tahun 2009, di waktu subuh yang hening dan terdampar di suatu tempat asing dimana ada hanya kau, seketul PC dan headphone. Macam biasa, aku dan komputer berpisah tiada. Pantang bukak komputer, mesti cari Window Player. Lagu pertama yang didengar adalah Crawling.
Ah, bosannya penulisan aku…blerghhh
Okay start balik.
Tahun 2009 adalah tahun bermulanya fasa aku jadi budak yang keliru dan sentiasa dalam kekeliruan. Aku berada dikawasan yang sama untuk empat tahun sudah, tapi bukan dikawasan yang serupa. Aku masih berposkod yang sama, tapi alamat yang berbeza. Aku punya kawan, tapi dilarang berjumpa. Aku punya jadual hidup masih sama…bezanya dulu beramai-ramai, kini yang tinggal hanya aku seorang.
Keliru kan?
Ramai tertanya, kenapa, apa dan bagaimana aku boleh terdampar disitu? Adakah ianya kehendak aku? Adakah ianya sesuatu yang perlu? Atau adakah ia satu dari cabang yang menjadikan aku lebih gila pada ilmu? Aku pun tak tahu…
Perlukah aku berada disitu umpama warga asing yang menjadi pendatang pada tanahnya sendiri?
Apa yang bezakan aku dan mereka?
Maka, dalam hidup yang penuh persoalan itu, aku buka windows player dan lagu pertama yang keluar adalah Crawling…
These wounds, they will not heal
Fear is how I fall
Confusing what is real
Consuming, confusing
This lack of self control I fear is never ending
Controlling
I can’t seem
My walls are closing in
Walaupun video muzik yang selalu lekat dalam kepala aku adalah lagu ‘Numb’, tapi lagu pertama yang buat aku mendaftar jadi LPU adalah, ‘Crawling’. Dan seterusnya-seterusnya hinggalah sekarang…
Dalam selingan dengar Linkin Park, aku jumpa MCR, Sum41, Sleeping With Sirens, I See Star, Falling In Reverse, Breaking Benjamin, dan ramai lagi…
Asal dengar lagu genre macam ni? Memang dengar diorang je ke sepanjang masa?
Terpulang jugaklah. Ada masa bila aku rasa tak keliru, dan rasa nak lost, aku akan dengar Sleeping At Last, Peder B.Helland, Anson Seabra, Lord Huron, Canyon City, dan seterusnya…
Ada masa rasa nak hyper, aku akan berpaling pada Avicii, Axwell, Steve Aoki, Martin Garixx, Illenium, dan seterusnya…
Kalau ditanya, tahun apakah yang buat hidup kau 360 berubah?
Aku akan jawab 2009. Sebelum 2009, aku lebih kepada budak yang nak belajar, suka bergaul dengan rakan sebaya, suka buat hal sendiri dan kind of rebellion yang kurang gemar pada barisan kepimpinan.
Tapi, selepas 2009, aku lebih kepada lone ranger. Suka elakkan sebarang pertemuan sosial, jarang nak open up dengan orang, tak percaya semua orang, lebih suka bersembang dengan diari dan muzik, dan malas nak ambik tahu hidup orang lain..
Hahaha, ni kalau geng diploma baca mesti cakap, eh…sofie tak macam tu pun…dialah yang suka buat majlis, jadi hoster, dan borak dengan semua orang…hahahaha
itu adalah another watak yang dipolish based on novel yang dibaca. Kalau tak baca novel dan belajar cara beretika dalam kelompokan sosial, aku rasa, aku akan jadi Grinch kot!
Sebab tu aku suka bahagikan hidup ni pada beberapa fasa. Sebab setiap fasa punya latar muzik yang berbeza. Misalnya, bila dengar lagu Falling In Reverse, itu adalah fasa aku percaya pada nihilism. Eh….kau nihilism? Bukan ada Tuhan ke?
Oh ya, lagu Situasi (Bunkface) adalah lagu yang bila didengar, terasa macam aku dibawa ke tahun 2009. Seolah aku dapat lihat aku yang 2009 dalam background.
Pernah aku dengar lagu ‘Take You Down’ (Illenium) sampai tercipta another aku. Seolah aku itu punya dua jasad.
Weh, kau gila ke?
hahahahah yeah, kind of….kadang waras itu menyakitkan. Dia kena fikir itu ini, dosa pahala, syurga neraka dan bermacam hukum yang buat langkah kau terbejat untuk sebarang pergerakan. Ye aku tahu Islam is the great way of life. Sebab Islamlah pembela kaum wanita, dengan Islam manusia lebih peka pada kesucian dan punya kredibiliti dalam kehidupan.
Terima Kasih Islam…
Tapi, ada setengah perkara itu aku lebih suka ianya tiada religion. Tiada agama.
Seperti muzik. Muzik itu tidak beragama. Ia universal. Jadi, bila orang menghukum agama seseorang berdasarkan muzik yang dia dengar, itu adalah salah.
Apa yang aku dengar adalah pilihan aku, bukan refleksi pada agama yang dianut.
Sama juga dengan seleksi hiburan yang dipilih.
Ya, ia mungkin akan menjadi kayu ukur pada personaliti seseorang, tapi tak boleh ke kalau kita tidak dilabel berdasarkan cerminan yang kita pilih? Aku bukan cermin dowh…
Sebab aku dengar ini, aku adalah itu. Sebab aku layan itu, maka akunya berikut…the heck with that man?
Just clear your mind.
Disebabkan semuanya adalah sementara dan punya penghujung tarikh basi, aku akan explore mana yang aku rasa nak explore dan ianya bukan refleksi pada agama aku.
Tapi ia akan jadi cermin pada tahap Iman kau bukan?
hahahahaha lols!
Deng it man…nampak sangat Iman kau lemah level mujahadatunnafsi dan kebawah hahaha
Wallahua’lam.
Entahlah…
Dahlah merepek mendelah tiber ni…ada ke nak universalkan muzik tanpa agama. Tapi betullah yang muzik itu tidak punya agama. Orang yang beragama yang ambil dan serap muzik sebagai medium sebarkan agama mereka..katanya muzik itu bahasa universal. Kalau muzik itu bahasa universal, tapi kenapa masih ramai yang buta dalam mendengarnya?
Ke? Hurm….kita tak boleh nak hukum minat seseorang dalam memilih muzik yang didengar. Alam masih misteri…lebih lagi nak faham personaliti manusiawi…segalanya punya misteri. Misteri tu sesuatu yang seram ke kalau kita jumpa dengan jawapannya?
Mana lagi seram; dihurung pelbagai persoalan yang tiada jawapan atau diselebung jawapan yang menakutkan?
p/s: kata jelah kau nak ngelat buat kerja sebenar dan cipta distraction…acah..
Kadang nak rasa bagus nya jadi free thinker. Lolz sangat bila diucapkan pada mereka yang merasakan kita jahil. T^T
huhuhuh kan…pemikiran tiada punya agama…