Blog Header

Sayonara *Perihelion!

text, letter, old-4095909.jpg

*Perihelion adalah nama batch kitaorang sebagai student Geomass 1316.

Dalam istilah Astronomi, Perihelion adalah the point in the orbit of a planet, asteroid or comet at which is closest to the sun.”

Aku bukan nak hurai pasal Perihelion dari sudut astronomi, maka kalau terasa berminat untuk tahu lebih lanjut boleh layari laman sesawang atau buku rujukan yang berkaitan dengannya…okey?

So, dua hari lepas..seperti yang korang semua maklum dan alami..ia adalah hari yang paling (acane aku nak describe ek?) paling mendebarkan lah jugak. Sangat!!! Sampai aku rasa macam tidur pun tak lena dowh. Bila nak tido pun tak dapat, aku cubalah hiburkan diri ni supaya fikiran tu tak fokus pada ‘kebarangkalian itu’….

1500 090816.

Konon buat hati kental. Tak nak semak…takut! Tapi cuba jugak semak. and…

“What? Tak dapat??!”

Mak aih! sodih eden ginie! kena buat rayuan lah gamaknya…

Dalam sedih begitu, baru aku perasan…nombor ic yang aku masukkan SALAH! hahahahahahha…Bismillahirrahmanirrahim…..puh!

“Alhamdulillah!!!”

Dan bermula detik itulah handset aku yang selama ni tak pernah riuh, boleh riuh seharian suntuk! Hebat!

Tahniah semua!!! 

Tapi….tapi aku tak pi dah Araustralia….T^T…(bajet sedih konon! padahal dalam hati teruja nak melampau!)…taklah! aku serius sedih ni…mana lagi nak cari makanan murah dan kos sara hidup rendah macam kat Arau tu? Dan untuk seketika (sekejap dua macam tu jerlah..) aku teringat yang lepas ni, aku dah tak perlu susah payah angkat tripod bagai. Kena turun site, bergelap semua pun dah tak payah…dan aku…akan berpisah dengan the best group LP ever! okay…sedih sikit…sikit je…

Lima orang: dua masih setia bersama. Aku dah curang dulu. Sorang lagi QS. Dan seorang lagi bawak diri…ke mana? aku pun tak tahu….(lara benar nampaknya…)

Dan…this is the goodbye for Perihelion! Thanks for everything! Tiga tahun bhai…lama tu! (ala…tiga tahun je pun…sentimental betullah aku nih….T_T)

Disebabkan penangan AnoHana yang masih menampar diri ni, time aku dok layan semua karenah kat phone, aku dok repeat lagu ni sampai tak tau dah kali ke berapa. Dan mungkin ni lagu yang sesuai untuk tema entri kali ni.. ^_^…terimalah lagu ini dari saya untuk anda semua yang pernah hadir sepanjang tiga tahun di Arau.

Tipulah kalau aku kata takde ‘somebody I used to know’…boleh jadi, orang itu aku. Boleh jadi jugak dia. Ah! sebolehnya aku tak mahu berperasaan begini. Untuk mereka, aku ucapkan tahniah dan terima kasih kerana pernah menerima aku suatu ketika dulu. Biarlah perkenalan kita singkat, tapi cukup bermakna…Maaf saja mana pernah cukup. Tapi, mendengar lafaz “aku terima maafmu” itu lebih bahagia dari “aku terima nikahnya…

Sayonara Perihelion!!!

Wah!! tak sangka dowh aku kata macam tu. Macam mimpi pulak dah….semoga perjalanan baru kita semua nanti diberi ketenangan dalam diri. Amin!

Haa…nampaknya lepas ni, aku tak boleh nak hurai panjang dah pasal Geomatik…pasai..pasai aku dah ‘cerai’ dengan dia. (jangan risau, entri-entri geomatik yang lama tu aku takkan buang. Korang boleh buat rujukan) tapi fakulti aku masih sama. Cuma lain dah lah…aku takleh nak riak angkat total station da, aku dah tak perlu pakai baju merah tu (mungkin…) Aku dah tak perlu jadi tukang pegang payung yang sentiasa menyayangi dan melindungi total staion lebih daripada nyawa aku sendiri…

Bos! Aku da resign jadi assistant kau. Lepas ni kau bolehlah cari asssistant baru yang lebih hebat dari aku…Korang dua hiduplah baik-baik kat Arau nanti. Kalau makan kuey teow kungfu tomyam tu, jangan lupa kitaorang….rajin-rajinlah ziarah tempat lepak kitaorang dulu. Kirim salam kat kedai Oren juga. Entah masih sama ke tidak pekerja dia..*_*

-‘Once surveyor, selamanya surveyor’- itu korang…

Rezeki masing-masing. Adalah tu hikmah dia….aku dah kena buat kajian untuk kos akan datang ni. (Tolong naikkan views blogger yang berkaitan…haaaa….)

