Blog Header

Mengintai tabir 2017

text, letter, old-4095909.jpg

Yeah, ada seminggu lebih lagi 2017 akan persembahkan dirinya sebagai watak utama. Minggu yang sudah penuh dan sesak dengan segala tugasan sebagai pelajar, telah pun berakhir. Sekarang yang tinggal adalah perang menuju final exam. InsyaAllah malam ni, Masjid UiTM Shah Alam ada buat sambutan Maulidur Rasul sekaligus melaksanakan Solat Hajat. Alang-alang berenang, minum air terus…

Ini adalah kali pertama merasa final exam masa sambutan tahun baru. Nervousnya! Kalau masa diploma, musim sekarang adalah musim cuti mid-sem. Jadi bila dah degree ni, dia kontra habislah.

2017.

Memandangkan bukak je tahun baru ni adalah final exam, maka kemungkinan besar proses penghantaran hadiah bagi contest pun akan makan masa sedikitlah..diharap semua peserta dapat bersabar. Dan terima kasih sertai contest ni! -sudah ada 53 penyertaan- haaa…macam mana mau kasi itu hadiah?-

Antara list yang aku rencanakan untuk 2017 adalah:-

1- Baju baru untuk blog

Mungkin patut, mungkin tidak…tapi kalau dah bertukar karang, kira misi aku dah terlaksana lah kan?

2- Marathon DC Series 

  • Arrow,
  • The Flash,
  • Legends of Tomorrow,
  • Super Girl,
  • Gotham,
  • iZombie,
  • Lucifer dan
  • Preacher.

Sebelum series tu bercambah lagi yang baru, baik aku khatam mana yang ada ni…Yang paling giler hari tu, aku nak layan Arrow je, tapi disebabkan diorang boleh pulak buat crossover bagai, habis habis! Aku paksa hold dulu, dan jadikan asssignment musim cuti nanti…

3- Mengkaji negara Turki. 

Aku tak tahu kenapa, tapi sejak kes duta Russia kena tembak, kes Aleppo dan macam-macam lagi…aku pun rasa patut buat kajian pasal isu ni. Masih belum terlambat untuk mula.

Kenapa dan kenapa itu masih berselirat lagi..kalau dapat, memang nak pi lah sana. Lagi-lagi Derinkuyu

Garapan kasarnya beginilah. InsyaAllah akan terus berkekalan semangat ni. Yang Iluminati pun tak habis lagi kaji, strategi pelaburan Robert T.Kiyosaki pun masih tak khatam, rencana untuk personal branding masih dalam proses kajian, carian…

Yang paling utama adalah, menaikkan kualiti dalam diri kepada yang lebih baik dari tahun lalu dan sebelumnya….

Thanks for reading and Happy Holiday!

p/s:

Awak yang tengah nak final exam tuh, buat cara nak final ye…cuti awak lambat lagi.-termasuk diri sendiri ni-?

Subscribe
Notify of
guest
18 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
sofie adie
December 31, 2016 03:10

terima kasih cik tie! 😀

Cik Tie
Cik Tie
December 31, 2016 02:56

Gud luck final tu..

sofie adie
December 26, 2016 10:10

hahahahha….ini bukan azam…ini list-to-do ^_^~ azam ek? hurm…kalau azam mungkin nak jadi Oliver Queen lah kot!- jangan lupa share azam kau tu-

arrow punya pasallah aku terpaksa layan dak Legends…barry allen pun satu, ada ke dia kenalkan si supergirl dkt arrow…parah aku! lepas ni sapa pulak dia nak introduce…

sofie adie
December 26, 2016 10:05

salam yana,
terima kasih! ^_^ all the best for u too!

sofie adie
December 26, 2016 10:04

kan?? bestnya kalau dpt jejak tanah yg pernah dijejak dan diperintah oleh idola…^_^

sofie adie
December 26, 2016 10:03

hahahahahhaha
awak msuim final jugakkan sekarang? haaaa….

yang tu, kena fikir balik…hehehhe..jgn risau..

sofie adie
December 26, 2016 10:02

insyaAllah PC!
^_^

sofie adie
December 26, 2016 10:02

thanks sis! untonglah dah bebas!
selamat bercuti!!! hargailah tahun2 akhir as single ye…
^_^~

sofie adie
December 26, 2016 10:02

amin!
^_^!

sofie adie
December 26, 2016 10:00

Amin!
terima kasih ana! huu..berdebar pulak tunggu final…
^_^

Bro Ley
December 26, 2016 09:57

Fuyoo dah ada azam 2017. Haha..

Aku tak pernah ada azam lagi. Tapi tgk kau letak marathon cerita arrow salah satu azam 2017, so aku dah tahu camne nak buat azam 2017 aku sekarang. Thanks weh. Haha..

The KehalusanKelembutan
December 26, 2016 09:57

salam , sofie all the best final 🙂

Ardilla Noorezan
December 26, 2016 09:57

Teringin nak pi Turki T.T

Kim Chaa
December 26, 2016 09:57

Haha .. pesanan bawah tuuh comel je .. emm .. jgn lah tukar baju baru lagi sebab baju niih cantik simple … sedap mata memandang .. heheh

PeRdU cINta
December 26, 2016 09:57

Fokus…fokus…fokus untuk final ya…

aienie NKA
December 26, 2016 09:57

good luck dik untuk final =)

Jun Zie
December 26, 2016 09:57

semoga apa yg awk senaraikn utk dilakukan 2017 nnti di pmudahkn .. insyallah =)

Ana Suhana
December 26, 2016 09:57

Good luck dear. Pass with flying color insyaAllah. By the way, tahniah sbb terpilih utk contest traveloka tue. Saw ur name in the email. So happy for u. ?

Scroll to Top