cooking, ingredients, flat lay-5880136.jpg

Masak oh Masak!

Masak ni ada banyak kategori. Masakan panas, berat, pastri, bake, dessert, etc….yang penting semua menghasilkan makanan. Dan janji bukan aku yang masak! Hahahahaha….okay..tak kelakar pun…T_T..

Kupas isu masak nih, aku rasa percentage aku mengusai dunia masakan hanyalah 0.01%…erm?? Okay, macam teruk sangat jer tu…atau mungkin macam titisan hujan di musim kemarau? atau sesudu beras? kot! Ah! lantaklah dengan peratusan tu…janji kalau aku campak-campak, dia jadi…itupun kalau jadilah…..Ni aku ada cerita nak kongsi dan ada soalan nak tanya..

Cerita dia begini;

Tadi, aku kengkononnya merajinkan diri nak buat satu cookies nih. Yeah, cookies pun kategori masak apa. Dari hari tu ayah minta buatkan cookies halia. Tapi, sampai ke sudah aku tak buat. Memandangkan ahad ni aku dah terbang ke utara, mau atau tidak kenalah buat. Kesian pulak kalau tak buat. Pastu aku lupa resepi apa yang aku campak dan guna masa raya hari tu. Maka, ber-google-lah aku sementara masih awal. Then, jumpa dalam dua tiga resepi cookies yang berkaitan, aku pun terus buat ikut resepi dia.

Aku ni bab ikut resepi macam noob sikit. Padahal siapalah nak kongsi resepi sebenarkan? Aku turut satu persatu. Masa tu sesi sukat menyukat bahan. Dalam hati aku apasal bahan dia macam terlampau banyak dan tak stabil ek? Dan aku hapuskan rasa hati tu.

Aku teruskan sesi mencampur adukkan bahan pulak. Sehinggalah ke titisan vanilla terakhir, baru aku sedar…aku dah terlambat….gua dah terlambat bruh! huhuhuhu…dan aku merasalah doh tersebut. Pergh! vanilla dia bapak segelen aku rasa…dan aku muak! kembang tekak dek kerana overdose vanilla…dan aku terus rasa ‘hangin’ [maafkan saya budak suka vanilla….]*okay abaikan….*

Tapi, aku still proceed sampailah cookies tu masak dan selamat dalam bekas sekarang. Dan setiap kali aku tengok cookies tu, aku rasa macam tengok “unwanted cookies” pulak. Nak buang bazir, sebab mak aku kata dah okey dah..maka jadilah “cookies yaya”-THE END-

Itulah dia. Itulah dia, bila aku tengok orang masak, nampak semua jadi, semua sedap….tapi, bila aku buat, aku nampak, semua tak jadi, nampak semua tak sedap…dan rasa macam nak buang je dan hapuskan serta merta…tapi nasib baik dekat rumah ada “vacuum teletubbies”…takdelah membazir. Dan sebab rasa ini, buat aku langsung takde hati nak masak. Tak lalu tengok masakan sendiri…cyeh!

Lebih kurang ginilah hasil dia….

Masak oh masak!

Aku suka masak. Tapi,…..hobi tu memasak..tapi tulah…kalau aku sendiri masak, tak makan aku…dan umi hanya menggeleng kepala sambil berkata;

“Sampai bilalah tak nak masak ni? dan sekian sekian sekian sekian….sekian…”

Dan tak lama lepas tu, kalau aku dah tolong sedia bahan ke cuci barang lepas masak ke, isu masak takkan timbul. Problem solved!

Okay..i’ll try…

Soalan dia;

Korang pernah tak alami rasa ketidak sukaan pada masakan sendiri? Beria masak, tapi nak makan macam tak lalu…korang pun tengok je makanan tu dimakan orang. Sampai ke habis pun korang tak lalu. (Apasal ek?)

Eh! Panjang pulak bebel pasal masak nih. Ini gara-gara “unwanted cookies yaya” lah ni…lesaplah kau cookies….hahahahahahah..[dalam nada suara Adu du] Bab makan, no hal…aku on ja..semua balun..as long as halal lah kan? kecuali ceri..aku tak makan ceri..Tapi bab masak nih,..aku kena heal dulu rasa “tidak suka pada masakan sendiri”…

Okaylah…sampai bertemu kembali gais..yang rajin memasak, dan takde masalah makan masakan sendiri, kipidap yo!

Thanks for reading! Good Night!

p/s: hari ni last day praktikal!!! tak tau nak feeling apa…feel dia sama macam buat cookies yaya…huhuhuhu T~T

Subscribe
Notify of
guest
28 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
sofie adie
June 6, 2016 19:39

huntonglah…tapi alhamdulillah, rasa macam tu boleh sembuh…cuma ambik masa sikitlah…
sekarang okay dah 😀

Anonymous
Anonymous
June 6, 2016 19:26

selalu nak cuba rasa apa yang saya masak. nak tahu menjadi ke tak. sedap ke tak? hha. takde pulak perasaan macam tu*

sofie adie
April 23, 2016 17:38

kan? mungkin siptom itu akan terhapus juga suatu hari nanti…mungkin…

ros nordin
March 2, 2016 07:43

hahaha..jangan salah bumbung plak…..

