Aku tak tahulah sejak dua menjak ni tekak aku asyik nak hirup air Starbuck semedang. Kemain kau ea?
Well, I work hard for it man. Hahahaha…So hari ni aku cubalah air perasa yang tak pernah lagi diorder iaitu venti Almondmilk Pumpkin Spice Frappuccino with hazelnut syrup and caramel drizzle and one scoop chips. Amboi kau semua topping kau sapu? hahahahahaha
Dan air itu sangatlah mengenyangkan dan aku paling suka rasa macam di kelilingi pumpkins sambil menonton anak jiran bermain di laman. Tiber latar belakang berubah seperti zaman 1920’an. Aku pun tak tahu samada zaman 1920’an dah ada belum Starbuck ni. Based on Google, zaman ni dorang tak wujud lagi. Anggaplah aku time travelling.
Cerita sebenar dia, aku tak tahu dah nak makan apa. Kelmarin Korean, sebelum tu Japanese, so far tekak western pun dah ditunai. Aku nak Mexican, tapi restorannya jauh-jauh belaka.
Perkara yang buat aku teruja untuk hadap hari-hari dan bangun pagi adalah makanan. Tanpa makanan, aku tak tahu benda apa lagi yang boleh bagi keterujaan untuk hidup. Tak kisahlah orang kata apa pasal masa hadapan, berfikir jauh seluas alam, tapi masa sekarang, aku happy sebab disaji makanan yang unik setiap hari. Terima kasih Tuhan ^_^
5 tahun dari sekarang aku hanya minum coffee dari Secret Recipe, Starbuck, Old Town White Coffee dan The Coffee Bean Tea Leaf serta apa jua coffee yang membawa aku jauh dari realiti. Jadi, aku praktis dari sekarang. I can afford it. Anything that makes me fancy, I always appreciate and loyal to them. Gituuuu….
Balik je dari kerja aku pun terus kemas bilik sebab kipas dah slow. Udara pun takde angin. Panas dia semacam! So, aku pun cuci kipas.
Sapu dapur, kemaslah sikit-sikit rumah ni. Then sambil tunggu isya’, aku boraklah dengan Google. Hahahahaha bapak loser sia borak dengan Google. Sebab kawan dah takde kan. Kau borak je lah dengan apa yang selalu dengan kau.
Aku tanya banyak kali kot dekat Google, ‘How to commit suicide’.
Tahu dia jawab apa? Dikasinya BeFrienders punya nombor. Jadah dia…hurmmm….
Kadang aku wonder, berapa ramai dah orang yang BeFrienders selamatkan dan apa rasa selamatkan orang dari suicidal?
I bet diorang pun kadang cemuh dengan orang. Dan, aku tak rasa nak sibukkan dorang dengan picisan hidup aku hahahaha….takpelah BeFrienders, I still hang in here….I’m still sane you know…I just wondering, which way of suicide is less painful after death…
Sebab Tuhan pun dah bagi jaminan yang orang yang bunuh diri ni dia akan ulang proses dia bunuh diri sampai kiamat. Macam loop. Aku tak nak stuck dalam loop. Even ianya suatu pencapaian yang semua orang kejar dekat Tik Tok…aku just tak suka benda loop melainkan mask headloop.
Mungkin orang patut tawarkan, cara bunuh diri yang tidak membawa ke neraka. Oh God what am I thinking???? Mana ada servis after death dowh? Tak ada!!! Kau kena faham tu.
Kalau ada, aku rasa dah lama disapu golongan kapitalis. Confirm dorang akan bina hotel dekat neraka. Astaghfirullahaladzim…mengucap sofie oiiii!
So, aku pun boraklah topik lain. Yang at least Google faham. Kau tengok dia bagi nasihat dekat aku apa….
Terharu sebenarnya dengan quote dia walaupun agak cliche an. Tapi ye er je akan ada kalau aku perlu. Kemain!
So, dari menunggu waktu Isya’, sudahnya nak dekat jam 11 malam jugak baru aku solat. MasyaAllah! Ini semua permainan syaitan. Iblis semata!
Aku okay je. Just good, you know. Orang kata, be careful what you wish for…aku just nak hidup dan berakhir dengan husnul khatimah…mungkin aku patut kejar husnul khatimah sebagai misi sepanjang masa. Kadang aku lupa…ada lagi perkara yang lebih besar dari sekadar hidup.
Tuhan, dari dulu lagi aku curious, kenapa Engkau ciptakan hamba yang tiada guna di dunia ini? Kenapa kau masih biarkan aku hidup walaupun aku bersujud minta mati di usia tujuh tahun lagi? Kenapa Engkau baik sangat dengan aku Tuhan? Aku jahat kot.
Aku just nak mati sebagai anak kecil supaya tak perlu dihisab. See…sekarang aku dah besar…confirm perjalanan nak ke syurga infiniti lamanya….entahlah Tuhan….hari-hari aku tanya…apa bagusnya Kau benarkan aku wujud?
I don’t know. I just…don’t want to exist…dan setiap kali linangan banjiran air mata ini mengalir aku harap iakan memadam api nerakaMu, dan menggugurkan dosa-dosaku….
Tuhan, terima kasih untuk peluang ini. Walaupun aku tidakkan pernah faham akan kerja Engkau, jauh dari sudut hati, aku bersyukur punya Engkau sebagai peneman.
It’s been good to have Allah as my God. Tiada simfoni yang dapat tenangkan jiwa melain beristighfar kepadaNya….
Tuhan dosaku menggunung tinggi
Tapi rahmatMu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmatMu di bumi
Tuhan walau taubat sering kumungkir
Namun pengampunanMu tak pernah bertepi
Bila selangkah kurapat padaMu
Seribu langkah Kau rapat pada….
