Blog Header

Kaler Ape….

river, stream, brook-7047522.jpg

Semalam sambil video chat dengan family member, kitaorang discuss lah pasal tema baju raya tahun ni. Rasa macam dah lama giler tak beraya sakan siapa baju raya. Balik-balik memang pakai baju lama. Sudahnya aku yang tak suka raya sangat ni pun boleh merasa kesenduan raya.

Maka time borak tu, aku macam lisp sebab tak boleh nak tanya ‘Eh, korang tahun ni baju raya kaler apa?’ dalam slang bahasa yang betul. Instead of ‘apa’, aku ter-lisp jadi ‘ape’. *emoji face palm*

Lama jugak ea aku tak update citer kat sini. Rasa macam semangat untuk menjadi warga kreatif itu sedikit tenggelam. Sebab….? Entah….

Aku rasa aku tak layak jadi content creator. Tak layak dimasukkan sebagai warga kreatif. Tak layak itu, tak layak ini….

‘I’m running through mazes, mazes
Maybe it’s just a phase but regardless
I’m flipping the pages, pages….’

Aku rindu zaman Diploma. Rindu zaman itu, zaman lalu…zaman depan…kenapa tidak zaman sekarang?

Aku syukur dihidup di zaman sekarang. Sempat jua menghirup udara sehingga ke dekad tiga. Syukur Alhamdulillah.

Ada kenalan sudah tidak didengar khabar. Ada kawan kan kian terasa jurang kehidupan. Punya teman, tangisnya masih jua sendirian….Ah….begitulah dunia kedewasaan ya kawan.

Rahsia kita jua semakin hari semakin rapat dikemam. Syhhhh diam-diam aja…

Kita mahu cerita pun, balik-balik…ah, masalah ku tidaklah sebesar mereka. Aku syukur lagi masih ada segala kelengkapan. Tidak mewah, tapi ada. Syukur lagi kata dia….

Buka laman media sosial, baru mahu ditulis cerita, update status…terus dipadam. Pangkah segala luahan di sidang. Tiada guna kongsi rasa demi satu dua like. Janggal benar rasa meraih perhatian di situ….biarlah dia sebegini. Dilaman ini kita bercerita.

Kau, kau apa khabar?

Tiga tahun lama kita berpisah menjadi warga asing.

Ada yang 10 tahun ditinggal.

Ada yang 20 tahun…

Ah, dunia kedewasaan semua orang sudah berpindah. Tidak status, alamat. Tidak alamat ada saja yang sudah berubah.

‘Cepat benar masa berlalu….I’m like still stuck…’

Toleh kiri kanan, semua orang sudah berjalan arus hidupnya. Aku?

Di air tenang yang pusarnya tidak kelihatan.

Bukan ombak, bukan juga gelombang. Cuma pusaran….Tampak seperti tenang…Namun kejap tenggelam kejap timbul…takuknya masih disitu. Bertarung pada pusaran yang entah dia sendiri pun mati akal untuk bagi bidalan.

Lubuk pusar…jarang-jarang berlaku…Bila dilihat pada ombak yang lain, mereka punya gerakan. Semakin jauh, semakin beralih arah…tinggalkan aku dipusaran yang sama…

Ah, please don’t look under that stone….

“We had our head in the clouds
Thought we had it all figured out
Planning to fly away
To escape everything on the ground
But like a plane up in space
We slowly drifted away
And every plan that we made
And dream that we chased
Are just memories now
They’re just memories now…”

Ramadhan tak lama lagi. Kau ready ke?

Malu rasanya mahu menghadap Ramadhan kali ini. Malu, sebak, pilu…seolah dia manusia yang paling tak layak untuknya.

Kau…kalau tak buat post yang depressing boleh tak?? hahahahah

aku awal tadi mana ada plan nak tulis mendung macam ni…Kay r nak minum susu sebelum tidur. Kasi nyenyak tidur malamnya. Punya nikmat tidur itu pun rahmat yang sering diingkar…jadi syukurlah teman. Syukur Alhamdulillah.

Sampai bertemu lagi di post akan datang. Doakan aku rajin update lepas ni. Baru ada semangat untuk hidupkan sisi kreatif balik. Chaiyokk!!!!!!!!!!!

“Some people be changin’ with the weather
I’m tryin’ to keep myself together
Ain’t got the energy to hold ’em
So I push ’em aside and keep it rollin’…”

Adios!!

Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
aienie
March 29, 2022 02:08

hmmm…

Scroll to Top