Kadang aku tak tahu kenapa tajuk entri dan isi penulisan ni langsung takde kaitan. Kisah pulak aku an…kau pun tulis kat sini sekadar hobi dan hanya update hidup pada mereka yang bukanlah kau kenal secara rapat. Mungkin ada yang rapat dengan aku still baca blog ni. Mungkinlah…
Tapi mostly, siapa je yang baca dowh? Selain pada junior yang Google pasal Geomatik? Aku pun tak tahu kenapa blog ni masih hidup…
Mungkin sebab akunya masih hidup.
Alhamdulillah gais! Bertemu kita pada tahun yang mengubah usia dia angka dua ke tiga. Kau sudah tua?
Ah, tua itu dikira pada angka saja. Dari segi hidupnya pada pengalaman, aku itu masih mentah. Masih di tahap budak hingusan dan masih melayan lagu yang ramai tidak kenal juga.
‘Pada apa 2022 menjelma?’ tanya aku…
Aku an, sepatutnya tidur dah tau waktu ni. Since untuk tiga minggu lamanya nanti aku takde off day. Tapi tu lah…masih jugak nak ngadap dan tulis entri even takde isi. Rindu sebenarnya nak aktifkan Alien Oren.
Tapi, AO bukan keutamaan aku sekarang. AO adalah entiti facade yang membantu sofieadie untuk hidup.
2022 ni sunyi dia lain macam. Tiada gegar gempita seperti selalu. Pada perayaan yang seakan berada di medan tempur.
Jap, aku sebenarnya nak borak apa kat sini dowh?
Hurm…….Wrap up of 2021?
Ah kau! 2021 pun banyak PKP, ada hati nak buat wrapped. Hurm sajolah labu oi…
Well, sebenarnya 2021 banyak giler benda yang seakan mega berlaku. Kau sembuh dapat berjalan setelah 4 bulan incapable. Pastu, dapat datang ke semananjung balik. Pastu, beraya dengan bestfriend kau…
Caca marba dowh entri aku ni. Kau hadaplah ya.
Zombi atau robot?
Mungkin aku zombot atau rombi. Atau sekadar bangkai bernyawa. Hahahaha….entohle labu…
‘Kak, bila kali terakhir akak rasa kemeriahan sambutan tahun baru?’ tanya sang teman selepas seharian mengadap expo yang yang tiada kunjungan.
‘Hurm….saya paling suka sambutan tahun baru masa tahun 2008 dengan 2018.’
‘Uish…saya takdelah ingat exact year…but, the 2022 kind of the worst new year celebration ever!’ Jawab si teman.
‘Mungkin orang takut tahun ni jadi tahun cancelled jugak kot…’ jawab aku sekadar pasrah pada apa yang akan berlaku…
Weh…aku serius dowh mengantuk gila sekarang ni.Tapi aku rasa masih tak complete lagi cerita aku ni…kita sambung bebila aku free…wokeh?
Tak janjilah samada isinya takkan lari ke apa….but…aku nak tidur. serius mata dengan tangan aku menaip kian tak selari.
Papehal roger gais! Adios!
takpe sis jadikan blog sebagai tempat luahah hati sis. Selamat tahun baru ::)
selamat tahun baru juga Tiara ^_^