Kau tahukan, biasanya aku tulis sembang dengan Tuhan macam ni hanya dekat dalam diari bertulis tangan. Tapi lately, semua benda yang aku minat langsung tidak menarik perhatian. I just love sabotaging myself, and yet there’s always You helping me to find my way back…
It’s been ups and downs for quite a long time now…
Aku harap…aku tak menjadi satu daripada lohong yang menjerlus korang ke lembah kelam…somehow aku rindu untuk lemas dalamnya. Kelam itu kawanku yang sentiasa ada…no shadow…just you…darkness and…silence…
You know the feeling; you want to socialize because you want to improve your social skills, yet you’re afraid of being too exposed to human beings? You want friends, but you are afraid of being left off. You love to isolate yourself because no one seems to acknowledge your existence…you know that kind of feeling that makes you want to detach yourself from being too real..and just lost in your thoughts…I live with them for quite a long time now…you know…
They just crash whenever they want…
Sometimes, I just want to be far away from humans so I can be with them forever…some other times, I’m afraid I will not come back as I supposed to and little did I know, no one even noticed while I’m gone. Would I even matter? God damnit!
Aku harap, lepas semua kawan aku kahwin dan settle down, aku boleh lesap dari hidup dorang dan just bawak diri jauh dari segala kenangan. Jauh dari kenyataan dan realiti alam. Jauh yang buat aku terus jauh daripada semua orang yang aku kenal…dan dorang hanya berjumpa dengan tulisan aku saja…macam sekarang hahahaha…
bodoh betul plan kau. aku bahagia tengok korang, life korang…tapi itu bukan life aku…ya kita pernah kongsi masa silam dan kenangan, tapi berapa lama kau akan bertahan dengan masa sekarang? Dengan aku, dengan kegilaan untuk bawak diri…
Kita dah kawan dekat 8 tahun dah kot. Gila tak rindu korang…tapi, era tu dah habis. Dah tamat….
Kau,kau…aku, aku…
I’m sick of being too attached to someone who I know eventually will leave me. Alone. Again. and I have to start over and re-heal myself from being too attached to the people…Urgh God…what happened to me?
Asal dowh aku ni? Tadi cerita hidup sebab makanan adalah motivasi untuk kau bahagia. Lepas tu, sembang dengan Google.
Tak, aku tak pernah attempt. Sebab Tuhan kata, badan kita ni pinjaman Tuhan. Kita kena pulangkan ia sebagaimana kita diberi pada awalnya. Kalau Tuhan bagi sempurna dan tiada cela, jadinya, begitulah kita kena pulangkannya kelak.
So, badan ini amanah Tuhan. Tiada luka yang dilakukan pada badan aku ini dilakukan dengan sengaja. Walaupun 4 kecelakaan yang membabitkan, jahit, bersimen dan sebagainya…itu semua malang yang tiada bau. Bukan kerana aku berniat untuk buat.
Aku pegang amanah itu. Itu saja yang menjadi benteng untuk aku tidak terpesong ke dunia loop.
Untuk korang yang baca post berjela panjangnya ni, jangan risau…aku okay. Ni tulisan normal aku. Tulisan diari dan rutin harian aku. Pujuk diri, yang kau kuat. Kau boleh. Kau ada Tuhan. Kau ada Allah….dan jika kau terjebak ke lembah kelam itu lagi, kau sentiasa ada Dia…walau kau tak punya siapa.
Hidup ini untuk difahami, bukan sekadar dinikmati….nikmat tanpa faham, kau akan cenderung tidak menghargai…tapi bila kau faham, setiap inchi pada detik itu, kau akan tafsirkan segalanya. Penuh perasaan.
Aku tak terima quote yang aku dengar dekat radio siang tadi…boleh dia kata ‘hidup ni untuk dinikmati bukan untuk difahami’. That’s the most bullshitting thing I ever heard after a while didn’t listen to the radio. Bapak bullshit sia….aku just kenot brain how come kau boleh enjoy tanpa faham sebab dan akibat? do you ever enjoy tsunami? urghh…teringat je quote ni mendidih telinga aku. It’s so wrong!
Okaylah, aku okay…aku just harap…jika suatu hari nanti aku tiada, well aku dah biasa. Sebab macam Aisyah cakap, “Ada tiada tak memberi kesan…”.
So yeah….tahniah sebab baca sampai habis dan ikuti perjalanan roller coaster aku.
Untuk kau Edward Nygma, thanks for credit Grab Wallet.
Aku harap kau sihat. Okay mungkin tidak. It’s great to hear from you. Aku cuba jadi pelangi untuk awanan orang. Kadang aku lupa, aku adalah hujan yang sendirian dan silauan kalianlah yang buat aku cipta pelangi untuk sinari hidup orang. Walau aku tak pernah sepelangi itu untuk orang lain, paling kurang, mendungan langit juga yang korang senyum bila mentari mencerlang panjang.
Aku pun tak tahu apa dah aku merepek ni. Mungkin effect pumpkin spice tu. Mungkin. So, thanks again sebab sudi baca. Thanks sebab pernah wujud, thanks.
Aku harap kelesapan aku suatu hari nanti adalah kebahagian untuk korang. Itu je yang aku dapat bagi…aku bukan tonik…aku just some alien yang sesat di Midgard…hahahaha.
Dah r tu. Chow lu. Be well buddies.
Always do it on my own
So I gotta get through it
And the only thing I know
Is to love what I’m doing
Never give up, never slow
Till I finally prove it
Never listen to the no’s
I just wanna keep moving