Kadang ada satu masa tu, kita nak jadi orang yang paling berinspirasi dalam satu ruang. Ada satu masa tu pulak, kita hanya mahu menjadi bayang, echo dan hanya mahu hidup yang tenang tanpa mengejar segala benda yang semua orang kejarkan. Just living a simple life. A happy private life yang hanya terhad kepada orang yang betul-betul kenal kau sahaja.
Complex kan bila diri kau kena bertarung dengan dua dunia yang hendakkan perkara yang berlainan. Padahal end up, satu badan ni jugak yang masuk dalam kubur.
Best sebenarnya, hidup simple. Sekadar hidup, buat hal yang kau suka dan rasa seronok nak buat. No enforcement dalam apa tindakan. Sebab takde benda pun yang nak dikejar sangat. Semua benda ni nak laju-laju, pantas-pantas ke mana? Semua nak outstanding, nak authentic, nak itu ini kalau boleh impian itu dikahabarkan pada dunia…tapi somehow, mimpi sebegitu memenatkan jiwa. (If you’re not born into it.)
Seronok je hidup normal, marhaen, mediocre….as long as they living their life to the fullest dalam hidup dia, tak bermaksud dia langsung tak berguna pada ekosistem. Seimbang, balance. Kalau semua orang nak jadi leader, habis siapa yang nak jadi pengikut? Kalau semua nak jadi tukang masak, habis siapa jadi tukang makan? Kalau semua nak jadi producer, langsung consumernya hanya berputar dikalangan producer sahaja? Tidakkah penat bila semua tujuan itu hanya berjalan atas dasar keuntungan dan kepentingan sahaja?
Kau tak benefit untuk aku, lantas kau tiada gunanya pada aku, begitu? Ah! Kalau begitu, kejamnya dunia! Yeah, it is a cruel cruel whole world bila semua orang fikir normal is boring. Tak pernah straight A, potato, tak pernah menjadi yang terbaik, lantas mereka itu manusia boring? Siapa letak level bar dalam kehidupan ni? Status, harta benda kalau fikir logik, semua benda itu akan kita tinggalkan.
Sakit otak nak penuhi impian orang. Sakit jiwa kalau ikut sangat dengan apa yang orang kata. Yang hidup dalam badan ini adalah kita. Yang mahu hadap semua benda itu adalah kita. Sebab tu lah simple life is way much fun…
Biarlah aku nak jadi penyu ke apa…as long as ia tiada merosakkan kehidupan orang lain.
Tak, tak emo pun…cuma jiwa kacau sebab dah lama tak baca Quran….argh….I should really not skipped reading AlQuran even for a day…Dah r, chow lu…karang makin banyak pulak penulisan hitam dekat blog ni.