Blog Header

Siapa dia?

Siapa dia?

Blog ni best. Tapi memilih identiti untuk berblogging itu selalu alami pelbagai kecelaruan. Sekejap berani, sekejap takut. Sekejap yakin, sekejap rapuh. Ada saja pertukaran pada nama yang dipakai. Kenapa?

Itu soalan yang dia selalu tanya pada dirinya. Hingga dia rasakan nama itu bukan lagi miliknya. Tapi, semenjak umi memasang ceramah Ustaz Wadi (yang dia gelar sebagai Ustaz Amru sebab mukanya lebih sesuai dengan nama Amru) mengenai dunia akhirat, mashyar dan alam kubur, membuatkan dia cuba untuk bangga dengan namanya sendiri.

Siapa namanya?

Alien Oren kah? Adakah nama itu yang akan diseru Allah diakhirat kelak ketika di neraca pertimbangan amalan?

Tidak!

Itu bukan namanya!

Jadi, Ramadhan 1442H ini dia cuba untuk berbangga dengan namanya buat kali pertama. 28 tahun yang sudah, dia tidak pernah gemar dengan namanya. Ada saja yang tidak kena. Bahkan jemu dengan nama diberi. Terlalu common katanya.

Ah, ego darah muda!

Identiti blog banyak dicipta. Dunia pelarian realiti bagi dia. Sebab itu dia rela guna nama alter ego dari nama sebenar. Selamat dari pelbagai kecaman. Selamat dari pelbagai cemuhan. Tapi selamatkah dia?

Geleng kepala.

Tiada siapa kisah pada namanya. Sama seperti taburan bintang yang tiada siapakan mendongak untuk melihat indahnya ia kerana terlalu sibuk pada alam maya dari mayapada.

Jadi, yang lain dia biar saja dikekalkan sebgai Alien Oren. Lambang dirinya tidak berpihak pada dunia Bumi. Asing itu sebati buat dirinya. Terbiasa dengan gelaran asing, pelik dan luar dari norma. Biar sajalah kata orang. Yang penting, setiap apa yang diperlaku olehnya peroleh pengajaran.

Dia silap, dia nampak, dia betulkan. Proses belajar. Sampai ke liang pun takkan habis. Ada saja ilmu baru.

Jadi, siapa dia di alam blogging?

Alien yang kekal memakai warna Oren atau Sofie yang berbintikan Adie?

Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
aienienka
May 8, 2021 07:24

patut la guna real name. Bagus!

Scroll to Top