The KehalusanKelembutan
February 29, 2016 02:33

mungkin tak terbuka hati lagi ? maybe? haha

Najwa H
February 27, 2016 23:31

hahha.. banyak kali jugak dengar dr family members pasal tak lalu makan bila sendiri yg masak ni.. huhu…

sofie adie
February 27, 2016 13:12

hurm…nampaknya saya pun dah kena simptom yang sama…

sofie adie
February 27, 2016 13:11

salam tkk,
same here…

sebut pasal kisah dulu, dan tak jadi…saya pernah buat pai ayam pastu hancur..n buat masa sekarang tak mau buat pai dah…kira give up ek? huhuhuhuu

sofie adie
February 27, 2016 13:10

alhamdulillah..adalah rupa sedap…harapnya rasa pun begitulah…

sofie adie
February 27, 2016 13:10

tu lah kan..mungkin sebab tu kita jadi taklalu dengan masakan sendiri…sebab kenyang dengan bau…

sofie adie
February 27, 2016 13:09

wasemen tashira!!! tulahkan weird yang tak faham…

sofie adie
February 27, 2016 13:08

bah t org balik esok org baling dr plane k?

sofie adie
February 27, 2016 13:08

betul3….malas tu aje penyakit dia…tinggal nak rajin je..hahaha

sofie adie
February 27, 2016 13:07

haraplah saya cmtu gak nanti…p xmau gemok! huhuhuhu

sofie adie
February 27, 2016 13:07

haaa….bolehlah tu…sama….kdg tak fahamkan awat jd lagu ni…p tulah…

sofie adie
February 27, 2016 13:06

ek? apasal macam tak jadi je rasa? hahahahhah
nanti saya naik flight lalu atas melaka kak ros sambut ek. hhahahahha

sofie adie
February 27, 2016 13:05

hahahhahha.
nampak sedap? bolehlah buat stok masa mulut gatal…
yeay!!!! praktikal sudah habis!

Ardilla Noorezan
February 27, 2016 13:03

Ibu saya macam tu! Dia masak sedap gila tapi tak suka makan masakan sendiri haha

The KehalusanKelembutan
February 27, 2016 13:03

salam sofie.. sayasuka masak even campak campak je..dan yang pasti masih boleh makan walau pon tak best mcam mak masak..

dulu, pernah cuba buat kek batik, nampak senang dan semua orang boleh buat sekali tak jadi, lepas bebrapa tahun baru baru je saya start cuba dan jadi hehhehe dont give up!

Hami Asraff
February 27, 2016 13:03

Nampak macam sedap.

FarahAtiqah
February 26, 2016 23:00

Saya pun rasa macam tu !! Tapi takde la tak lalu langsung yela kan masak sebab lapar.. Makan la jugak.. Cuma yelah bila masak mesti rasa rasa sikit ambik bau semua.. Tu yang habis masak rasa kenyang pulak XD

tashira
February 26, 2016 23:00

i cook like almost everyday for my family ( dinner je hahaha),nak kata tak sedap,habis jugak diorang makan tapi masalahnya sy takkan makan selagi tu masakan sy sendiri. weird huh? hujung minggu je makan byk sbb my mom yg masak hahaha

Aienienka Peter
February 26, 2016 19:41

nak cookies!!

Farhana Zukri
February 26, 2016 19:41

haha samala kita Hana pun tak minat sangat masak, tapi yg senang senang tu boleh la buat cuma malas aje

nadialadzim
February 26, 2016 19:41

haha..penah lah dulu. sekali rasa macam tu..tp skng ni, makan apa je..sendiri masak atau orang masak. semua sebat..sebab tu jadi makcik gemok..hahaha..

Otaku
February 26, 2016 19:41

my mom pun sama ! she made like the best nasi ayam in the world and selalunya masak periuk besar (macam di kenduri) sbb satu family suka makan .. but then , mama cakap x lalu and x makan masakan sendiri .. ><

ros nordin
February 26, 2016 19:41

Kalau ikut rupa yg lebih kurang macam kat atas tu kira jadi dah..rasa je kot yang beza sikit2 sebab terlebih terkurang bahan..boleh makan tu..meh antar sini nak jadi food tester ni..hihihi

Kim Chaa
February 26, 2016 19:41

Tak suka masak T__T
DAN paham sangat, perasaan bila mana masak dan rasa tak lalu dgn masakan sendiri. Hahaha . btw, cookies tuu nampak sedapnyaaa, meh laaa kirim sikit 😉 dan tahniah , sebab dah habiskan praktikal ^^

Scroll to Top