Blog Header

Renung apa lagi…

landscape, sea, sunset-7729562.jpg

Dah seminggu jugak dunia blog ni sepi.

Aku pun asyik dengan realiti kadang malas nak hadap dunia maya. Soc med pun malas nak bukak. Update story then blah…orang tak kisah pun pada kehidupan kita, kenapa kita harus bermenung pada kehidupan orang.

Hakikat…orang tak pernah kisah.

Maka, mahu direnung apa lagi? Jalan saja….

Kadang, benda dalam hidup ni jadi rumit bila orang terlalu takut pada ketidak pastian. Risau pada masa hadapan yang belum pasti. Gusar pada tabur janji…

Kadang mahu saja cakap pada diri, sandaran itu harus pada Yang Esa, bukan manusia…baru kita tidak kecewa.

Tapi, jiwa ini punya nafsu sering alpa. Bila rencana tidak berjalan lancar, mulalah mengeluh sedikit kecewa….nyata manusia itu jika janjinya tiada diikat pada Dia, sering punya siur yang kita sukar mahu duga.

Mahu disalah apa? Sudah itu jalannya…Sudah itu cerita dia.

Perkara diluar kawalan kita usahlah terlalu dimenung. Hadap saja jawabnya…

So, aku pun hanya menunggu dan menunggu sambil menitip doa agar segalanya dipermudahkan walau tidak selari dengan rencana…

Alhamdulillah sepanjang cuti ini harinya redup, sejuk dan mendung….cuaca yang sering diidam kala musim cuti panjang. Boleh bersantai, berselubung dibalik barisan cerita buat penglipur lara…

Ingatkan, jika cuti panjang ini dapatlah berteman sehari dua…nyata hanya dinding nan empat jua dihadap. hahahaha…

Lumrahkan hidup ini bersama dinding…karang diakhir senja, pada lianglah peneman…

Itulah kehidupan ini kawan…

Hujung harinya, kita tetap sendiri.

Lebih tenang. Lebih jauh dari riuh yang belum tentu membawa senyum pada bibir…

Syukur…

Syukur pada yang ada. Syukur pada yang setia. Syukur pada yang mengota…

Syukur pada yang bertanya khabar.

Syukur ada Dia…

Renung apa lagi ya?

Idaman semakin hampir,

Kita terusan berusaha sehingga ia menjadi realiti…

Okaylah, entri sekadar buang sawang…cuci laman yang kian berhabuk…jadilah kan walau sekadar cerita yang belum tentu orang faham…

Hidup ini untuk dihayati…bukan difahami…hahahaha

Dah r, chow lu…pape roger!

Adios!

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top