Kerana Kopi…

Kerana Kopi…

Dah lama rasanya tak layan lagu. Layan mood. Keep in touch dengan diri sendiri. Borak dan tanya khabar hati…

‘Kau sihatkah?’

‘Ada siapa yang buat kau sakit?’

‘Kenapa terlalu lama tidak menjengah?’

Entahlah…

Balik-balik itu sahaja jawapan yang kau tahu. Jawapan yang mengandung berjuta makna…

E-N-T-A-H.

Sejak jejak kaki ke sini, aku rasa macam seolah hilang diri. Terlalu expose pada dunia luar…terlalu…terlalu yang bukan aku.

Dah tu, siapa yang update semua entri merapu kalau kau tak mengaku?

Entah!

Memang itu sahaja jawapan yang kau tahu, walau berjuta buku dibaca sedari dulu?

Mana ada berjuta…tak sampai pun lagi juta tu…Aksara mungkin iyalah berjuta…buku tu, tinggi sangat tahap.

So, kau? Sihat tak?

Tanya lagi…

Sihat yang mana kau mahu tahu?

Sekadar sihat itu, semua orang akan mengaku mereka sihat…

Yelah tu…

Nak masuk dua minggu, tapi sehari pun kau tiada masa untuk diri. Sibuk benarkah sampai lupa siapa yang ada sentiasa?

Sibuk itu tidaklah…tapi kacau bilau itu yang buat otak, minda, hati, jiwa entah kemana-mana. Habis bertebaran menerawang pada suatu yang tiada kaitan.

Kenapa mahu dirungsingkan? Jika ia tiada mententeramkan jiwa, kenapa mulakan…

‘Itulah tu…silap catur…rancang memang ada, tapi langkah masih semberono. Yang pening balik-balik waktu tidur jua diganggu…

Sampai bergelas kopi dihirup…

Jadi, salah kopi?

Tidaklah nak salahkan kopi.

Baru je nak tarik nafas lega, nikmat dapat pejamkan mata tanpa fikirkan apa-apa selain mengkhatamkan buku yang ada. Jadinya, sebagai terapi bagi jiwa yang rawan dan tidur yang kurang, aku pergilah pusat rawatan sehenti. Mana lagi kalau bukan kedai buku…

Banyak juga offer buku Seth Godin. Sempatlah sambar dua buah buku beliau, dan dua buah lagi buku yang mungkin boleh jadi vitamin dalam melangkah jalan yang masih tiada laluan…

Vitamin Minda

Pastu, tadi terjumpalah satu buku yang agak menarik perhatian aku. Mungkin akan dibeli dalam waktu terdekat nanti. Dia macam ada kaitan dengan ALIEN. Suatu akronim yang sangat kebetulan!

Ada member, dapatlah rebate 20%. Tak sabarnya!

‘Jadi kau nak makan?’ satu suara bertanya. Aku jengah ke luar.

‘Malas….dah gosok gigi…’

‘Kata tak nak buka laptop sebab dah mengadap seharian….suatu penipuan dari seorang yuhaadie…’

Hahaha gelak hambar saja mampu sebab mata dah layu. Hari ni tidur tak tentu. So, chow lu!

Papehal roger!

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top