Kalau takde permintaan, memang tiadalah entri pasal geomatik lepas ni…cuma bab-bab throwback tu, aku rasa mesti ada punya nanti….insyaAllah…

Aku rasa banyak lagi entri untuk Geomatik yang aku belum kongsi. Hurm….kena buat ni sebelum daftar nanti. And aku tak perlu MDS!!! yeay!!! Bahagianya rasa!

Siapa daftar 3 – 4/9/16? 

Kita geng! Mungkin takda MDS. Sebab 5/9 tu dah start kelas. Siapa yang daftar awal pada tu, mungkin adalah kot…kot…kot…(ini perasaanku saja…)

Sayonara Perihelion!!

Okay…wa gerak lu, pape roger….and see you when I see you…

Thanks for reading and all the best semua!

Subscribe
Notify of
guest
22 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
sofie adie
September 10, 2016 00:09

kos pengurusan hartanah kim chaa..
insyaAllah…ni pun debar jugak nak belajar ilmu baru…

kan? lagu tu sesuai utk kawan2 dan perpisahan…

Kim Chaa
September 10, 2016 00:04

Sofie tukar kos apa ? Makin bertambah ilmu di lain bidang ^^

Laguuu tuuuh sedap … 😀

sofie adie
August 22, 2016 21:49

salam yana, dapat shah alam.
syukur takde..hahahhaha..amin!

kan? memang akan rindu arau punya lepas ni…

The KehalusanKelembutan
August 22, 2016 21:40

salam sofie dapat mana, penerapan memang xde mds.. apapun moga dipermudahkan.

*serius arau memang kos makan minum murah

sofie adie
August 21, 2016 20:13

iyap! setiap yang akhir itu adalah permulaan.
thanks cero!

cEro
August 21, 2016 17:31

Good luck!
Setiap yang bermula pasti akan berakhir, tapi tak bermakna semuanya akan tamat, kan?

sofie adie
August 16, 2016 17:56

thank you BV!! 🙂
hahahha…minggu lepas udah direpeat beratus kali…kinek alu tukar angin…

BudakVanilla
August 16, 2016 17:50

all the best for ur study! 😀
lagu circle ya pernah jadi ringtone kmk. berulang kali juak nenga sebab best! 🙂

sofie adie
August 12, 2016 15:26

aok.
makaseh!! 😀
Amin! semoga kitak dapat rayuan ya kelak..all the best!!!

sofie adie
August 12, 2016 15:25

thank you eyqa 🙂

sofie adie
August 12, 2016 15:25

insyaAllah nina!
semoga semua berjalan lancar kelak. 🙂

Hanis Amanina
August 12, 2016 15:23

Haah kite kat Perak lagi. Takpe2, nanti boleh update info pasal kos baru pulak ?

tashira z
August 12, 2016 15:23

upu kah kak? congrats anyway! kmk sik dapat T_T terpaksa tunggu result rayuan. semoga dipermudahkan segalanya 😀

Eyqa Zq
August 11, 2016 22:09

Good luck wherever u are. ^^

sofie adie
August 11, 2016 15:50

thank you arzmoha!
insyaAllah akan dipegang kata2 ini.

aRz MoHa
August 11, 2016 15:46

all the best sofie. dalam apa jua bidang yang diceburi.
perjalanan masih jauh…terima seadanya apa yang mendatang dan hadapi dengan senyuman…

koey teow kungfu memang sedap

comel budak bawah ni…ok layan lagu kat atas tu…

sofie adie
August 11, 2016 15:16

ha'ah…eh, takdelah…tak pernah pun post lagi..heheheh..cuma adalah selit kata macam nak tukar…heheheh

kejapnya cuti…masih kat perak lagi la ni kan?
thank you nina!

sofie adie
August 11, 2016 15:12

thanks!!

sofie adie
August 11, 2016 15:12

insyaAllah!!! semoga semuanya nanti akan berjalan dengan lancar!
kau pun kenalah lawat kitaorang gak…baru seri!

Hanis Amanina
August 11, 2016 15:10

Sofie tukar kos ea? kite mesti terlepas pandang kalau pernah ada post pasal ni sebelum ni T___T

Kite balik Czech 3/9 hehe selamat mendaftar!

hanisamanina.com

Leyha Hady
August 11, 2016 15:10

waaa tahniahhh !

bumaira
August 11, 2016 15:10

Sayonara PERIHELION! Sayonara TRIPOD! Sayonara SEMUA! Hahahah sopi jgn lupa mai melawat aku noh weekend nnti ^^ haha – bazi

Scroll to Top